Pages

Saturday, 6 April 2013

PENULIS SEIRAS ARTIS

PENULIS SEIRAS ARTIS

AARON AZIZ dan AMAN WAN


Cerita wajah penulis/pelukis komik ini pernah keluar dalam blog PSS. Ramai mengatakan wajahnya ada iras-iras pelakon popular Aaron Aziz. PSS pernah jumpa sekali dengan Aman Wan. Beliau mempunyai pesona yang menarik seperti artis. Lawak Sekolah adalah hasil karyanya dengan membawa jenama Blink Book.

HALEEDA dan FAIZAL DZASRIK


Gambar penulis Faizal Dzasrik tidak banyak dilaman internet. Sukar mencari wajah eksklusifnya. Namun PSS pernah berjumpa dengan beliau. Wajah beliau memang ada iras-iras penyanyi yang pernah popular tahun 90 an dulu iaitu Haleeda. Haleeda kini sudah menutup aurat rambutnya. Alhamdulillah. Sebenarnya Haleeda dan Faizal Dzasrik mempunyai pertalian saudara. Faizal Dzasrik kini popular dengan buku ALTER EGO, terbitan PTS PUBLICATION.

JAY PARK dan HASIF HAMSYARI


Hasif Hamsyari yang kini menjalani latihan di Kem PLKN ini memiliki wajah seiras artis Korea, Jay Park. Jay Park yang kini dikenali ramai rakyat Malaysia setelah berduet dengan penyanyi Malaysia Mizz Nina. Lagu mereka Around the world kini menjadi bualan hangat peminat muzik Korea dan Malaysia. Hasif Hamsyari yang terkenal dengan novel Kopi Manis terbitan Karnadya Solution.

3 comments:

Aku Penghibur said...

wow dasyat entri nie :)

jejari kucing said...

hehehe

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

muka aden macam artis mana ye...