Pages

Wednesday, 30 October 2013

DRAMA 'DARI SINAR MATA' SEMPENA MAAL HIJRAH DI TV3.

DRAMA 'DARI SINAR MATA' SEMPENA MAAL HIJRAH DI TV3.


Nantikan drama sempena Maal Hijrah di TV3. Dari Sinar Mata merupakan olahan skrip oleh penulis novel remaja iaitu Mama Bella.

Drama hebat ini akan ditayangkan pada 6 November 2013. Rabu jam 9 malam. Antara pelakon hebat yang membintangi drama ini ialah Shah Jaszle, Siti Saleha dan Jasmin Hamid.

"Jemput tonton nanti ya ‘Dari Sinar Mata’ tele slot khas Maal Hijrah,
TV3, 6 Nov 2013, Rabu, 9 malam. Semoga cerita ini terkesan di hati anda dari sudut yang baik belaka. Arahan hebat Tuan Shuhaimi Lua Abdullah. Lakonan mantap Shahz Jaszle, Siti Saleha, Jasmin Hamid, Engku Faridah dan ramai lagi. Terima kasih, Tuan Nassarudin Abdul Rasif, Uniutama.
"- Mama Bella

Mama Bella
 



Friday, 25 October 2013

PSS BUZZ! : DEMO MEMASAK OLEH CHEF SELEBRITI NORZAILINA NORDIN

PSS BUZZ! : DEMO MEMASAK OLEH CHEF SELEBRITI NORZAILINA NORDIN


Esok. Sabtu. Di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka. Ada demo memasak dari penulis novel dan buku masakan popular, Chef Norzailina Nordin. Pada hari Ahad pula beliau akan berada di AU2 Taman Keramat, Selangor untuk program yang lain.

Amboi, merah menyala busana yang dikenakan oleh chef selebriti kita ini.






PSS BUZZ!: KUALI PTS BERSAMA CHEF NORZAILINA NORDIN

PSS BUZZ!: KUALI PTS BERSAMA CHEF NORZAILINA NORDIN


Pada Ahad ini, penulis novel prolifik dan juga chef selebriti terkenal iaitu Norzailina Nordin akan berada di Ekspo Buku Islam Selangor. Dalam Program Kuali PTS.

Norzailina Nordin sebelum ini memenangi Anugerah Buku PNM - RTM 2013 bagi kategori Kerajaan Fiksyen Bahasa Melayu. Buku berjudul Air Mata Raja turut ditulis bersama dengan Shaharudin Haji Ali. Proses untuk menghasilkan buku Air Mata Raja mengambil masa tiga tahun untuk kajian, wawancara, penulisan dan lain-lain lagi. Setebal seribu halaman. Ia bukan kerja mudah. Tahniah kepada dua orang penulis hebat ini atas usaha keras mereka. Buku Air Mata Raja diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Air Mata Raja


Tuesday, 22 October 2013

LIMA NOVELIS WANITA AJAK MAIN BOWLING?

LIMA NOVELIS WANITA AJAK MAIN BOWLING?


Ya. Lima novelis wanita dari penerbitan Alaf 21 mengajak para pembaca novel mereka untuk bermain bowling. Liyana Zahim, Herna Diana, Weeda Airiza, Rania Firdaus dan Azilah Wahab akan bersama-sama melepak dengan anda yang berminat.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi novelis yang ada iras-iras wajahnya seperti Wawa Zainal iaitu Liyana Zahim. Pendaftaran sebelum 15 November 2013. Rasanya kepada yang baru dan ingin mendekati / berkenalan dengan novelis berlima ni bolehlah sertainya juga. Difahamkan juga, ramai lagi novelis akan menyertai acara yang terhangit abad ini.

Untuk berurusan dengan Liyana Zahim yang cun tu, klik sini



Friday, 18 October 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA KARANGKRAF

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA KARANGKRAF


Hari ini akan berlangsungnya masjlis sambutan Hari Raya Aidiladha oleh Kumpulan Media Karangkraf. Bertempat di Kompleks Media Karangkraf. Seksyen 15 , Shah Alam.

