Pages

Friday, 3 May 2013

FAKTOR KESELAMATAN:OPERASI PBAKL 2013 DITUTUP PADA 5 MEI 2013

FAKTOR KESELAMATAN:OPERASI PBAKL 2013 DITUTUP PADA 5 MEI 2013


Berita penting buat peminat buku seluruh negara. Seperti yang sedia maklum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang djangka berakhir pada Ahad ini 5 Mei 2013 telah diubah ke tarikh lain.

PBAKL 2013 diadakan di bangunan PWTC. Sedikit info mengenai PWTC.

Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre)  (PWTC)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah sebuah monumen yang melambangkan kejayaan 50 tahun UMNO. Bangunan tersebut asalnya dinamakan sebagai Bangunan Tunku Abdul Rahman dan bangunan menara, Menara Dato’ Onn dibina bagi menghargai Presiden Pertama UMNO iaitu Datuk Onn Jaafar. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut dikenali melalui mutu perkhidmatan peribadi yang tinggi dan pendekatan yang fleksibel pengurusan acara, dan menjadikannya popular di kalangan menganjur acara dan perancang perjumpaan.

PBAKL 2013 menurut penganjur akan ditamatkan operasinya pada hari Ahad 5 Mei 2013 atas faktor keselamatan. Ini bermakna ia akan berakhir pada hari Sabtu 4 Mei 2013.

Pengumuman ini telah dibuat melalui fanpage PBAKL 2013.


Perkara ini telah mendapat respon dari dua orang penulis novel sejarah. Azzah Abdul Rahman yang sebelum ini menghasilkan novel sejarah mengenai perjuangan Shamsiah Fakeh turut berpendapat perlunya PBAKL ditutup pada hari Ahad. Beliau juga ada memberikan cadangan supaya pada masa akan datang acara pesta buku ini diubah ke lokasi yang lain yang banyak terdapat di ibu kota.

Keperihatinan yang ditunjukkan oleh penulis Web Sutera  telah membuatkan beliau mempersoalkan alasan isu keselamatan yang diumumkan oleh pihak penganjur. Namun akhirnya menyimpulkan ada baik dan buruknya PBAKL 2013 ini ditutup pada hari Ahad.

Kebanyakkan komen di dalam fanpage PBAKL menyatakan kehampaan mereka di atas pengumuman ini. Ini kerana ada pengunjung dari Sabah dan Sarawak sudah pun membuat tempahan hotel.


Seperti yang sedia maklum, pada Ahad ini ada tangungjawab besar yang perlu diselesaikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang sudah cukup syarat untuk pergi mengundi. Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada Ahad 5 Mei 2013.

No comments: