Pages

Tuesday, 4 June 2013

AFEEYA BELLA

AFEEYA BELLA

model;Husna Adnan

Sudah lama tidak mendengar cerita penulis novel Kawanku Panda ini. Husna Adnan yang semakin jelita dilihat begitu sibuk menguruskan bisnes onlinenya. http://afeeyabella.blogspot.com/

Adakah beliau ingin meninggalkan dunia penulisan secara perlahan-lahan? Itu mungkin tidak akan berlaku kerana khabarnya, buku Kawanku Panda akan ada sambungannya.

"Sekarang Kawanku Panda 2 sedang disemak sebelum dihantar kepada editor. "-Husna Adnan


Dalam sibuk menguruskan bisnes onlinenya, beliau rupanya sempat menulis sambungan novel Kawanku Panda. Tahniah diucapkan. Sudah pasti terubat rasa rindu para peminatnya.

Berbalik kepada bisnes onlinenya, barangan yang dijual di Afeeya Bella sangat menarik dan banyak yang terjual laku. Husna juga menjadi model kepada beberapa barangan yang dijual di Afeeya Bella.

Husna dilihat kerap menggunakan kanta lekap berwarna. Rupa-rupanya kanta lekap berwarna yang dipakainya itu membantunya untuk melihat lebih jelas lagi. Ini kerana Husna Adnan sudah menggunakan kaca mata sejak dari tingkatan satu lagi. Warna kanta lekap kegemaran beliau ialah warna coklat.

"Saya pakai sejak umur 18 tahun. Kawan-kawan yang ajar. Sejak tu lebih selesa pakai kanta lekap di luar, rasa bebas nak gerak tanpa kaca mata "-Husna Adnan

model:Husna Adnan
Melihat pada gambar beliau di dalam blog kedai online ini, kebanyakkan gambar yang dipamerkan kelihatan sangat menarik dan seperti didalam majalah dengan pencahayaan yang begitu teliti sekali. Husna Adnan ada menggunakan khidmat jurugambar professionalkah?

"saya bekerjasama dengan jurugambar profesional. Namun editing dan reka letak saya yang buat. Kadang-kadang kalau tak sempat ke studio, saya ambil gambar di rumah sahaja. "-Husna Adnan

Menguruskan bisnes online sudah pasti banyak cabaran dan ujian yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja. Bagaimana dengan Husna pula?

"Cabaran bisnes online adalah mencari pelanggan, dan meyakinkan pelanggan sisi baik produk yang dijual sebab mereka tak dapat nak cuba. Cabaran lain, terus menyediakan produk berkualiti dengan harga mampu milik untuk pelanggan. "-Husna Adnan

Begitulah cabaran yang dihadapi Husna untuk menguruskan Afeeya Bella. Jadi, apa kata-kata dari Husna sendiri untuk bakal pembeli diluar sana yang PSS yakin memang sudah mula jatuh hati dengan barangan dari Afeeya Bella.

"Kepada bakal pembeli Afeeya Bella, insya-Allah kami pastikan tiap produk yang kami jual memberikan kepuasan dari segi kualiti dan juga harga. Sekiranya ada produk yang dibeli dari kami tidak memenuhi jangkaan, kami sedia memulangkan semula wang belian. Kami bukan sekadar mencari rezeki, kami juga mencari berkat. Insya-Allah. "-Husna Adnan

Jaminan kepuasan yang menarik dari Afeeya Bella. Jom membeli secara online di http://afeeyabella.blogspot.com/




2 comments:

Afeeya Bella said...

Terima kasih atas entri ini, PSS! Hahaha memang sangat rawak isinya.

jejari kucing said...

sama-sama. terima kasih sudi ditemu bual :)