Pages

Friday, 29 March 2013

HASIF HAMSYARI BERCELORENG BIRU

HASIF HAMSYARI BERCELORENG BIRU


Khabarnya, penulis muda yang kacak dan iras-iras artis K POP ini terpilih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Syabas diucapkan. Beliau akan berada di PLKN selama 3 bulan bermula 31 Mac ini. Dalam keterujaanya untuk menyertai PLKN, ada sedikit perasaan sedih beliau rasakan kerana banyak programnya tergendala sepanjang berada di kem PLKN nanti. Hasif Hamsyari juga tidak sabar mengenakan pakaian celoreng biru dan beliau juga ada berasa gusar kerana akan dipotong rambut.

"Bila dengar kata-kata perangsang rakan-rakan buat saya rasa bersemangat pula. Yang paling buat saya teruja mestilah peluang mengendalikan senjata Colt M16!"- Hasif Hamsyari


 Wah, memang sangat mengujakan. PSS sendiri tidak pernah berpeluang mengendalikan senjata ini.

Beliau mengatakan akan menceritakan segala pengalamannya di PLKN pada blognya nanti, namun tidak terlintas untuk menjadikan pengalaman itu sebagai sebuah cerita novel. http://planethasifhamsyari.blogspot.com/

Disoal perkembangan terkini penulisannya, beliau kini sudah pun menghantar manuskrip pada 3 bulan yang lalu. Pihak penerbit pula bersetuju dan ada memintanya untuk menambahkan lagi jumlah bilangan muka surat. Selain itu beliau juga sibuk merancang untuk menghasilkan manuskrip baru yang lain. 



Hasif Hamsyari sebelum ini dijemput oleh pihak sekolah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu penulisan. Menurutnya beliau banyak belajar dari orang yang hebat dan berpengalaman.

"Bulan lalu, saya sempat memenuhi jemputan ceramah penulis di sebuah sekolah. Satu lagi terpaksa tolak sebab terlalu singkat waktu yang diberitahu. Insya-ALLAH, lepas tamat PLKN saya merancang untuk ke sekolah-sekolah semula."-Hasif Hamsyari

Bagaikan Mimpi dan Kopi Manis adalah antara genre remaja yang ditulis oleh Hasif Hamsyari. Menurutnya, beliau kini menetapkan sasaran untuk menumpukan pada genre remaja namun digabungkan dengan genre lain seperti komedi, fantasi ataupun thriller. 

"Tapi untuk novel akan datang, saya masih mengekalkan genre komedi remaja sebagaimana novel Kopi Manis. Saya membawa kisah yang agak berisiko tetapi masih pada landasan hakikat yang berlaku hari ini - remaja, cinta dan persahabatan. "-Hasif Hamsyari

Berikut sedikit kata-kata Hasif Hamsyari sebelum bertolak ke PLKN.

"Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Harap sudilah mendoakan keselamatan dan kesihatan saya sepanjang di sana, selamat pergi dan selamat kembali untuk terus berkarya dengan lebih giat selepas ni. Mudah-mudahan ALLAH merahmati kita semua."-Hasif Hamsyari








Wednesday, 27 March 2013

Ebook baru dari M Faridzuan Majid

Ebook BARU DARI M FARIDZUAN MAJID


Tahniah buat M Faridzuan Majid yang tidak henti henti berusaha bagi mengejar impian menjadi seorang penulis.

Terbaharu dari beliau ialah ebook bertajuk Oh My Cupcakes!.

"Ebook percuma aku ni aku hadiahkan buat semua, khususnya bagi sesiapa yang suka makan cupcakes dan tergila-gilakan cupcakes, atau yang mahu menjadi seorang peniaga cupcakes! Ebook ini santai, tak ada sastera yang tinggi, tak terlalu berat, jadi sesuai dibaca oleh semua golongan. Kepada ibu-ibu blogger, saya syorkan ebook ini kepada anak-anak puan yang manis, jelita lagi comel. In sha Allah, pasti terhibur!"-M Faridzuan Majid

Menurutnya lagi, ebook ini adalah percuma sehingga 25 April 2013. Dengan memuat turun ebook ini, akan menambahkan lagi jumlah muat turun ebook beliau. Kempen bagi memuat turun ebook secara percuma adalah sebulan dan seandainya beliau menang dalam kempen ini, habuannya ialah pakej penerbitan dari London!

Sinopsis ebook ini

Hanis Liyana merupakan seorang pengusaha cupcakes yang berjaya. Walaupun tidak mendapat pekerjaan yang sama bidang dengan jurusan yang diambilnya di universiti, hal itu sama sekali tidak mematahkan semangat Hanis Liyana bagi menceburi bidang perniagaan kek yang semakin mendapat tempat. Pertemuan dengan Encik Marzuki membuatkan gerak kerjanya menjadi agak huru-hara. Tambahan pula kedatangan Irwan secara tiba-tiba turut meninggalkan banyak tanda tanya. Semangat Hanis Liyana menjadi bertambah kental dengan adanya pekerja dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Walau apa pun yang berlaku, cupcakes pelanggan harus diutamakan, meskipun terpaksa melakukan kerja gila!

Pada minggu pertama, ebook beliau berada dalam kedudukan ke dua terbanyak dimuat turun.

Untuk mengetahui bagaimana mahu memuat turun ebook ini, anda bolehlah ke blog beliau http://lekors.blogspot.com/2013/03/oh-my-cupcakes-ebook-percuma-untuk-anda.html




Tuesday, 19 March 2013

RAFI HARUMIN SERAH KEPADA GALERI ILMU

RAFI HARUMIN SERAH KEPADA GALERI ILMU


Tahniah diucapkan buat Rafi Harumin kerana buku pertamanya sudah pun diterbitkan. Rafi Harumin adalah penulis baru yang sebelum ini banyak menimba ilmu penulisan di Akademi Hero.

