Pages

Wednesday, 22 May 2013

SHAH BAKRI ENGGAN DEDAH NAMA SEBENAR

SHAH BAKRI ENGGAN DEDAH NAMA SEBENAR


terbaru dari Shah Bakri
Tahniah buat penulis Shah Bakri  di atas kelahiran novel baru yang bertajuk Katak Fesyen. Novel terbitan JS Adiwarna .

Katak Fesyen, unik sekali tajuk novel remaja ini. Lihat sahaja kulit novel ini, pasti mengundang minat para remaja perempuan di luar sana. Namun perkataan katak pada tajuk buku ini sedikit mengejutkan. Sangat aneh dan unik. Teringat pula cerita dongeng seorang perempuan dengan seekor putera katak.

Jadi apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan oleh Shah Bakri melalui tajuk yang unik ini.


    "Sebab nak bagi luar biasa hahaha. Katak ini kan ramai yang geli, berdasarkan testimoni saya, ramai yang mula meminati katak selepas membaca novel ni, sampai ada yang rasa katak tu comel hahahaha"-Shah Bakri

Daripada sinopsis novel ini, PSS lihat ia sebuah novel yang jalan ceritanya sangat menarik dan lain dari yang lain. Menurut Shah Bakri, katak di dalam novel ini adalah jelmaan seorang pereka fesyen terkenal antarabangsa. Menarik bukan?

Adakah Shah Bakri yang kini berusia 18 tahun ini meminati fesyen? Adakah dari minatnya itu maka terhasilah novel Katak Fesyen ini? Shah Bakri sebenarnya mula menulis pada usia lima belas tahun.


"hahahaha. sebenarnya langsung tidak minat fasal fesyen. cuma rasa macam mengaitkan fesyen dengan pembaca tu menarik, sebab pembaca banyak dalam kalangan wanita"-Shah Bakri

Sebenarnya novel Katak Fesyen adalah novel Shah Bakri yang ke tiga. Sebelum ini beliau telah menulis novel yang bertajuk Tudung Rapunzelilah dan Dayana Debab. Ianya diterbitkan oleh penerbit Mustread.
karya Shah Bakri dari penerbit Mustread

Shah Bakri selain menulis beliau suka berjoging. Sukan pula beliau gemar bermain badminton dan Softball. Menurutnya beliau selalu dimarahi cikgu kerana bermain Softball. Nakal juga Shah Bakri ini. Main Softball dalam kelaslah tu.
Shah Bakri bersama peminatnya yang solehah

PSS ada terbaca sedikit ringkasan biodata Shah Bakri di dalam laman sesawang SJ Adiwarna. Shah Bakri tidak mahu mendedahkan namanya sebenar. Malah didalam akaun facebook beliau, sangat kurang gambar yang memperlihatkan wajahnya.


"hahaha sebenarnya saya tidak suka dikenali sebab pernah dalam situasi apabila menjadi perhatian, di sekolah atau di tempat tertentu, membuatkan saya rimas dan tidak selesa.  mungkin bagi orang lain, menjadi perhatian itu satu benda yang diimpikan tapi bagi saya tidak. saya tidak kisah orang tidak kenal saya, tak tahu macam mana muka saya. cukup dengan karya saya hehehe."-Shah Bakri

Shah Bakri menjadikan Ain Maisarah sebagai penulis idolanya. Melihat pada novel Katak Fesyen, PSS merasakan novel ini ada potensi untuk menjadikan Shah Bakri sebagai penulis BlinkBook. Tidakah Shah Bakri mahu menulis di BlinkBook yang merupakan singgahsana penulisan Ain Maisarah dan para penulis dibawah jagaannya yang lain. 

"teruja! sebab dapat bekerjasama dengan kak ain maisarah hehehe"-Shah Bakri

Setiap penulis muda ada impian yang tersendiri. Apakah impian dan harapan Shah Bakri sebagai penulis?



