Pages

Friday, 26 April 2013

IZZUE ISLAM BIKIN PANAS!

IZZUE ISLAM BIKIN PANAS!



BIKIN PANAS! Begitulah gosip terbaru pelakon kacak yang semakin meningkat naik ini. Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23 dikatakan mula bikin panas. Pelakon yang telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia 25 ini akan menghangatkan lagi Majlis Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Bertempat di PWTC, pada 28 April 2013 Ahad, beliau akan menghangatkan program bertemu peminat untuk Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama ini sudah pun bermula tayangannya di TV3 dalam slot Zehra. Drama adaptasi dari novel Sebenarnya Saya Isteri Dia! terbitan Karya Seni. Ditulis oleh Zura Asyfar.


Bukan bikin panas buat kontroversi ya. tapi menemui peminat Drama Sebernarnya Saya Isteri Dia. Di PBAKL 2013.

Tuesday, 23 April 2013

NORA DANISH & ADI PUTRA BAKAL BERSATU 27 APRIL INI?

NORA DANISH & ADI PUTRA BAKAL BERSATU 27 APRIL INI?





Panas! pelakon cantik dan comel Nora Danish khabarnya bakal bersatu dengan pelakon bertubuh cantik Adi Putra pada Sabtu ini.





Mereka akan bersatu dalam pertemuan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Diadakan di PWTC di ruang Bilik Melaka.

Adi Putra dan Nora Danish akan bergandingan di dalam sebuah filem adaptasi dari Novel Suami Aku Ustaz. Novel tulisan Hannah Dhaniyah ini adalah terbitan penerbit Karya Seni. Majlis pelancaran pengambaran telah pun diadakan sebelum ini. Pengarah bagi filem ini ialah Feroz Khadir yang sebelum ini menghasilkan drama Tentang Dhia, Suria di Cardoba, Adamaya dan banyak lagi.


Filem ini akan diterbitkan oleh Adi Putra sendiri. 


Saturday, 6 April 2013

PENULIS SEIRAS ARTIS

PENULIS SEIRAS ARTIS

AARON AZIZ dan AMAN WAN


Cerita wajah penulis/pelukis komik ini pernah keluar dalam blog PSS. Ramai mengatakan wajahnya ada iras-iras pelakon popular Aaron Aziz. PSS pernah jumpa sekali dengan Aman Wan. Beliau mempunyai pesona yang menarik seperti artis. Lawak Sekolah adalah hasil karyanya dengan membawa jenama Blink Book.

HALEEDA dan FAIZAL DZASRIK


Gambar penulis Faizal Dzasrik tidak banyak dilaman internet. Sukar mencari wajah eksklusifnya. Namun PSS pernah berjumpa dengan beliau. Wajah beliau memang ada iras-iras penyanyi yang pernah popular tahun 90 an dulu iaitu Haleeda. Haleeda kini sudah menutup aurat rambutnya. Alhamdulillah. Sebenarnya Haleeda dan Faizal Dzasrik mempunyai pertalian saudara. Faizal Dzasrik kini popular dengan buku ALTER EGO, terbitan PTS PUBLICATION.

JAY PARK dan HASIF HAMSYARI


Hasif Hamsyari yang kini menjalani latihan di Kem PLKN ini memiliki wajah seiras artis Korea, Jay Park. Jay Park yang kini dikenali ramai rakyat Malaysia setelah berduet dengan penyanyi Malaysia Mizz Nina. Lagu mereka Around the world kini menjadi bualan hangat peminat muzik Korea dan Malaysia. Hasif Hamsyari yang terkenal dengan novel Kopi Manis terbitan Karnadya Solution.

Wednesday, 3 April 2013

RAMLEE AWANG MURSHID TERIMA ANUGERAH DARI PARAS

RAMLEE AWANG MURSHID TERIMA ANUGERAH DARI PARAS



Imbas kembali...

Penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid telah menerima anugerah khas tokoh sastera dari Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS).

Anugerah ini diberikan sebagai menghargai bakat kreatif anak-anak Sabah dan menjadikan pencapaian tahun 2002  sehingga 2012 sebagai kayu pengukur.
Ramlee bersama keluarga

Ramlee Awang Murshid yang lahir di Kota Kinabalu Sabah, adalah seorang penulis yang sangat berbakat dan telah mencipta fenomena tersendiri didalam arena penulisan. Beliau yang telah menghasilkan puluhan buku pasti diingati dengan karya fenomenanya iaitu siri Bagaikan Puteri.