Beliau sendiri tidak menyangka kerana hasil karyanya diterima dan diterbitkan menjadi sebuah naskah buku yang menarik.

"Oh, rezeki saya bersama Galeri Ilmu mungkin. Kebetulan Pengerusi Galeri Ilmu ada di dalam senarai rakan Facebook dan saya cuba bertanyakan mengenai cara menghantar manuskrip yang sudah siap.
Beliau beri cadangan untuk menghantarnya ke Galeri Ilmu."- Rafi Harumin

Menulis buku ini tidak semudah yang disangka kerana ada cabaran yang beliau perlu lepasi. Menurutnya beliau perlu menyusun semula semua peristiwa dan pengalaman beliau sewaktu di tempat kerja yang lama. Semua perkara itu sudah lama berlaku dan ia adalah satu cabaran buat beliau.

Buku yang diterbitkan oleh penerbit Galeri Ilmu ini adalah sebuah buku yang santai dan sesuai dibaca oleh semua golongan. Buku ini mengandungi pengalaman beliau sewaktu bertugas di kaunter. Pelbagai cerita dan ragam manusia dan situasi yang menarik telah beliau kongsikan semuanya di dalam buku Kisah Orang Kaunter. Klik link di sini http://www.galeriilmu.com/belian-online/product/405-kisah-orang-kaunter

"Saya selalu jumpa pelanggan yang suka mempersoalkan banyak perkara. Sekecil hal pun hendak ditanya, kadang kadang yang tiada kaitan dengan kerja. Contohnya, bertanya mengenai mengapa rambut saya nampak lain, kononnya nama saya pelik dan tidak kurang yang kata risau hendak beri salam kerana saya berwajah Cina."- Rafi Harumin

Sebelum ini beliau terlibat dalam sebuah ebook yang bertajuk Antologi certot cinta. Ebook yang diterbitkan oleh Nuun Creatif Books itu memuatkan dua buah cerita kontot beliau. Tajuknya Cinta Unconfirmed dan Saranghaeyo Mi Amor. Klik link di sini https://www.facebook.com/NuunCreativeBooks?fref=ts

Rafi Harumin yang kini menetap di Sabah sangat sukakan keindahan alam, pantai dan tanah tinggi. Beliau yang berketurunan Dusun menyukai warna biru, putih dan hijau.

Beliau menggambarkan Sabah sebagai sebuah tempat yang alam semulajadinya masih terpelihara dengan keindahan laut, tanah tinggi dan hutan yang indah. Selain itu juga kawasan peranginan yang mudah untuk dilawati dan penduduknya yang mesra.

Di akhir perbualan, Rafi Harumin telah menyatakan mengapa beliau menjadi penulis.

"Mengapa ya? Sebab saya suka. Masa sekolah dulu saya mahu menulis tapi kekuarangan peluang. Saya pernah tulis sajak di tepi padang semasa menunggu waktu masuk sekolah tapi semua sudah hilang entah ke mana."-Rafi Harumin






Monday, 18 March 2013

AIN MAISARAH BUAT PEMINAT HISTERIA

AIN MAISARAH BUAT PEMINAT HISTERIA


Ain Maisarah memang seorang penulis yang tidak reti duduk diam. Ada sahaja kejutan yang dilakukan buat para peminat produk syarikatnya iaitu Blinkbook sdn bhd.

Terkini beliau telah mengeluarkan produk pakej novel comel. Anda boleh klik link ini http://www.blinkdigital.com.my/kedaiblink/product-category/novel-comel/

Pakej novel comel

Bukan itu sahaja, pakej RM200 yang sangat mengujakan turut menanti para peminat Blinkbook. Melalui pakej ini, pembeli akan mendapat kotak Blink yang sangat eksklusif. Pakej RM200 adalah terhad untuk 2000 pakej sahaja.

pakej RM200

Pembeli boleh membeli 1500 pakej di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 26 April sehingga 5 Mei 2013 nanti dan 500 pakej pula akan dijual secara online. Antara tajuk yang menarik hati PSS ialah novel Little Pink Riding Hood dan Serigala Tembam. Menarik sangat tajuk ni.

Amaran, pakej ini akan siap pada 26 April 2013 dan penghantaran akan dilakukan pada 30 April 2013. Jadi, sila buat pembelian awal secara online di link ini . Sila histeria sekarang .http://www.blinkdigital.com.my/kedaiblink/product/pakej-200/

Untuk maklumat lebih lengkap sila klik pada link yang diberikan. Maklumat  pada blog ini telah diringkaskan.

Wednesday, 13 March 2013

VIDEO AZANIL FITRI TERSEBAR LUAS

VIDEO AZANIL FITRI TERSEBAR LUAS

gambar carian di google

Panas berikutan tersebarnya video penulis popular Azanil Fitri. Video yang dihasilkan oleh produksi yang semakin dikenali ini iaitu Penyamun Inc memuatkan adegan Azanil menjadi zombie. https://www.facebook.com/PenyamunInc

Tambah kapsyen

Untuk melihat video tersebut, bolehlah ke https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CPrElrRzoz8#!

Ini sedutan dari video lain bertajuk VirusZ13

Azanil Fitri merupakan penulis bagi novel Hero takut Zombie. Ia terbitan Blinkbook. Nampaknya beliau kini sudah betul-betul menjadi zombie.