"impian semoga ramai lagi rakan penulis muda yang bersama sama melihat dunia penulisan sebagai hala tuju yang menarik dan sama-sama menulis dan terus gigih menulis tanpa mengenal erti putus asa. Harapan saya agar saya dapat menulis sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca, dunia dan akhirat insyaAllah,"-Shah Bakri








Sunday, 19 May 2013

MIA KIFF BIDADARI SALJU

MIA KIFF: BIDADARI SALJU


MIA KIFF, nama pendatang baru dalam arena penulisan. Novel setebal 1260 halaman ini adalah novel sulungnya yang sudah diterbitkan oleh SR Publication. SR singkatan kepada Siti Rosmizah. 

Bidadari Salju adalah manuskripnya yang ke enam. Satu-satunya manuskrip yang berjaya diterbitkan menjadi sebuah novel setelah lebih kurang empat tahun disimpan. Mia Kiff mula meminati bidang penulisan sejak tingkatan empat lagi. Beliau akan menyimpan hasil penulisannya dalam bentuk kertas A4 ke dalam fail. Setelah itu beliau akan memberikannya kepada rakan-rakan untuk dibaca.


Menurutnya, Bidadari Salju (BS) adalah karya yang sangat dekat dihatinya. 

"BS berkisarkan pengalaman hidup saya semasa saya remaja. Saya suka menyelitkan pengalaman hidup saya. dari pngalaman tu, saya kembangkan...tokok tambah..untuk menghidupkan jalan cerita Bidadari salju ni " -Mia Kiff

 Mia Kiff mempunyai prinsip yang tersendiri dalam bidang penulisan yang diminatinya ini. 

"saya tak mahu terlalu khayalkan pembaca dengan kisah-kisah fantasi dan angan-angan... saya lebih suka menampilan realiti dalam sesebuah cerita...pahit manis kehidupan.....saya bukan saja menumpukan pada kisah cinta semata-mata tetapi moral yang dapat kita ambil dari novel kita. Ilmu, agama, aksi...
seram, mistik agar yg membaca akan berfikir..." -Mia Kiff


Kepada peminat-peminat novel, Mia Kiff menyatakan novel Bidadari Salju ini harus dimiliki kerana novel ini memaparkan keperitan dan kesedihan seorang gadis yang melalui zaman remajanya. Dari kepayahan itu, dia bangkit dari kejatuhan sehingga berjaya di dalam kehidupan.

"Jalan cerita dia kemas. Tidak serabut. Apabila kita baca rasa sepeti tidak mahu berhenti. Ia tidak membosankan!"-Ummu Hasbul (pembaca Bidadari Salju)


Menariknya lagi, novel ini menurutnya bakal dijadikan drama pada tahun hadapan, Insya Allah. Tahniah diucapkan. 
"Harapan saya- Saya cuma inginkan setiap kali pembaca membaca karya saya, ia akan melekat dihati mereka, karya saya membawa impak yang positif sepanjang pembacaan dan pembaca akan mengulang membacanya tanpa jemu . karya saya juga dijadikan koleksi kesayangan merek dan pembaca akan mendapatkan karya-karya saya dimasa akan datang kerana percaya dengan bakat saya."-Mia Kiff

Friday, 17 May 2013

IZANOR SHARIF DALAM DILEMA

IZANOR SHARIF DALAM DILEMA

Izanor Sharif

Siapa yang tidak kenal penulis yang bernama Izanor Sharif ini. Sudah menulis beberapa buah buku dan terbaru beliau berjaya mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk PINK RIDING HOOD dan SERIGALA TEMBAM. Tahniah diucapkan kepada beliau dan seluruh tim (team) BLINK. Tiruvasi terbaik yang pernah dihasilkan.

Buku terbaru daripada beliau.
Namun semasa di PBAKL 2013 baru-baru ini, beliau dilihat tidak mengenakan hud berwarna merah jambu. Adakah Izanor sendiri tidak meyukai warna merah jambu yang menjadi warna asas kepada syarikat penerbitan bukunya? selain warna biru. Adakah Izanor Sharif berada di dalam dilema sama ada mahu mengenakan hud merah jambu seperti kaver buku atau tidak?

