Pages

Wednesday, 9 January 2013

KOMIK M CARI BAKAT BARU

KOMIK M CARI BAKAT BARU


Khabarnya, Komik M sekarang ini sedang mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai artis naungan mereka.

Komik M ialah sebuah jenama komik yang berada satu bumbung dengan penerbitan PTS PUBLICATION.

"Komik-M adalah singkatan untuk Komik Malaysia. Menggunakan dua prinsip utama dalam menerbitkan komik iaitu penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam dialog dan lukisan yang patuh syariah."-Komik M

Nazry Salam antara juri yang didedahkan buat masa ini

Nazry Salam yang aktif melukis komik adalah suami kepada penulis kawanku Panda, iaitu Husna Adnan. Pasangan ini kini bahagia dengan Afia Zara yang semakin membesar dan comel.

Jadi, siapakah juri selebihnya itu? Komik M di dalam laman rasmi mereka, menyatakan akan mendedahkan nama juri dalam masa terdekat.

Adakah teka teki ini sudah terjawab apabila ada komen yang telah mendedahkan nama juri ini?


Anda boleh ke laman rasmi Komik M bagi melihat produk mereka. http://www.komik-m.com/
Untuk laman facebook pula di https://www.facebook.com/komikm?ref=ts&fref=ts

3 comments:

fatinlea said...

besar cabaran buat komik gune bahasa melayu standard. silap2 akan jadi sangat kosong dan x menarik. harap pelukis komik yang ade UMPH dipilih :D barula berwarna sket comic scene kat malaysia..

oh ya, to make it easier for ppl to comment on your blog, hy wont you get rid of the captcha? afraid of spammer?

jejari kucing said...

benar tu, cabarannya sangat hebat. hanya yang berbakat sahaja yang mampu melakukannya.

DARWISY GAIM said...

Saya akui yang memang susah cabarannya...seseorang yang memang berminat dan berbakat dalam bidang komik sahaja mampu melakukannya..kalaulah saya ialah salah seorang yang boleh lukis komik,mesti saya takkan lepaskan peluang ini.:)