Pages

Tuesday, 19 March 2013

RAFI HARUMIN SERAH KEPADA GALERI ILMU

RAFI HARUMIN SERAH KEPADA GALERI ILMU


Tahniah diucapkan buat Rafi Harumin kerana buku pertamanya sudah pun diterbitkan. Rafi Harumin adalah penulis baru yang sebelum ini banyak menimba ilmu penulisan di Akademi Hero.

Beliau sendiri tidak menyangka kerana hasil karyanya diterima dan diterbitkan menjadi sebuah naskah buku yang menarik.

"Oh, rezeki saya bersama Galeri Ilmu mungkin. Kebetulan Pengerusi Galeri Ilmu ada di dalam senarai rakan Facebook dan saya cuba bertanyakan mengenai cara menghantar manuskrip yang sudah siap.
Beliau beri cadangan untuk menghantarnya ke Galeri Ilmu."- Rafi Harumin

Menulis buku ini tidak semudah yang disangka kerana ada cabaran yang beliau perlu lepasi. Menurutnya beliau perlu menyusun semula semua peristiwa dan pengalaman beliau sewaktu di tempat kerja yang lama. Semua perkara itu sudah lama berlaku dan ia adalah satu cabaran buat beliau.

Buku yang diterbitkan oleh penerbit Galeri Ilmu ini adalah sebuah buku yang santai dan sesuai dibaca oleh semua golongan. Buku ini mengandungi pengalaman beliau sewaktu bertugas di kaunter. Pelbagai cerita dan ragam manusia dan situasi yang menarik telah beliau kongsikan semuanya di dalam buku Kisah Orang Kaunter. Klik link di sini http://www.galeriilmu.com/belian-online/product/405-kisah-orang-kaunter

"Saya selalu jumpa pelanggan yang suka mempersoalkan banyak perkara. Sekecil hal pun hendak ditanya, kadang kadang yang tiada kaitan dengan kerja. Contohnya, bertanya mengenai mengapa rambut saya nampak lain, kononnya nama saya pelik dan tidak kurang yang kata risau hendak beri salam kerana saya berwajah Cina."- Rafi Harumin

Sebelum ini beliau terlibat dalam sebuah ebook yang bertajuk Antologi certot cinta. Ebook yang diterbitkan oleh Nuun Creatif Books itu memuatkan dua buah cerita kontot beliau. Tajuknya Cinta Unconfirmed dan Saranghaeyo Mi Amor. Klik link di sini https://www.facebook.com/NuunCreativeBooks?fref=ts

Rafi Harumin yang kini menetap di Sabah sangat sukakan keindahan alam, pantai dan tanah tinggi. Beliau yang berketurunan Dusun menyukai warna biru, putih dan hijau.

Beliau menggambarkan Sabah sebagai sebuah tempat yang alam semulajadinya masih terpelihara dengan keindahan laut, tanah tinggi dan hutan yang indah. Selain itu juga kawasan peranginan yang mudah untuk dilawati dan penduduknya yang mesra.

Di akhir perbualan, Rafi Harumin telah menyatakan mengapa beliau menjadi penulis.

"Mengapa ya? Sebab saya suka. Masa sekolah dulu saya mahu menulis tapi kekuarangan peluang. Saya pernah tulis sajak di tepi padang semasa menunggu waktu masuk sekolah tapi semua sudah hilang entah ke mana."-Rafi Harumin






5 comments:

razzwey razz said...
This comment has been removed by the author.
razzwey razz said...

Ejul, kot ye pun...ambil la gambar yang elok sket... ni gambo orang tengah letak tuala kat bahu plak... hahaha...

anyway tahniah Mr Rafi... :3

jejari kucing said...

Kami di PSS memohon maaf atas gambar itu, Insyallah akan ditukar, hihihi

mullah omar said...

Macam pak lebai.

Hans said...

tahniah :-)