Pages

Thursday, 27 June 2013

HASIF RAYYAN BAKAL MENYERLAH

HASIF RAYYAN BAKAL MENYERLAH



Siapa Hasif Rayyan? Mesti ramai pembaca PSS tertanya-tanya siapa pemilik nama Hasif Rayyan ini. Remaja yang kini berusia 20 tahun ini adalah seorang penulis sambilan. Beliau giat menulis di http://yuujitakashikun.deviantart.com/gallery/25454347 . Di dalam laman deviantart ini ada banyak bab cerita yang telah dihasilkan oleh Hasif Rayyan.

Laman Deviantart adalah sebuah laman komuniti maya untuk penggiat seni mempamerkan hasil lukisan, penulisan, fotografi dan banyak lagi. Di sini mereka dapat berbincang dan bertukar pandangan tentang karya-karya yang dipamerkan.



Cerita yang dihasilkan oleh Hasif Rayyan adalah berdasarkan kartun animasi Digimon. Ia adalah sebuah fan fiction dan tajuknya adalah Digimon United Revolution. Sangat comel tajuk ini. Cerita ini ditulis dalam bahasa inggeris. Menulis di deviantart secara tidak langsung melatih beliau untuk menulis dengan baik sekali.

"Fan-fiction ni semacam karya yang berdasarkan suatu karya franchise yang sedia ada (e.g: Digimon). Penulis akan pinjam karakter yang sedia ada dan buat cerita sendiri dengan gunakan karakter tu.
Contoh lain. Dalam majalah E-Pop rasanya, ada bahagian fan-fiction. penulis akan gunakan penyanyi K-pop sebagai karakter dalam ceritanya.
"-Hasif Rayyan

Maksud Hasif Rayyan di sini, penulis menulis cerita fiksyen dengan menggunakan watak yang diminati. Sangat kreatif.


Hasif Rayyan baru sahaja menghabiskan bacaan sebuah novel yang bertajuk Murtad karya Hasrul Rizwan. Novel terbitan Fixi. Menurutnya novel ini jalan ceritanya agak 'dark'. Ini kerana ia menceritakan karakter orang islam yang diberi tugas untuk membunuh orang murtad.

Apabila ditanya, bila Hasif Rayyan akan mengeluarkan sebuah novel? Ini jawapan beliau.

"Insya-Allah, tahun ni. Sekarang dalam proses edit satu novel. Manakala satu lagi, tinggal 4 bab lagi nak siap dan tambah ilustrasi dari rakan pelukis."-Hasif Rayyan

Nampaknya ada dua buah novel sedang dihasilkan. Sebuah novel dari penerbit PTS Publication dan sebuah lagi dari penerbit Jemari Seni (JS).

Untuk novel dari PTS, beliau telah bekerjasama dengan penulis novel remaja, novel grafik dan skrip animasi iaitu Nazry Salam. Misi 10A the novel. Begitulah tajuk yang telah diberitahu oleh Hasif Rayyan kepada PSS. Tambah Hasif Rayyan lagi ia adalah sebuah genre drama sekolah dan pendidikan.


Untuk novel ini, beliau akan menjadi pembantu kepada Nazry Salam bagi menyiapkan cerita. Manakala adik kepada Nazry Salam akan bertindak sebagai pelukis.

"Ini pertama kali saya tulis drama. Tapi, Encik Nazry banyak bagi tunjuk ajar. Jadi, lama-lama ia mudah. Bagus juga saya belajar tulis cerita drama ni. Sebab, bolehlah saya usahakan novel genre drama pula nanti "-Hasif Rayyan

Manakala untuk terbitan Jemari Seni, genre sains fantasi dipertaruhkan. Tajuknya Imaginari. Ia adalah projek solonya yang pertama.

"Imaginari itu genre sains fantasi. Ada unsur online game, IT dan multiverse.
Ada karakter online game (rakan protagonis) yang muncul di dunia realiti." -Hasif Rayyan

Tahniah diucapkan kepada Hasif Rayyan. Semoga dua buah buku beliau dapat diterbitkan tahun ini. Hasif Rayyan juga sebenarnya suka menyanyi dan ada memasang impian untuk bergelar seorang penyanyi.








