Pages

Thursday, 28 February 2013

SMILE:IRMA HASMIE

SMILE:IRMA HASMIE


Tahniah! buku SMILE tulisan pelakon cantik dan manis Irma Hasmie mendapat banyak komen positif dari pembaca. Harga yang sangat murah tapi pengisan yang sangat bernilai dan cemerlang. Ramai pembaca berpuas hati dengan buku ini.

Irma bersama suami tersayang

Berikut antara komen yang diberikan oleh pembaca

sumber : http://razmankamarudin.blogspot.com/2012/06/preview-buku-smile-by-irma-hasmie-zamri.html


"Biar sedikit tetapi menjadi. Asal berbekas dalam hati. Skil di tangan, InsyaAllah menjadi. Motivasi menjadi pendorong diri. Oh, jangan lupa, pemberi Inspirasi! Itu adalah sebab adanya nabi. Luar biasa hidupmu selepas ini, kata orang, Elegan gayamu berbeza sekali" -petikan dari SMILE

Boleh juga melihat laman syarikat penerbitan PTS. Banyak komen positif yang dikongsikan oleh pembaca. Boleh lihat pada link ini http://pts.com.my/buku/smile/


Keunggulan buku ini juga diterajui oleh penulis muda yang hebat iaitu Zamri Mohamad. Siapa Zamri Mohamad? boleh ke laman rasmi beliau http://www.zamrimohamad.com/biodata.html

Buku Smile ini ditebitkan oleh PTS Millenia Sdn Bhd.



Thursday, 21 February 2013

TREND FESYEN:AIN MAISARAH

TREND FESYEN:AIN MAISARAH


Ain Maisarah, begitulah nama pemilik penulis selebriti paling berjaya dan berpengaruh di Malaysia. Pantas dalam merencana perjalanan syarikat penerbitan buku BlinkBook bersama suami tersayang. Telah menjelajah lebih 200 buah sekolah di semenanjung Malaysia. Berpuluh buah buku telah diterbitkan. Menerima  lebih 140 ribu 'like' di Fanpage rasminya. Tiga novel pertamanya menerima royalti sebanyak RM80 ribu ringgit. Laman rasmi http://www.ainmaisarah.com

“SAYA mahu buktikan kepada masyarakat kerjaya sebagai penulis juga mampu memberi pendapatan lumayan dan mampu bergelar jutawan seperti mana penulis tersohor di luar negara.”-Ain Maisarah (SUMBER BERITA HARIAN)

Kejayaan beliau memang sungguh luar biasa. Beliau sendiri telah diuruskan dengan baik oleh pengurusnya iaitu Syaizul Amal Zulkaffli yang juga suaminya sendiri. Ain Maisarah juga bergabung dengan beberapa penulis di bawah naungan syarikatnya. Antaranya Azanil Fitri, Izanor Sharif dan Aman Wan.

Selain itu, beliau bersama pasukan BlinkBook sering membawa kerusi besar ke beberapa program bertemu peminat. 




Di mana sahaja beliau muncul, pasti sentiasa kemas dan bergaya dengan pelbagai fesyen terkini. Beliau sukakan warna merah jambu.



Fesyen manakah paling menarik di atas?

Wednesday, 20 February 2013

NOVELIST HILARY MANTEL KUTUK KATE MIDDLETON

NOVELIST HILARY MANTEL KUTUK KATE MIDDLETON?
Hilary Mantel
Dunia penulisan hari ini digemparkan dengan berita mengenai pemenang dua kali berturut-turut Anugerah Booker Prize iaitu Hilary Mantel.
Kate Middleton

Beliau dikatakan mengutuk Duchess of Cambridge di dalam satu syarahannya di Muzium Britain. Menurutnya Kate Middleton adalah seorang yang Hipokrit yang hanya bertujuan melahirkan anak. Beliau juga menyifatkan isteri kepada Putera William itu seorang yang kekok dan tidak ubah seperti patung peragaan tanpa personaliti.


















Sumber Maklumat Kosmo 20/02/2013

Monday, 18 February 2013

CERITA KLISE:REY REDZUAN ENGGAN MENGALAH

CERITA KLISE:REY REDZUAN ENGGAN MENGALAH
Rey Redzuan berbaju melayu kuning
Enggan mengalah! Khabarnya remaja yang bercita-cita tinggi untuk menjadi penulis ini, pernah hasil karyanya ditolak oleh sebuah syarikat penerbitan. Karyanya ditolak kerana jalan cerita yang ditulis klise.

