Pages

Friday, 29 March 2013

HASIF HAMSYARI BERCELORENG BIRU

HASIF HAMSYARI BERCELORENG BIRU


Khabarnya, penulis muda yang kacak dan iras-iras artis K POP ini terpilih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Syabas diucapkan. Beliau akan berada di PLKN selama 3 bulan bermula 31 Mac ini. Dalam keterujaanya untuk menyertai PLKN, ada sedikit perasaan sedih beliau rasakan kerana banyak programnya tergendala sepanjang berada di kem PLKN nanti. Hasif Hamsyari juga tidak sabar mengenakan pakaian celoreng biru dan beliau juga ada berasa gusar kerana akan dipotong rambut.

"Bila dengar kata-kata perangsang rakan-rakan buat saya rasa bersemangat pula. Yang paling buat saya teruja mestilah peluang mengendalikan senjata Colt M16!"- Hasif Hamsyari


 Wah, memang sangat mengujakan. PSS sendiri tidak pernah berpeluang mengendalikan senjata ini.

Beliau mengatakan akan menceritakan segala pengalamannya di PLKN pada blognya nanti, namun tidak terlintas untuk menjadikan pengalaman itu sebagai sebuah cerita novel. http://planethasifhamsyari.blogspot.com/

Disoal perkembangan terkini penulisannya, beliau kini sudah pun menghantar manuskrip pada 3 bulan yang lalu. Pihak penerbit pula bersetuju dan ada memintanya untuk menambahkan lagi jumlah bilangan muka surat. Selain itu beliau juga sibuk merancang untuk menghasilkan manuskrip baru yang lain. 



Hasif Hamsyari sebelum ini dijemput oleh pihak sekolah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu penulisan. Menurutnya beliau banyak belajar dari orang yang hebat dan berpengalaman.

"Bulan lalu, saya sempat memenuhi jemputan ceramah penulis di sebuah sekolah. Satu lagi terpaksa tolak sebab terlalu singkat waktu yang diberitahu. Insya-ALLAH, lepas tamat PLKN saya merancang untuk ke sekolah-sekolah semula."-Hasif Hamsyari

Bagaikan Mimpi dan Kopi Manis adalah antara genre remaja yang ditulis oleh Hasif Hamsyari. Menurutnya, beliau kini menetapkan sasaran untuk menumpukan pada genre remaja namun digabungkan dengan genre lain seperti komedi, fantasi ataupun thriller. 

"Tapi untuk novel akan datang, saya masih mengekalkan genre komedi remaja sebagaimana novel Kopi Manis. Saya membawa kisah yang agak berisiko tetapi masih pada landasan hakikat yang berlaku hari ini - remaja, cinta dan persahabatan. "-Hasif Hamsyari

Berikut sedikit kata-kata Hasif Hamsyari sebelum bertolak ke PLKN.

"Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Harap sudilah mendoakan keselamatan dan kesihatan saya sepanjang di sana, selamat pergi dan selamat kembali untuk terus berkarya dengan lebih giat selepas ni. Mudah-mudahan ALLAH merahmati kita semua."-Hasif Hamsyari








3 comments:

Razil Tahir said...

samalah... tak pernah merasa pegang M16.
Pernah dengar adik citer pengalaman try M16 kat PLKN, housemate plak kat kem suksis...
Aku bila ntah.... hm~

jejari kucing said...

Insya Allah , hehehe

Anonymous said...

M16 ! frist time gune mse plkn thn lepas,, dpt lak giliran tngah2 pns tu,,smpai mlecur gak tangan sbb bnde alah tu pns sngt,,da laa berat,nk target lg -.-
btw bez gler laa :)