Pages

Thursday, 27 June 2013

HASIF RAYYAN BAKAL MENYERLAH

HASIF RAYYAN BAKAL MENYERLAH



Siapa Hasif Rayyan? Mesti ramai pembaca PSS tertanya-tanya siapa pemilik nama Hasif Rayyan ini. Remaja yang kini berusia 20 tahun ini adalah seorang penulis sambilan. Beliau giat menulis di http://yuujitakashikun.deviantart.com/gallery/25454347 . Di dalam laman deviantart ini ada banyak bab cerita yang telah dihasilkan oleh Hasif Rayyan.

Laman Deviantart adalah sebuah laman komuniti maya untuk penggiat seni mempamerkan hasil lukisan, penulisan, fotografi dan banyak lagi. Di sini mereka dapat berbincang dan bertukar pandangan tentang karya-karya yang dipamerkan.



Cerita yang dihasilkan oleh Hasif Rayyan adalah berdasarkan kartun animasi Digimon. Ia adalah sebuah fan fiction dan tajuknya adalah Digimon United Revolution. Sangat comel tajuk ini. Cerita ini ditulis dalam bahasa inggeris. Menulis di deviantart secara tidak langsung melatih beliau untuk menulis dengan baik sekali.

"Fan-fiction ni semacam karya yang berdasarkan suatu karya franchise yang sedia ada (e.g: Digimon). Penulis akan pinjam karakter yang sedia ada dan buat cerita sendiri dengan gunakan karakter tu.
Contoh lain. Dalam majalah E-Pop rasanya, ada bahagian fan-fiction. penulis akan gunakan penyanyi K-pop sebagai karakter dalam ceritanya.
"-Hasif Rayyan

Maksud Hasif Rayyan di sini, penulis menulis cerita fiksyen dengan menggunakan watak yang diminati. Sangat kreatif.


Hasif Rayyan baru sahaja menghabiskan bacaan sebuah novel yang bertajuk Murtad karya Hasrul Rizwan. Novel terbitan Fixi. Menurutnya novel ini jalan ceritanya agak 'dark'. Ini kerana ia menceritakan karakter orang islam yang diberi tugas untuk membunuh orang murtad.

Apabila ditanya, bila Hasif Rayyan akan mengeluarkan sebuah novel? Ini jawapan beliau.

"Insya-Allah, tahun ni. Sekarang dalam proses edit satu novel. Manakala satu lagi, tinggal 4 bab lagi nak siap dan tambah ilustrasi dari rakan pelukis."-Hasif Rayyan

Nampaknya ada dua buah novel sedang dihasilkan. Sebuah novel dari penerbit PTS Publication dan sebuah lagi dari penerbit Jemari Seni (JS).

Untuk novel dari PTS, beliau telah bekerjasama dengan penulis novel remaja, novel grafik dan skrip animasi iaitu Nazry Salam. Misi 10A the novel. Begitulah tajuk yang telah diberitahu oleh Hasif Rayyan kepada PSS. Tambah Hasif Rayyan lagi ia adalah sebuah genre drama sekolah dan pendidikan.


Untuk novel ini, beliau akan menjadi pembantu kepada Nazry Salam bagi menyiapkan cerita. Manakala adik kepada Nazry Salam akan bertindak sebagai pelukis.

"Ini pertama kali saya tulis drama. Tapi, Encik Nazry banyak bagi tunjuk ajar. Jadi, lama-lama ia mudah. Bagus juga saya belajar tulis cerita drama ni. Sebab, bolehlah saya usahakan novel genre drama pula nanti "-Hasif Rayyan

Manakala untuk terbitan Jemari Seni, genre sains fantasi dipertaruhkan. Tajuknya Imaginari. Ia adalah projek solonya yang pertama.

"Imaginari itu genre sains fantasi. Ada unsur online game, IT dan multiverse.
Ada karakter online game (rakan protagonis) yang muncul di dunia realiti." -Hasif Rayyan

Tahniah diucapkan kepada Hasif Rayyan. Semoga dua buah buku beliau dapat diterbitkan tahun ini. Hasif Rayyan juga sebenarnya suka menyanyi dan ada memasang impian untuk bergelar seorang penyanyi.








2 comments:

nur lyla said...

thanks,.. dapat lagi seorang inspirasi untuk melukis.. huhu.. lyla baru je nak mula dalam bab2 melukis ni.. :) bolehlah ambik dia sebagai contoh..

jejari kucing said...

terima kasih nur lyla, datang sini.. :)