Ia bukan alasan untuk beliau mengalah. Sebagai permulaan beliau telah menggunakan ruang karya ebook untuk menyalurkan karyanya. HCombo Art menjadi keyakinannya untuk mempamerkan hasil karya ebook pertama beliau.

Saya Kan Ada? Begitulah tajuk ebook yang dihasilkan. Rey Redzuan atau nama sebenarnya M Faridzuan Majid. Ikuti sedikit temu bual bersama penulis muda yang berusia 18 tahun ini.

www.hcomboart.blogspot.com


PSS: Kenapa Rey terbitkannya sebagai ebook percuma? Mengapa tidak cuba hantarkan pada penerbit dan dibayar royalti?

Rey: Saya mahu promosikan dahulu karya penulisan saya kepada semua rakan-rakan.
Ebook percuma ini umpama hadiah buat mereka yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat untuk saya menulis.
Ebook percuma ini juga merupakan platform saya bagi menghasilkan novel fizikal bagi tujuan komersial pada masa akan datang.

PSS: E book ini adalah percubaan Rey untuk melihat respon pembaca?

Rey:  Ya, alhamdulillah, pada hari pertama saya promosikan, sudah ramai yang tertanya-tanya bila terbit ebook itu, ada juga yang mahu saya tag nama mereka di Facebook dan Twitter. 

Apabila terbit sahaja ebook itu, sambutan yang diberikan amat menggalakkan! Saya rasa mahu menangis tertonggeng pula.
Ada yang tulis di status FB mereka mengatakan mereka sedang membaca karya saya.
Ada rakan-rakan yang sudi promosikan ebook saya di FB mereka.
Komen yang diberikan sungguh memuaskan hati saya kerana dengan adanya komen jujur mereka, saya dapat mencari kelemahan ebook saya dan perbaikinya pada masa akan datang.
Malah ada yang mahu saya buat sambungan cerita kerana tercuit dengan kisah Faris dan Ayuni. Malah, para novelis yang saya sanjungi pun turut mahu membaca ebook saya.


PSS : Apakah syarat untuk menulis di laman ebook ini?

Rey : Syarat untuk tulis ebook di HCombo Art : Manuskrip minimum 40 muka surat, harus gunakan bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Tinggi.


ebook percuma


PSS : Karya Rey guna Bahasa Melayu Tinggi?

ReyOh tak, saya gunakan bahasa Melayu standard saja, sebab sasaran pembaca saya ialah remaja. In sha Allah saya akan gunakan BMT untuk manuskrip PTS akan datang.

PSS : Apakah perbezaan Bahasa Melayu Tinggi dan Bahasa Melayu Standard?

Rey : Bahasa Melayu Standard ialah struktur bahasa yang normal, yang realisme, tetapi masih tidak ada unsur rojak.
Bahasa Melayu Tinggi pula ialah mazhab bahasa kelas menengah, ayat-ayatnya dieja lengkap, bahkan apabila menulis dialog dalam novel pun harus menggunakan BMT, seperti garis panduan yang digunakan oleh PTS dan Galeri Ilmu untuk memilih manuskrip penulis.
PSS: Bagi Rey, pembaca remaja lebih suka Bahasa Melayu Tinggi atau Bahasa Melayu Standard?
Rey: Itu saya tidak dapat pastikan. Ikut selera pembaca, ada pembaca remaja yang akan mengkritik penulis buku yang menggunakan BMT itu ialah skema.
Tetapi pada pendapat saya, apabila kita gunakan BMT dalam novel kita, jualan novel kita akan menjadi lama.
PSS : Jadinya, sasaran pembaca remaja sesuai dengan Bahasa Melayu Standard?

Rey : Oh tidak juga bagi saya.
Seperti kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Kalau remaja dibiasakan membaca novel yang menggunakan bahasa yang rojak, pasti akan menjadi risiko apabila dia menghadapi SPM, kerana sudah terbiasa dengan bahasa rojak atau bahasa SMS.
Bagi saya tak ada masalah mahu baca novel BMS dan BMT.
Apa yang mengkhuatirkan saya ialah penggunakan bahasa rojak yang berleluasa.
Ini ialah kata-kata pendorong dari salah seorang novelis kegemaran saya, Bahruddin Bekri ketika terbitnya ebook pertama saya. "Teruskan menulis. Biar orang gelakkan kita, tidak apa, yang penting kita jangan gelakkan orang."

    • PSS : Sebutkan seorang dari ramai idola Rey di dalam arena penulisan ini?

    Rey : Okey, salah satunya ialah Kak Eman Dhani, penulis novel Fatimah Fatty. Cara penulisannya mudah dan bersahaja sehingga menerbitkan humor, membawa mesej yang menarik, bahkan beliaulah yang selalu memberi tips penulisan dan penerbitan buku kepada saya.

    PSS : Ceritakan serba ringkas tentang ebook Saya Kan Ada?

    Rey : 'Saya Kan Ada?' mengisahkan konflik Faris yang mengharapkan cinta Ayuni, sedangkan Ayuni hanya menganggapnya sahabat sejati. Saya tak boleh bagitahu sinopsis panjang-panjang, kena baca sendiri ebook ini kerana ceritanya pendek sangat. 
    Tajuk asal novel ini ialah Saya Sayang Awak Sahabat'.
    Tapi saya tukar supaya lebih catchy dan senang diingat.
    PSS : Apa yang menyebabkan pembaca di luar sana perlu baca Saya Kan Ada?
    Rey : Oh.
    Untuk para remaja yang menghadapi kebelengguan antara persahabatan dan percintaan, bacalah ebook ini. Serap pengajaran yang terselit, sebagai persediaan ketika melangkah ke universiti.
    In sha Allah ceritanya tiada adegan pegang-pegang tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram.
    PSS : Rey pernah bercinta?
    ReySaya memang tak pernah bercinta, ketika saya tulis cerita ini pun saya rasa mahu termuntah, tetapi saya habiskan sahaja penulisan cerita ini kerana tidak mahu menangguh masa.
    Tetapi cerita ini ada sedikit sebanyak cebisan pengalaman saya ketika berada di sekolah menengah.

    PSS : oh begitu, jadinya pengalaman bercinta tiada?

    Rey : Ya, bagaimana mahu bercinta, sedangkan orang yang kita cinta itu sudah dimiliki? Hahaha. Bagi saya, belajar sampai ke universiti, dapatkan kerja yang stabil, barulah mencari calon suri di hati. 

    PSS : Adakah ebook ini ingin membuktikan karya Rey tidak klise?

    Rey : Mungkin, tapi saya tidak salahkan penerbit, kerana saya masih belajar tentang penulisan. In sha Allah satu hari nanti saya akan menghantar manuskrip yang tidak klise kepada penerbit, genre cerita chiclit, tajuknya ialah (dirahsiakan )

    Soalan akhir untuk Rey, apabila ditanya, apakah genre yang digemarinya? Menurut Rey, beliau layan semua genre buku namun yang menjadikan kegemarannya ialah genre chiclit. 

    "Genre yang memberi fokus tema kewanitaan yang masih belum berkahwin, yang gilakan gaya hidup metropop, yang moden dan tampil elegan. Saya sukakan suasana sebegitu. Nampak catchy."-Rey Redzuan.

    Tuesday, 5 February 2013

    KELAB RAMFC

    RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB

    Pada hari Sabtu yang lalu, wartawan Penulis Sana Sini berkesempatan untuk menghadiri Karnival Karangkraf. Karangkraf kini sudah pun berusia 35 tahun dalam menempuhi arena penerbitan di Malaysia. Tahniah diucapkan.
    cik hani, kak sempoi, kak fiza, kak suhailah Onn, kak Elle
    Booth yang menarik perhatian ialah booth penulis thriller nombor satu Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid. Gambar di atas adalah beberapa Ahli Jawatan Kuasa bagi kelab RAMFC. Laman kelab ini kini disukai lebih daripada 29 ribu orang di laman facebook. Hasil usaha kelab inilah yang mendekatkan peminat dengan penulis Ramlee Awang Murshid. http://www.kelabram.com/

    peminat berbaris panjang
    Pengaruh Ramlee Awang Murshid sangat kuat. Walaupun cuaca pada petang itu berbahang namun para peminat sanggup berbaris panjang bagi mendapatkan tandantangan dari beliau.

    Add caption
     Beberapa lagi gambar eksklusif buat pembaca blog Penulis Sana Sini.