Pages

Saturday, 28 September 2013

PSS OMG! : RAMLEE AWANG MURSHID DI MPH, SACC MALL

PSS OMG! : RAMLEE AWANG MURSHID DI MPH, SACC MALL



Esok. Ahad. 29 September 2013. Penulis novel genre Thriller nombor satu Malaysia akan berada di ruang legar MPH, bertempat di SACC MALL SHAH ALAM.

Bersempena dengan Pesta Buku MPH, beliau akan turun padang bersama dengan kemunculan novel terbarunya iaitu MAGIS. Ia sangat mengujakan!

Novel MAGIS sangat istimewa buat para pengikut penulis novel ini. Lima watak utama dari lima buah novel berlainan ditemukan dalam sebuah novel. Ia jarang-jarang berlaku dalam industri penerbitan novel fiksyen negara.

Esok, merupakan hari yang paling istimewa dan PSS menjangkakan, pengunjung akan bertambah di SACC MALL kerana ingin menemui penulis hebat yang telah melalui zaman gelap, zaman perolehan dan zaman menuai sebagai seorang penulis novel.

Tahukah anda, kereta pertama yang dibeli oleh Ramlee Awang Murshid di Kuala Lumpur pada tahun 1994 ialah sebuah Proton Iswara. Pada tahun 2006 pula hasil dari duit royalti novel, beliau membeli sebuah Toyota Vios. Begitulah maklumat yang PSS perolehi dari keratan akhbar Kosmo. Bagaimana dengan sekarang? sekadar gurauan dari PSS.

Jadi jangan lupa esok, bermula pada jam 2 petang sehingga 4 petang. Oh, Mesti Gempak! (OMG!)

Imaginasi dari seorang peminat tegar beliau. Oleh budak hutan.



Thursday, 26 September 2013

PSS BUZZ! : KARANGKRAF BIKIN PANAS MEMBARA!

PSS BUZZ! : KARANGKRAF BIKIN PANAS MEMBARA!


Panas! syarikat penerbitan terulung di Malaysia ini sekali lagi menghangatkan dan membarakan poket anda. Jualan Gudang yang akan diadakan pada 4, 5 dan 6 Oktober nanti akan membarakan jiwa anda kerana? Kerana diskaun hangat sehingga 80% diberikan untuk buku, novel dan majalah.

Jumaat, Sabtu dan Ahad. Di perkarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Karangkraf sebelum ini pernah menggemparkan dunia penerbitan Malaysia. Novel Ombak Rindu terbitan syarikatnya iaitu Alaf 21 telah diadaptasi menjadi filem dan mendapat kutipan tinggi. Dua minggu tayangan, filem ini telah mencatatkan kutipan sebanyak RM10 juta dan ia terus ditayangkan lagi selepas kutipan itu.





Tuesday, 24 September 2013

PSS BUZZ! : KOMIK RUNNING MAN SUDAH BERADA DI PASARAN.

PSS BUZZ! : KOMIK RUNNING MAN SUDAH BERADA DI PASARAN.

gambar dari halaman PTS Bookcafe


PANAS! Komik Running Man dalam Bahasa Malaysia sudah mula dijual. Komik dari rancangan popular yang ditonton jutaan peminat di seluruh dunia ini, kini boleh dimiliki.

Dari halaman rasmi komik ini, pada 5 Oktober 2013 nanti akan diadakan majlis pelancarannya. Wah, ada majlis pelancaran khas untuk sebuah komik. Memang harus kerana nama produk Running Man itu sendiri dikenali di seluruh Malaysia malah dunia.

Jadi, peminat Running Man bolehlah berkumpul pada tarikh tersebut di PTS Bookcafe, Batu Caves Selangor. Pasti jutaan peminat Running Man di seluruh Malaysia akan berkumpul di sana. Boleh membelinya secara online di Bookcafe. Anda boleh klik pautan di kedai buku online di sebelah kanan blog ini.

Untuk maklumat terkini sila ke sini

Boleh juga baca artikel sebelumnya di sini


Thursday, 19 September 2013

AKIM AHMAD DAN NAD ZAINAL'BERDATING' DI SACC?

AKIM AHMAD DAN NAD ZAINAL'BERDATING' DI SACC?


sumber google

Benarkah Akim Ahmad dan Nad Zainal 'berdating' di SACC?

Ya, pada hari Sabtu ini 21 September 2013 dua pelakon ini akan berada di Shah Alam Convention Centre. Mereka berada di sana untuk bertemu peminat drama Kampung Girl yang ditayangkan di TV3 slot Zehra.

Drama Kampung Girl adalah drama adaptasi dari novel bertajuk Kampung Girl karya penulis Umi Kalsom. Novel ini diterbitkan oleh penerbit Karya Seni.


