Pages

Wednesday, 22 May 2013

SHAH BAKRI ENGGAN DEDAH NAMA SEBENAR

SHAH BAKRI ENGGAN DEDAH NAMA SEBENAR


terbaru dari Shah Bakri
Tahniah buat penulis Shah Bakri  di atas kelahiran novel baru yang bertajuk Katak Fesyen. Novel terbitan JS Adiwarna .

Katak Fesyen, unik sekali tajuk novel remaja ini. Lihat sahaja kulit novel ini, pasti mengundang minat para remaja perempuan di luar sana. Namun perkataan katak pada tajuk buku ini sedikit mengejutkan. Sangat aneh dan unik. Teringat pula cerita dongeng seorang perempuan dengan seekor putera katak.

Jadi apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan oleh Shah Bakri melalui tajuk yang unik ini.


    "Sebab nak bagi luar biasa hahaha. Katak ini kan ramai yang geli, berdasarkan testimoni saya, ramai yang mula meminati katak selepas membaca novel ni, sampai ada yang rasa katak tu comel hahahaha"-Shah Bakri

Daripada sinopsis novel ini, PSS lihat ia sebuah novel yang jalan ceritanya sangat menarik dan lain dari yang lain. Menurut Shah Bakri, katak di dalam novel ini adalah jelmaan seorang pereka fesyen terkenal antarabangsa. Menarik bukan?

Adakah Shah Bakri yang kini berusia 18 tahun ini meminati fesyen? Adakah dari minatnya itu maka terhasilah novel Katak Fesyen ini? Shah Bakri sebenarnya mula menulis pada usia lima belas tahun.


"hahahaha. sebenarnya langsung tidak minat fasal fesyen. cuma rasa macam mengaitkan fesyen dengan pembaca tu menarik, sebab pembaca banyak dalam kalangan wanita"-Shah Bakri

Sebenarnya novel Katak Fesyen adalah novel Shah Bakri yang ke tiga. Sebelum ini beliau telah menulis novel yang bertajuk Tudung Rapunzelilah dan Dayana Debab. Ianya diterbitkan oleh penerbit Mustread.
karya Shah Bakri dari penerbit Mustread

Shah Bakri selain menulis beliau suka berjoging. Sukan pula beliau gemar bermain badminton dan Softball. Menurutnya beliau selalu dimarahi cikgu kerana bermain Softball. Nakal juga Shah Bakri ini. Main Softball dalam kelaslah tu.
Shah Bakri bersama peminatnya yang solehah

PSS ada terbaca sedikit ringkasan biodata Shah Bakri di dalam laman sesawang SJ Adiwarna. Shah Bakri tidak mahu mendedahkan namanya sebenar. Malah didalam akaun facebook beliau, sangat kurang gambar yang memperlihatkan wajahnya.


"hahaha sebenarnya saya tidak suka dikenali sebab pernah dalam situasi apabila menjadi perhatian, di sekolah atau di tempat tertentu, membuatkan saya rimas dan tidak selesa.  mungkin bagi orang lain, menjadi perhatian itu satu benda yang diimpikan tapi bagi saya tidak. saya tidak kisah orang tidak kenal saya, tak tahu macam mana muka saya. cukup dengan karya saya hehehe."-Shah Bakri

Shah Bakri menjadikan Ain Maisarah sebagai penulis idolanya. Melihat pada novel Katak Fesyen, PSS merasakan novel ini ada potensi untuk menjadikan Shah Bakri sebagai penulis BlinkBook. Tidakah Shah Bakri mahu menulis di BlinkBook yang merupakan singgahsana penulisan Ain Maisarah dan para penulis dibawah jagaannya yang lain. 

"teruja! sebab dapat bekerjasama dengan kak ain maisarah hehehe"-Shah Bakri

Setiap penulis muda ada impian yang tersendiri. Apakah impian dan harapan Shah Bakri sebagai penulis?



"impian semoga ramai lagi rakan penulis muda yang bersama sama melihat dunia penulisan sebagai hala tuju yang menarik dan sama-sama menulis dan terus gigih menulis tanpa mengenal erti putus asa. Harapan saya agar saya dapat menulis sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca, dunia dan akhirat insyaAllah,"-Shah Bakri








No comments: