Pages

Monday, 18 February 2013

CERITA KLISE:REY REDZUAN ENGGAN MENGALAH

CERITA KLISE:REY REDZUAN ENGGAN MENGALAH
Rey Redzuan berbaju melayu kuning
Enggan mengalah! Khabarnya remaja yang bercita-cita tinggi untuk menjadi penulis ini, pernah hasil karyanya ditolak oleh sebuah syarikat penerbitan. Karyanya ditolak kerana jalan cerita yang ditulis klise.

Ia bukan alasan untuk beliau mengalah. Sebagai permulaan beliau telah menggunakan ruang karya ebook untuk menyalurkan karyanya. HCombo Art menjadi keyakinannya untuk mempamerkan hasil karya ebook pertama beliau.

Saya Kan Ada? Begitulah tajuk ebook yang dihasilkan. Rey Redzuan atau nama sebenarnya M Faridzuan Majid. Ikuti sedikit temu bual bersama penulis muda yang berusia 18 tahun ini.

www.hcomboart.blogspot.com


PSS: Kenapa Rey terbitkannya sebagai ebook percuma? Mengapa tidak cuba hantarkan pada penerbit dan dibayar royalti?

Rey: Saya mahu promosikan dahulu karya penulisan saya kepada semua rakan-rakan.
Ebook percuma ini umpama hadiah buat mereka yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat untuk saya menulis.
Ebook percuma ini juga merupakan platform saya bagi menghasilkan novel fizikal bagi tujuan komersial pada masa akan datang.

PSS: E book ini adalah percubaan Rey untuk melihat respon pembaca?

Rey:  Ya, alhamdulillah, pada hari pertama saya promosikan, sudah ramai yang tertanya-tanya bila terbit ebook itu, ada juga yang mahu saya tag nama mereka di Facebook dan Twitter. 

Apabila terbit sahaja ebook itu, sambutan yang diberikan amat menggalakkan! Saya rasa mahu menangis tertonggeng pula.
Ada yang tulis di status FB mereka mengatakan mereka sedang membaca karya saya.
Ada rakan-rakan yang sudi promosikan ebook saya di FB mereka.
Komen yang diberikan sungguh memuaskan hati saya kerana dengan adanya komen jujur mereka, saya dapat mencari kelemahan ebook saya dan perbaikinya pada masa akan datang.
Malah ada yang mahu saya buat sambungan cerita kerana tercuit dengan kisah Faris dan Ayuni. Malah, para novelis yang saya sanjungi pun turut mahu membaca ebook saya.


PSS : Apakah syarat untuk menulis di laman ebook ini?

Rey : Syarat untuk tulis ebook di HCombo Art : Manuskrip minimum 40 muka surat, harus gunakan bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Tinggi.


ebook percuma


PSS : Karya Rey guna Bahasa Melayu Tinggi?

ReyOh tak, saya gunakan bahasa Melayu standard saja, sebab sasaran pembaca saya ialah remaja. In sha Allah saya akan gunakan BMT untuk manuskrip PTS akan datang.

PSS : Apakah perbezaan Bahasa Melayu Tinggi dan Bahasa Melayu Standard?

Rey : Bahasa Melayu Standard ialah struktur bahasa yang normal, yang realisme, tetapi masih tidak ada unsur rojak.
Bahasa Melayu Tinggi pula ialah mazhab bahasa kelas menengah, ayat-ayatnya dieja lengkap, bahkan apabila menulis dialog dalam novel pun harus menggunakan BMT, seperti garis panduan yang digunakan oleh PTS dan Galeri Ilmu untuk memilih manuskrip penulis.
PSS: Bagi Rey, pembaca remaja lebih suka Bahasa Melayu Tinggi atau Bahasa Melayu Standard?
Rey: Itu saya tidak dapat pastikan. Ikut selera pembaca, ada pembaca remaja yang akan mengkritik penulis buku yang menggunakan BMT itu ialah skema.
Tetapi pada pendapat saya, apabila kita gunakan BMT dalam novel kita, jualan novel kita akan menjadi lama.
PSS : Jadinya, sasaran pembaca remaja sesuai dengan Bahasa Melayu Standard?

