Pages

Monday, 13 May 2013

RAHMAH MOKHTAR vs KASMAN KASSIM: CINTA 360 darjah

RAHMAH MOKHTAR vs KASMAN KASSIM: CINTA 360 darjah


Khabarnya karya penulis Rahmah Mohktar telah diciplak oleh individu yang tidak bertangungjawab.


Cerpen Cinta 360 darjah telah pun dipaparkan di TulisNovel.com pada 17 September 2012. Namun setelah lapan bulan berlalu, karya yang sama telah muncul pada laman sesawang Penulisan2u. Ia diciplak seratus peratus. Rahmah Mokhtar telah meluahkan rasa kesalnya mengenai perkara ini.

"Pertama sekali, saya sangat terkejut. Kemudian, ada rasa sedih-sebak-marah bercampur-campur.
Sangat tak sangka, ada orang yang sanggup buat hal begini!"-Rahmah Mokhtar

Menurutnya beliau masih lagi mengikuti kelas penulisan diwaktu masa lapang. Beliau menyarankan kepada mereka yang mahu berkarya eloklah mengikut disaluran yang betul contohnya kelas penulisan di Akademi Hero.

Karya ciplak itu telah dipaparkan pada 10 Mei 2013 dengan nama penulisnya Kasman Kassim.


Beberapa saksi telah mengesahkan karya ini telah diciplak. Namun, ia dinafikan oleh individu bernama Prince. Menurutnya ia adalah karya asli kenalannya yang bernama Kasman Kassim.


Menurut Rahmah Mokhtar beliau telah memberitahu hal ini kepada pentadbir laman sesawang Penulisan2u. Mereka akan bertindak secepat yang mungkin.

"Ya, saya sudah maklumkan pihak admin supaya keluarkan karya itu. Tetapi, menurut pemiliknya, dia sedang berada di kawasan yang ada masalah line. Jadi, perlu masa yang lebih lama."-Rahmah Mokhtar

Kasman Kassim telah melanggar Akta HakCipta 1987 pindaan 1991. Semoga pihak terbabit segera mengeluarkan karya ciplak itu dari laman sesawang penulisan2u.my. Komen-komen diruang laman ini sangat membantu mengesan karya yang diciplak. Tahniah diucapkan kepada yang perihatin.

Sedikit pesanan penulis Rahmah Mokhtar kepada individu yang tidak bertangungjawab itu.

"Saya hanya mahu pesan, kepada Saudara Kasman Kassim dan sesiapa pun di luar sana, mohon berfikir baik-baik sebelum berbuat apa-apa hal yang sebegini. Sebabnya, dunia penulisan di Malaysia ini kecil sahaja. Lebih baik, hasilkan karya sendiri dan belajar dari bawah. Kejayaan itu tidak akan ditempa sekiranya kita tidak kenal makna gagal."-Rahmah Mokhtar

2 comments:

Iehah Farihah said...

macam-macam ore le ning..

jejari kucing said...

begitulah ragam manusia