"Hari ini akan berlangsung satu lagi majlis istimewa bagi kami untuk meraikan anda semua - ahli politik, rakan penulis, pembaca produk Karangkraf, rakan bisnes, artis, anggota persatuan, anggota keselamatan, orang perseorangan juga semua sahabat fb. Jemput hadir kepada yang berkelapangan. Acara bermula 2.30 petang - 7 malam."- Puan Sri Diah Shaharuddin (Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkraf)

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Wednesday, 16 October 2013

BORAK BUKU : BUKU PILIHAN PENULIS GENRE THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA.

BORAK BUKU : BUKU PILIHAN PENULIS GENRE THRILLER NOMBOR SATU MALAYSIA.


Novel Resepi Dari Kubur merupakan novel pilihan penulis novel genre thriller nombor satu Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid.

Borak Buku kali ini mengundang penulis hebat ini untuk berborak santai mengenai novel pilihan beliau. Novel Resepi Dari Kubur ditulis oleh penulis kacak terkenal Ahadiat Akashah. Beliau diiktiraf oleh Malaysian Book Of Records sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia.

Ahadiat Akashah pernah muncul dalam program hiburan terkenal Melodi. Beliau merupakan anak saudara kepada Marwilis Haji Yusof pemilik Syarikat penerbitan Marwilis Publisher & Distributors.
Ahadiat Akashah
Novel Lagenda Budak Setan yang ditulis oleh Ahadiat Akashah pernah diadaptasi dalam bentuk naskah filem. Dibintangi oleh pelakon terkenal Lisa Surihani dan Farid Kamil.

Acara Borak Buku yang akan diadakan pada hari Ahad nanti adalah terbuka dan percuma kepada yang berminat. Acara ini berkonsepkan borak santai sambil minum kopi. Di sana nanti anda semua boleh berborak dengan penulis Ramlee Awang Murshid mengenai novel pilihan beliau. Bukan novel tulisan beliau ya. huhuhu.

"Borak Buku adalah acara santai yang membuka ruang kepada khalayak pembaca untuk mendekati tokoh jemputan dan buku pilihan beliau. Kita hanya borak-borak tentang buku sambil minum kopi. Terbuka dan percuma kepada semua lapisan pembaca."-RAMFC

Maklmat lebih terperinci sila klik sini





Wednesday, 9 October 2013

PSS BUZZ!: BENGKEL PERSONALITI BERKALIBER.

PSS BUZZ!: BENGKEL PERSONALITI BERKALIBER.



Berita baik bagi mereka yang ingin membina pengaruh dan kredibiliti melalui komunikasi dan penulisan, bengkel ini akan mendedahkan rahsianya.

Pemerhatian PSS pula anda mungkin hairan mengapa status FB dan gaya penulisan seseorang itu mendapat like yang banyak juga diikuti malah dikongsi ribuan orang, bengkel ini adalah tempatnya untuk mengetahui rahsia dan cara untuk menggunakan bahasa berpengaruh dan dilihat ada kredibiliti dalam penampilan berkomunikasi.

Disampaikan oleh dua individu yang berpenampilan hebat iaitu Cik Puan Azzah Abdul Rahman dan Puan Muna 'Izzah Fadzil.

Pendaftaran akan ditutup pada 18 Oktober 2013 ataupun sebaik selepas kuota perserta telah dipenuhi. Makanan tidak disediakan.

Untuk maklumat terperinci sila klik sini 

Tuesday, 8 October 2013

WAWA ZAINAL ADA KEMBAR?

WAWA ZAINAL ADA KEMBAR?

sumber google

Benarkah pelakon cantik Wawa Zainal ada kembar? Bikin gempak sahaja. Sekali pandang, wajah penulis Liyana Zahim ada iras-iras dengan wajah Wawa Zainal.

Sekadar usikan dari PSS sahaja. Liyana Zahim tidaklah pernah menyatakan hal demikian malah dia sendiri pun tidak berasa begitu. Cuma dari kaca mata PSS sahaja. Gurau-gurau sahaja ya. Apa pun kedua-duanya sama cantik sama manis.

Liyana Zahim atau LZ adalah seorang penulis bagi penerbitan Alaf 21. Untuk makluman semua, novel beliau yang terkini ialah Rindu Awak 200%. Jom lihat koleksi karya penulis Liyana Zahim.







Monday, 7 October 2013

BUKU-BUKU YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH BUKU PNM - RTM 2013.

BUKU-BUKU YANG TELAH MEMENANGI ANUGERAH BUKU PNM - RTM 2013.


Tahniah sekali lagi dari PSS. Tahniah kepada para penulis, penerbit buku, Perpustakaan Negara Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan semua yang terlibat dalam menjayakan Anugerah Buku yang berlangsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri pada 3 Oktober 2013 lalu.

Pemenang sudah disahkan dan masing-masing gembira dengan habuan yang diterima juga pengiktirafan mengikut kategori yang dicalonkan. Semua yang tercalon pada malam itu adalah buku-buku yang berkualiti dan memenuhi piawai tinggi penerbitan.

Berikut adalah gambar kulit buku bagi buku-buku yang telah menang pada malam itu.

Kategori 9 – Pilihan Penonton / Pembaca

Kategori 6 – Kerajaan Fiksyen BMelayu

Kategori 4 – Dewasa bukan Fiksyen BM

Kategori 1 – Kanak-kanak Fiksyen BMelayu

Kategori 7 – Kerajaan Bukan Fiksyen BMelayu

Kategori 2 – Dewasa Fiksyen BMelayu

Kategori 3 – Dewasa Fiksyen BInggeris

Kategori 8 – Kerajaan Bukan Fiksyen BInggeris &Kategori 10 – Anugerah Perdana

Kategori 5 – Dewasa Bukan Fiksyen BInggeris

Saturday, 5 October 2013

ULANG TAHUN PERTAMA BLOG PSS.

ULANG TAHUN PERTAMA BLOG PSS.

Sumber Google

Jumaat. 5 Oktober 2012. Pertama kali blog Penulis Sana Sini bersiaran di ruang maya. Artikel mengenai penulis Faizal Dzasrik menjadi langkah awal blog ini untuk memaparkan berita-berita penulis dalam bentuk yang menghiburkan dan tampak santai.

Cerita sana sini mengenai penulis dipaparkan dalam format berita hiburan. Ia sangat jarang dilihat dan satu idea yang segar yang pasti memikat hati para pembaca blog. Cerita tentang penulis dan novel kini tidak lagi membosankan.

PSS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi ditemubual dan memberikan kerjasama. Tersalah tulis dan anggap, harap dimaafkan. Penulis semua kini bukanlah pengkarya yang pemalu, sebaliknya tampil hebat bersama dengan kebangaan karya masing-masing. Teruskan berusaha para penulis disayang Tuhan di seluruh Malaysia.

Friday, 4 October 2013

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH BUKU PNM - RTM 2013

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH BUKU PNM - RTM 2013

Kategori 1 – Kanak-kanak Fiksyen BMelayu
Kami Puteri hebat * Natasha & rakan2 * PTS One


Kategori 2 – Dewasa Fiksyen BMelayu
Deru Angin * Hafizah Iszahanid * Utusan Publications

Kategori 3 – Dewasa Fiksyen BInggeris
Magic Eyes * Teoh Choong Ean * Utusan Publications

Kategori 4 – Dewasa bukan Fiksyen BM
Kunta Kinte Original Catatan Kopitiam * A Kadir Jasin * Berita Publishing

Kategori 5 – Dewasa Bukan Fiksyen BInggeris
A Doctor In The House * Tun Dr Mahathir * MPH Group Publishing

Kategori 6 – Kerajaan Fiksyen BMelayu
Air Mata Raja * Shaharuddin Ali & Norzailina Nordin * DBP

Kategori 7 – Kerajaan Bukan Fiksyen BMelayu
Kanser Payudara Teman Ke AKhir Hayat * Hasanah Che Ismail * DBP

Kategori 8 – Kerajaan Bukan Fiksyen BInggeris
Re-Think – A New Paradigm for Malaysian Timber * Lee Chor Wah & Suria Zainal * Malaysian Timber Council

Kategori 9 – Pilihan Penonton / Pembaca
Contengan Jalanan * Hlovate * Jemari Seni

Kategori 10 – Anugerah Perdana
Re-Think – A New Paradigm for Malaysian Timber * Lee Chor Wah & Suria Zainal * Malaysian Timber Council



Menjadi isu di sini ialah kenapa tiada kategori remaja. Pengurus kepada penulis novel remaja terkenal ada bertanyakan mengenai hal ini. Berita baiknya, kategori itu akan diwujudkan pada tahun hadapan. Ia berita yang cukup menggembirakan buat para penulis novel kategori remaja. Pasti hasil kerja berkualiti mereka akan diiktiraf sebagai karya yang bermutu dan memenuhi piawaian tinggi penerbitan.