Friday, 14 June 2013

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA 2013-BERITA HARIAN

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA 2013-BERITA HARIAN



Pemilihan buku pilihan pembaca untuk Anugerah Pilihan Pembaca 2013 sedang rancak kini. Setiap pembaca yang mengundi, berpeluang memenangi hadiah yang menarik dari kedai buku Popular. Setiap pembaca hendaklah memilih tiga buah buku paling digemari yang disenaraikan di dalam borang. Anda boleh klik sini http://bookfest.popular.com.my/anugerahpilihanpembaca/index.php/vote/group/1

Add caption
PSS lihat untuk genre fiksyen hanya ada seorang wakil dari penulis lelaki iaitu Ramlee Awang Murshid. Semuanya adalah penulis wanita yang mendominasi genre fiksyen untuk Anugerah Pilihan Pembaca 2013 Berita Harian.

Manakala untuk bukan fiksyen, terdapat empat buah buku dari penerbit PTS PUBLICATION dan tiga dari Alaf 21 selebihnya adalah dari penerbit lain.

Tarikh tutup undian pada 23Jun 2013. Buat pembaca dan penggemar buku di Malaysia, jalankan tangungjawab anda untuk mengundi Anugerah Pilihan Pembaca 2013. Keputusan terletak pada setiap undian yang diberikan. Harap-harap tiada blackout sewaktu mengira undi. Sekadar gurauan dari PSS.

Tuesday, 4 June 2013

AFEEYA BELLA

AFEEYA BELLA

model;Husna Adnan

Sudah lama tidak mendengar cerita penulis novel Kawanku Panda ini. Husna Adnan yang semakin jelita dilihat begitu sibuk menguruskan bisnes onlinenya. http://afeeyabella.blogspot.com/

Adakah beliau ingin meninggalkan dunia penulisan secara perlahan-lahan? Itu mungkin tidak akan berlaku kerana khabarnya, buku Kawanku Panda akan ada sambungannya.

"Sekarang Kawanku Panda 2 sedang disemak sebelum dihantar kepada editor. "-Husna Adnan


Dalam sibuk menguruskan bisnes onlinenya, beliau rupanya sempat menulis sambungan novel Kawanku Panda. Tahniah diucapkan. Sudah pasti terubat rasa rindu para peminatnya.

Berbalik kepada bisnes onlinenya, barangan yang dijual di Afeeya Bella sangat menarik dan banyak yang terjual laku. Husna juga menjadi model kepada beberapa barangan yang dijual di Afeeya Bella.

Husna dilihat kerap menggunakan kanta lekap berwarna. Rupa-rupanya kanta lekap berwarna yang dipakainya itu membantunya untuk melihat lebih jelas lagi. Ini kerana Husna Adnan sudah menggunakan kaca mata sejak dari tingkatan satu lagi. Warna kanta lekap kegemaran beliau ialah warna coklat.

"Saya pakai sejak umur 18 tahun. Kawan-kawan yang ajar. Sejak tu lebih selesa pakai kanta lekap di luar, rasa bebas nak gerak tanpa kaca mata "-Husna Adnan

model:Husna Adnan
Melihat pada gambar beliau di dalam blog kedai online ini, kebanyakkan gambar yang dipamerkan kelihatan sangat menarik dan seperti didalam majalah dengan pencahayaan yang begitu teliti sekali. Husna Adnan ada menggunakan khidmat jurugambar professionalkah?

"saya bekerjasama dengan jurugambar profesional. Namun editing dan reka letak saya yang buat. Kadang-kadang kalau tak sempat ke studio, saya ambil gambar di rumah sahaja. "-Husna Adnan

Menguruskan bisnes online sudah pasti banyak cabaran dan ujian yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja. Bagaimana dengan Husna pula?

"Cabaran bisnes online adalah mencari pelanggan, dan meyakinkan pelanggan sisi baik produk yang dijual sebab mereka tak dapat nak cuba. Cabaran lain, terus menyediakan produk berkualiti dengan harga mampu milik untuk pelanggan. "-Husna Adnan

Begitulah cabaran yang dihadapi Husna untuk menguruskan Afeeya Bella. Jadi, apa kata-kata dari Husna sendiri untuk bakal pembeli diluar sana yang PSS yakin memang sudah mula jatuh hati dengan barangan dari Afeeya Bella.

"Kepada bakal pembeli Afeeya Bella, insya-Allah kami pastikan tiap produk yang kami jual memberikan kepuasan dari segi kualiti dan juga harga. Sekiranya ada produk yang dibeli dari kami tidak memenuhi jangkaan, kami sedia memulangkan semula wang belian. Kami bukan sekadar mencari rezeki, kami juga mencari berkat. Insya-Allah. "-Husna Adnan

Jaminan kepuasan yang menarik dari Afeeya Bella. Jom membeli secara online di http://afeeyabella.blogspot.com/