"Okey, sebenarnya memang mahu cari baju yang ada hud-tak kisah jaket atau dress...punyalah payah dan mencabar pencarian itu. Sama ada PINK atau BIRU memang target saya. Saya beli online. Ada jumpa baju berhud tapi tak dapat warna idaman. Akhirnya... jumpa baju yang konon2 Blue Riding Hood itu. Baju ala mexico =poncho. Hm! Poncho pun poncholah...yang penting suka warna dan kain nampak selesaKesimpulannya...BIRU memang warna kegemaran. "-Izanor Sharif
Izanor berhud biru. Jlo pula berhud merah jambu
Sepatutnya Izanor berhud merah jambu (PINK) seperti yang dipakai oleh Jennifer Lopez dalam salah satu video klip lagu beliau. Setelah diterangkan kepada PSS barulah terjawab persoalan adakah Izanor Sharif berada dalam dilema untuk berhud merah jambu.

Izanor Sharif adalah seorang penulis yang PSS lihat sentiasa sibuk dengan projek penulisan. Tertanya-tanya juga bagaimanakah beliau mengekalkan rasa seronok sebagai seorang penulis. Maklumlah, menulis ini perlu duduk depan komputer berjam-jam sambil memikirkan idea yang kadangkala segan hendak keluar dari dalam fikiran. Izanor Sharif dengan murah hati memberikan sedikit tip kepada pembaca PSS. Selebihnya bolehlah melawat di blog rasmi beliau.

- Saya akan rehat sekejap dan membaca semula buku kegemaran. Biasanya, memang semangat kembali menyala dan menggunung sebab kita buat perkara yang kita suka.
- Sama seperti di atas. Menonton drama-filem-kartun yang saya suka.
- Mendengar muzik sambil menulis.
- Menjaga kesihatan (yalah sebab bila segar-tak mengantuk-tak penat... kita lebih selesa dan seronok menulis)


Thursday, 16 May 2013

KES SELESAI : RAHMAH MOKHTAR LEGA

KES SELESAI : RAHMAH MOKHTAR LEGA

Rahmah Mokhtar berbaju merah jambu dan Azzah Abdul Rahman

Akhirnya, cerpen CINTA 360 darjah karya Rahmah Mokthar yang sebelum ini dilanda kontroversi ekoran karyanya itu telah diciplak seratus peratus telah pun selesai.

Sebelum ini, PSS ada menyiarkan berita kontroversi ini pada hari Isnin yang lalu. Namun hari ini, pihak penulisan2u.my telah pun bertindak mengeluarkan cerpen CINTA 360 darjah dari laman sesawang mereka.

"Ya, penulis Mardihah Adam bantu maklumkan pada editor KaryaSeni. Kemudian, saya emel laporan kepada mereka dan tindakan terus diambil selepas dipastikan ia karya plagiat. Kata editornya lagi, mereka sendiri akan ambil tindakan kepada saudara itu. Tindakan yang bagaimana, saya kurang pasti.
Terima kasih.
"
-Rahmah Mokhtar

Sebelum ini, individu yang menggunakan nama Prince menyatakan cerpen CINTA 360 darjah adalah karya kenalannya yang bernama Kasman Kassim. Namun hari ini terbukti ianya adalah tidak benar. Setelah semua bukti berjaya dikumpulkan akhirnya terbukti cerpen CINTA 360 darjah adalah karya asal Rahmah Mokhtar. Cerpen CINTA 360 darjah yang asli hanya disiarkan di TulisNovel.com



"Kami di TulisNovel.com akan lebih berhati-hati selepas ini. Semua karya yang dihasilkan, akan dipastikan ada dokumen bertarikh dan disimpan di dalam emel sebagai bahan bukti.
Insya-Allah, banyak pengajaran boleh dikutip dari peristiwa ini."-Rahmah Mokhtar

Rahmah Mokhtar mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kelas penulisannya. Ini kerana keperihatinan merekalah yang berjaya mengesan cerpen CINTA 360 darjah telah dciplak.