Rey : Oh tidak juga bagi saya.
Seperti kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau remaja dibiasakan membaca novel yang menggunakan bahasa yang rojak, pasti akan menjadi risiko apabila dia menghadapi SPM, kerana sudah terbiasa dengan bahasa rojak atau bahasa SMS.
Bagi saya tak ada masalah mahu baca novel BMS dan BMT.
Apa yang mengkhuatirkan saya ialah penggunakan bahasa rojak yang berleluasa.
Ini ialah kata-kata pendorong dari salah seorang novelis kegemaran saya, Bahruddin Bekri ketika terbitnya ebook pertama saya. "Teruskan menulis. Biar orang gelakkan kita, tidak apa, yang penting kita jangan gelakkan orang."

    • PSS : Sebutkan seorang dari ramai idola Rey di dalam arena penulisan ini?

    Rey : Okey, salah satunya ialah Kak Eman Dhani, penulis novel Fatimah Fatty. Cara penulisannya mudah dan bersahaja sehingga menerbitkan humor, membawa mesej yang menarik, bahkan beliaulah yang selalu memberi tips penulisan dan penerbitan buku kepada saya.

    PSS : Ceritakan serba ringkas tentang ebook Saya Kan Ada?

    Rey : 'Saya Kan Ada?' mengisahkan konflik Faris yang mengharapkan cinta Ayuni, sedangkan Ayuni hanya menganggapnya sahabat sejati. Saya tak boleh bagitahu sinopsis panjang-panjang, kena baca sendiri ebook ini kerana ceritanya pendek sangat. 
    Tajuk asal novel ini ialah Saya Sayang Awak Sahabat'.
    Tapi saya tukar supaya lebih catchy dan senang diingat.
    PSS : Apa yang menyebabkan pembaca di luar sana perlu baca Saya Kan Ada?
    Rey : Oh.
    Untuk para remaja yang menghadapi kebelengguan antara persahabatan dan percintaan, bacalah ebook ini. Serap pengajaran yang terselit, sebagai persediaan ketika melangkah ke universiti.
    In sha Allah ceritanya tiada adegan pegang-pegang tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram.
    PSS : Rey pernah bercinta?
    ReySaya memang tak pernah bercinta, ketika saya tulis cerita ini pun saya rasa mahu termuntah, tetapi saya habiskan sahaja penulisan cerita ini kerana tidak mahu menangguh masa.
    Tetapi cerita ini ada sedikit sebanyak cebisan pengalaman saya ketika berada di sekolah menengah.

    PSS : oh begitu, jadinya pengalaman bercinta tiada?

    Rey : Ya, bagaimana mahu bercinta, sedangkan orang yang kita cinta itu sudah dimiliki? Hahaha. Bagi saya, belajar sampai ke universiti, dapatkan kerja yang stabil, barulah mencari calon suri di hati. 

    PSS : Adakah ebook ini ingin membuktikan karya Rey tidak klise?

    Rey : Mungkin, tapi saya tidak salahkan penerbit, kerana saya masih belajar tentang penulisan. In sha Allah satu hari nanti saya akan menghantar manuskrip yang tidak klise kepada penerbit, genre cerita chiclit, tajuknya ialah (dirahsiakan )

    Soalan akhir untuk Rey, apabila ditanya, apakah genre yang digemarinya? Menurut Rey, beliau layan semua genre buku namun yang menjadikan kegemarannya ialah genre chiclit. 

    "Genre yang memberi fokus tema kewanitaan yang masih belum berkahwin, yang gilakan gaya hidup metropop, yang moden dan tampil elegan. Saya sukakan suasana sebegitu. Nampak catchy."-Rey Redzuan.