Siaran tertunda Anugerah Buku ini akan disiarkan pada hari Ahad 6 Oktober 2013.

MTC

Jemari Seni
PTS ONE
UTUSAN PUBLICATION
BERITA PUBLISHING
DBP



Thursday, 3 October 2013

PSS BUZZ!: ANUGERAH BUKU 2013 MALAM INI.

PSS BUZZ!: ANUGERAH BUKU 2013 MALAM INI.


Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Buku anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Buat julung-julung kalinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan Anugerah Buku PNM-RTM. Ia merupakan sebuah sinergi yang berimpak tinggi untuk memberikan liputan kepada buku yang bermutu dan memenuhi piawaian tinggi penerbitan." - Anugerah Buku PNM - RTM 2013.

Buku pelbagai genre yang berkualiti akan diiktiraf pada malam ini. Dalam tempoh 21 jam lalu, berikut adalah lima buah buku yang mendapat undian tertinggi.

I love you, stupid! : Melur Jelita
Cinta high class : Fatimah&Farhan
Contengan Jalanan : Hlovate
Hikayat : Ninotaziz
Kuasa kata : Mahaya MYassin


PSS difahamkan, antara penyampai anugerah pada malam gemilang itu nanti ialah penulis terkenal Ain Maisarah. Beliau sudah pun membeli baju seperti yang anda lihat pada gambar di bawah. Namun, disaat akhir, pengurusan majlis memberikan kod warna baju untuk Anugerah Buku yang gilang gemilang itu adalah warna gelap. Pasti tampak elegan dan eksklusif, bersesuaian dengan majlis itu nanti.
 
Gambar dari FB pengurus Ain Maisarah

 Majlis diserikan lagi dengan hiburan artis ternama tanah air antaranya Dato' M Nasir dan Ana Raffali. Jom beramai-ramai ke Auditorium Perdana Angkasapuri pada jam 7.30 malam.

Dan pemenangnya adalah ...


Dato' M Nasir
Ana Raffali


Wednesday, 2 October 2013

PSS OMG! : MAJLIS PELANCARAN NOVEL TERBAHARU RAMLEE AWANG MURSHID

PSS OMG! : MAJLIS PELANCARAN NOVEL TERBAHARU RAMLEE AWANG MURSHID



Oh, Mesti Gempak! (OMG!) Sempena dengan Jualan Gudang Karangkraf yang bermula Jumaat sehingga Ahad ini, akan diadakan majlis pelancaran novel MAGIS. Majlis pelancaran novel penulis genre Thriller tersohor dan nombor satu di Malaysia ini akan dilancarkan seperti tarikh berikut.

Tarikh: 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Jam : 2.00 Petang
Tempat : Pentas Acara, Jualan Gudang Karangkraf,
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf,
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Ramlee Awang Murshid

Majlis pelancaran dianjurkan oleh penerbit Alaf 21 dengan kerjasama Kelab RAM. Turut memeriahkan majlis sudah tentu penulis Ramlee Awang Murshid. Diskaun juga akan diberikan kepada pengunjung yang membeli novel ini iaitu sebanyak 20 peratus. Khabarnya PSS dengar pembeli akan dapat barangan misteri. Betulkah? 

Turut serta merasmikan pelancaran novel MAGIS ialah seorang pengarah filem kontroversi era 80 an. Siapa dia? Bikin panas sahaja. 

Jom beramai-ramai ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu ini. Berikan sokongan anda kepada penulis tanah air kita. Pastikan anda membeli novel yang original dan berkualiti.

Boleh klik pautan di sini