Khabarnya cerpen CINTA 360 darjah bakal dijadikan sebuah novel. Menurut Rahmah Mokhtar, beliau dan Azzah Abdul Rahman sudah pun selesai merangka CINTA 360 darjah edisi novel.

"Buat masa ini, saya sedang mengusahakan manuskrip dan projek duet dengan rakan penulis. Projek ini baru sahaja mencecah 40%.
Projek solo, ada dua manuskrip yang masih dalam fasa penulisan dan pembaikan."
-Rahmah Mokhtar



Monday, 13 May 2013

RAHMAH MOKHTAR vs KASMAN KASSIM: CINTA 360 darjah

RAHMAH MOKHTAR vs KASMAN KASSIM: CINTA 360 darjah


Khabarnya karya penulis Rahmah Mohktar telah diciplak oleh individu yang tidak bertangungjawab.


Cerpen Cinta 360 darjah telah pun dipaparkan di TulisNovel.com pada 17 September 2012. Namun setelah lapan bulan berlalu, karya yang sama telah muncul pada laman sesawang Penulisan2u. Ia diciplak seratus peratus. Rahmah Mokhtar telah meluahkan rasa kesalnya mengenai perkara ini.

"Pertama sekali, saya sangat terkejut. Kemudian, ada rasa sedih-sebak-marah bercampur-campur.
Sangat tak sangka, ada orang yang sanggup buat hal begini!"-Rahmah Mokhtar

Menurutnya beliau masih lagi mengikuti kelas penulisan diwaktu masa lapang. Beliau menyarankan kepada mereka yang mahu berkarya eloklah mengikut disaluran yang betul contohnya kelas penulisan di Akademi Hero.

Karya ciplak itu telah dipaparkan pada 10 Mei 2013 dengan nama penulisnya Kasman Kassim.


Beberapa saksi telah mengesahkan karya ini telah diciplak. Namun, ia dinafikan oleh individu bernama Prince. Menurutnya ia adalah karya asli kenalannya yang bernama Kasman Kassim.


Menurut Rahmah Mokhtar beliau telah memberitahu hal ini kepada pentadbir laman sesawang Penulisan2u. Mereka akan bertindak secepat yang mungkin.

"Ya, saya sudah maklumkan pihak admin supaya keluarkan karya itu. Tetapi, menurut pemiliknya, dia sedang berada di kawasan yang ada masalah line. Jadi, perlu masa yang lebih lama."-Rahmah Mokhtar

Kasman Kassim telah melanggar Akta HakCipta 1987 pindaan 1991. Semoga pihak terbabit segera mengeluarkan karya ciplak itu dari laman sesawang penulisan2u.my. Komen-komen diruang laman ini sangat membantu mengesan karya yang diciplak. Tahniah diucapkan kepada yang perihatin.

Sedikit pesanan penulis Rahmah Mokhtar kepada individu yang tidak bertangungjawab itu.

"Saya hanya mahu pesan, kepada Saudara Kasman Kassim dan sesiapa pun di luar sana, mohon berfikir baik-baik sebelum berbuat apa-apa hal yang sebegini. Sebabnya, dunia penulisan di Malaysia ini kecil sahaja. Lebih baik, hasilkan karya sendiri dan belajar dari bawah. Kejayaan itu tidak akan ditempa sekiranya kita tidak kenal makna gagal."-Rahmah Mokhtar

Wednesday, 8 May 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013 DISERANG PENYAMUN

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013 DISERANG PENYAMUN


wartawan, Bophairy, syed alwi, reja mus & shairazi azlin

Jangan panik. Sebenarnya penyamun yang dimaksudkan ialah geng Penyamun Inc. Wartawan PSS sempat menerjah mereka ketika berkunjung ke PBAKL 2013 yang telah pun menutup tirainya pada hari Sabtu yang lalu.

Mereka semua sangat ceria ketika ditemui. Masing-masing tidak lokek untuk mempamerkan senyuman.

"Penyamun Inc. terdiri daripada Bophairy Baharum, Aman Wan, Syed Alwi (Awi), Reja, Xs Rizal, Alaka Zam, Shairazi Azlin dan Boni Kacak. Kesemua mereka ini masing masing mempunyai background dalam kerja kerja seni seperti melukis komik,karikatur fotografi, blogging, vlogging dan mengarah filem pendek/iklan"-Penyamun Inc.