Sempena dengan program MPH BOOKFEST di  SACC nanti, peminat buku juga berpeluang berjumpa dengan penulis novel Kampung Girl ini. Nama sebenar beliau ialah Kalsom Rahmathulah. Indah betul nama penulis ini. Berusia 24 tahun dan masih menuntut di USM Pulau Pinang. Peminat drama dan novel Kampung Girl bolehah beri hadiah pada beliau pada 29 Disember ini sempena hari jadinya. Sekadar gurauan dari PSS.


Untuk sinopsis novel Kampung Girl, boleh lawati pautan ini klik





Friday, 13 September 2013

PSS BUZZ: AIN MAISARAH DIBAYAR KERAJAAN SINGAPURA?

PSS BUZZ!: AIN MAISARAH DIBAYAR KERAJAAN SINGAPURA? 


Ya. Bengkel penulisan cerpen dan novel yang akan diadakan di Singapura ini dibayar oleh kerajaan Singapura. Warga Singapura sangat bertuah.

Bengkel yang bernilai RM500 ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 14 September 2013. Bertempat di Dewan Kelab Masyarakat Siglap South 6 Palm Road.

Tidak perlu bawa yuran pendaftaran kerana bengkel ini dibiayai oleh Kerajaan Singapura. Ahadnya pula Ain Maisarah dan penulis Melayu Singapura iaitu Anuar Othman dalam program Bicara Hati dua penulis. Bertempat di Teatret Kelab Masyarakat Marine Parade 278 Marine Parade Road.

atucara pada hari Sabtu nanti
Pada 20 September 2013 pula, program pagi Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran di TV9 akan membuat rakaman di rumah Ain Maisarah. Ia didedahkan oleh pengurus Ain Maisarah, Syaizul Amal.

dari FB Tuan Syaizul Amal


Thursday, 12 September 2013

MENJADI REALITI : PERJANJIAN ANTARA ASTRO DAN AIN MAISARAH

MENJADI REALITI : PERJANJIAN ANTARA ASTRO DAN AIN MAISARAH

Ain Maisarah 

Tahniah dan cukup mengujakan. Berita kejayaan yang pasti menggembirakan seluruh pasukan BLINK BOOK. Stesyen TV satelit berbayar Astro dan penulis Ain Maisarah  sudah pun menandatangani perjanjian lesen adaptasi.

Sebenarnya rahsia ini sudah terbongkar pada Oktober 2012. Pembaca boleh rujuk semula pada artikel terdahulu. Boleh rujuk pada pautan ini http://penulisanasini.blogspot.com/2012/10/astro-ceria-mahu-beli-siri-hero-sri.html

Sebanyak 18 buah karya terbitan BLINK BOOK akan diadaptasikan dalam bentuk drama bersiri, telemovie, teater, filem dan youtube miniclip. Sebut mengenai drama dan filem, adakah penulis bersama Ain Maisarah atau Ain Maisarah sendiri akan turut terlibat? mungkin teater, telemovie atau youtube miniclip.

Pembaca buku Ain Maisarah pasti gembira dan teruja.

Perjanjian lesen Adaptasi 

Melalui akaun Facebook pengurus Ain Maisarah yang juga suaminya iaitu Syaizul Amal, beliau telah memberikan kenyataan rasmi tentang perkara ini.

"AIN MAISARAH dan TV

Akhirnya saya sudah boleh umumkan secara rasmi walaupun sudah tandatangan lama dah. Tunggu 'stamping' dari bulan lepas.

Perjanjian dengan ASTRO yang mengambil 18 judul novel Ain Maisarah dan rakan-rakan penulis BLINK yang lain. 


Mereka akan terbitkan drama bersiri, telemovie, teater, filem dan youtube miniclip. Semuanya akan diterbitkan secara berkala sepanjang 7 tahun.

Siaran pertama adalah pada 22 Disember 2013 dengan telemovie Aku Mahu Super Bibik. Selepas itu drama bersiri 13 episod Sekolah Sri Bangsar pula akan menyusul.

Insha-Allah, jika ada rezeki, BLINK TV pula akan hasilkan 13 episod siri PROJEK AIN MAISARAH. Ini masih dalam penilaian kerana saya baru submit DEMOnya tadi
 "- Tuan Syaizul Amal.

Logo Sekolah Sri Bangsar

Memang hebat. Sepanjang tujuh tahun secara berkala akan dipaparkan 18 buah novel Ain Maisarah dalam pelbagai medium adaptasi. Satu bentuk promosi karya yang sangat berjaya. Pasti bertambah bersemangat para penulis bersama iaitu Izanor Sharif, Aman Wan, Azanil Fitri dan lain-lain untuk terus bekerja keras di bawah jenama BLINK.











Tuesday, 10 September 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR


Assalamualaikum dan slaam sejahtera. Hari ini para pelajar darjah enam akan menduduki peperiksaan UPSR. PSS harap semua persediaan sudah lengkap dari segi mental dan fizikal. Jawab dengan tenang dan yakin. Mulakan dengan bismillah. Insya Allah pasti berjaya. Amin.