Pages

Sunday, 19 May 2013

MIA KIFF BIDADARI SALJU

MIA KIFF: BIDADARI SALJU

MIA KIFF, nama pendatang baru dalam arena penulisan. Novel setebal 1260 halaman ini adalah novel sulungnya yang sudah diterbitkan oleh SR Publication. SR singkatan kepada Siti Rosmizah. 

Bidadari Salju adalah manuskripnya yang ke enam. Satu-satunya manuskrip yang berjaya diterbitkan menjadi sebuah novel setelah lebih kurang empat tahun disimpan. Mia Kiff mula meminati bidang penulisan sejak tingkatan empat lagi. Beliau akan menyimpan hasil penulisannya dalam bentuk kertas A4 ke dalam fail. Setelah itu beliau akan memberikannya kepada rakan-rakan untuk dibaca.

Menurutnya, Bidadari Salju (BS) adalah karya yang sangat dekat dihatinya. 

"BS berkisarkan pengalaman hidup saya semasa saya remaja. Saya suka menyelitkan pengalaman hidup saya. dari pngalaman tu, saya kembangkan...tokok tambah..untuk menghidupkan jalan cerita Bidadari salju ni " -Mia Kiff

 Mia Kiff mempunyai prinsip yang tersendiri dalam bidang penulisan yang diminatinya ini. 

"saya tak mahu terlalu khayalkan pembaca dengan kisah-kisah fantasi dan angan-angan... saya lebih suka menampilan realiti dalam sesebuah cerita...pahit manis kehidupan.....saya bukan saja menumpukan pada kisah cinta semata-mata tetapi moral yang dapat kita ambil dari novel kita. Ilmu, agama, aksi...
seram, mistik agar yg membaca akan berfikir..." -Mia Kiff

Kepada peminat-peminat novel, Mia Kiff menyatakan novel Bidadari Salju ini harus dimiliki kerana novel ini memaparkan keperitan dan kesedihan seorang gadis yang melalui zaman remajanya. Dari kepayahan itu, dia bangkit dari kejatuhan sehingga berjaya di dalam kehidupan.

"Jalan cerita dia kemas. Tidak serabut. Apabila kita baca rasa sepeti tidak mahu berhenti. Ia tidak membosankan!"-Ummu Hasbul (pembaca Bidadari Salju)

Menariknya lagi, novel ini menurutnya bakal dijadikan drama pada tahun hadapan, Insya Allah. Tahniah diucapkan. 
"Harapan saya- Saya cuma inginkan setiap kali pembaca membaca karya saya, ia akan melekat dihati mereka, karya saya membawa impak yang positif sepanjang pembacaan dan pembaca akan mengulang membacanya tanpa jemu . karya saya juga dijadikan koleksi kesayangan merek dan pembaca akan mendapatkan karya-karya saya dimasa akan datang kerana percaya dengan bakat saya."-Mia Kiff

11 comments:

Miakiff Azlisha said...

Terima kasih kerana sudi memberikan saya ruang di sini...saya sangat menghargainya dan bersemangat utk terus menulis...

jejari kucing said...

Tahniah! teruskan menulis!

Misz Lola said...

seies,da pon baca novel ni....geram,sedih,epy,...semua perasaan ad...mmg best novel ni

Misz Lola said...

seies,da pon baca novel ni....geram,sedih,epy,...semua perasaan ad...mmg best novel ni

jejari kucing said...

iyakah Misz Lola. terima kasih bagi respon tentang novel ni. tahniah!

ain said...

baru baca sinopsis,nampak best...
agak2 novel nie ade lagi x? nak beli........

senyum sokmo said...

Adik Mia, Boleh tak saya beli Buku Bukan Isteri Simpanan terus dari adik .. iwant your signature please..

afandi said...

salam, bagus teruskan berkarya

Miakiff Azlisha said...

senyum sokmo boleh kak.. no problem. Pm saya di facebook Mia Kiff Azlisha ya? Afandi terima kasih atas dorongan.. Ain sudah masuk cetakan ke5 sis.. boleh dptkan dikedai2 buku berhampiran awak ya? Misz Lola terima kasih bebanyak terima dan hadam karya sulung mia dgn baik. Maaflah jika ada kekurangan dan salah silap. Insha Allah mia akan cuba baiki dimasa akan datang ya..

oracle said...

first of all,tahniah sbb bjaya mnghasilkan novel setebal ni.tapi,i'm truly sorry.it didn't work on me.jln cerita sgt pincang n x masuk akal.saya tpaska blaku adil sbb saya dah mngeluarkn hampir rm40 utk novel yg saya assumed mampu menarik hati saya.but gaya pnulisan amat tdk matang n mmbuatkan saya langsung x habiskn bacaan novel ni.bukan memandai2,but it's for your own good.cuba review novel2 karya siti rosmizah atau sy abd saleem.mungkin ada sesuatu yg blh dpelajari.jadilah penulis yg blh mnyumbang nama baik pada persada penulis2 tempatan.bkn meninggalkan kesan hitam dhati pminat novel2 tempatan n antarabangsa.sekali lagi saya pohon maaf.