 
Penyamun Inc. sebuah kumpulan yang giat menghasilkan pelbagai filem pendek disaluran Youtube. Filem pendek seperti Langgar, Terlambat, Masa Kecil Dulu dan banyak lagi adalah hasil pembikinan dari kumpulan yang ditubuhkan pada 24 Jun 2012 ini.


Sehingga kini laman rasminya sudah disukai lebih dari tujuh ratus pengguna internet. Namun angka itu tidak menyamai  dengan jumlah tontonan penonton keseluruhan filem pendek disaluran Youtube yang telah pun mencapai lebih dari lima puluh ribu tontonan. Boleh lawati laman rasmi facebook Penyamun Inc, klik sini.

Video parody iKLan Gangster arahan salah seorang anggota Penyamun Inc. iaitu Aman Wan, telah mencecah lebih dari satu juta tontonan. Ia adalah parody dari filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof. 


Bophairy pula dijangka bakal mengeluarkan komik Ultra Qalif siri ke lima di pesta buku Selangor yang bakal diadakan pada 24 Mei sehingga 3 Jun 2013 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Tahniah diucapkan. Tahniah kepada semua ahli-ahli yang lain. Semoga terus maju jaya. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.

Friday, 3 May 2013

FAKTOR KESELAMATAN:OPERASI PBAKL 2013 DITUTUP PADA 5 MEI 2013

FAKTOR KESELAMATAN:OPERASI PBAKL 2013 DITUTUP PADA 5 MEI 2013


Berita penting buat peminat buku seluruh negara. Seperti yang sedia maklum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang djangka berakhir pada Ahad ini 5 Mei 2013 telah diubah ke tarikh lain.

PBAKL 2013 diadakan di bangunan PWTC. Sedikit info mengenai PWTC.

Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre)  (PWTC)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah sebuah monumen yang melambangkan kejayaan 50 tahun UMNO. Bangunan tersebut asalnya dinamakan sebagai Bangunan Tunku Abdul Rahman dan bangunan menara, Menara Dato’ Onn dibina bagi menghargai Presiden Pertama UMNO iaitu Datuk Onn Jaafar. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut dikenali melalui mutu perkhidmatan peribadi yang tinggi dan pendekatan yang fleksibel pengurusan acara, dan menjadikannya popular di kalangan menganjur acara dan perancang perjumpaan.

PBAKL 2013 menurut penganjur akan ditamatkan operasinya pada hari Ahad 5 Mei 2013 atas faktor keselamatan. Ini bermakna ia akan berakhir pada hari Sabtu 4 Mei 2013.

Pengumuman ini telah dibuat melalui fanpage PBAKL 2013.


Perkara ini telah mendapat respon dari dua orang penulis novel sejarah. Azzah Abdul Rahman yang sebelum ini menghasilkan novel sejarah mengenai perjuangan Shamsiah Fakeh turut berpendapat perlunya PBAKL ditutup pada hari Ahad. Beliau juga ada memberikan cadangan supaya pada masa akan datang acara pesta buku ini diubah ke lokasi yang lain yang banyak terdapat di ibu kota.

Keperihatinan yang ditunjukkan oleh penulis Web Sutera  telah membuatkan beliau mempersoalkan alasan isu keselamatan yang diumumkan oleh pihak penganjur. Namun akhirnya menyimpulkan ada baik dan buruknya PBAKL 2013 ini ditutup pada hari Ahad.

Kebanyakkan komen di dalam fanpage PBAKL menyatakan kehampaan mereka di atas pengumuman ini. Ini kerana ada pengunjung dari Sabah dan Sarawak sudah pun membuat tempahan hotel.


Seperti yang sedia maklum, pada Ahad ini ada tangungjawab besar yang perlu diselesaikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang sudah cukup syarat untuk pergi mengundi. Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada Ahad 5 Mei 2013.