Pages

Wednesday, 30 January 2013

KEMERIAHAN JUALAN BUKU

KEMERIAHAN JUALAN BUKU

Ketika ini pun sedang berlangsung Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC. Bulan Januari sehingga Mac banyak program berkaitan buku di adakan di negara kita ini. Antaranya ialah.



Friday, 18 January 2013

BACA@LRT RAMLEE AWANG MURSHID

BACA@LRT RAMLEE AWANG MURSHID





Khabarnya esok Sabtu 18 Januari 2013 akan berlangsungnya program baca buku karya Ramlee Awang Murshid di dalam LRT. Ia akan bermula pada pukul sepuluh pagi

Ia akan menghimpunkan penggemar buku penulis Thriller nombro satu ini didalam satu LRT. Akan dimulakan di stesen Gombak sehingga ke stesen Kelana Jaya. Jadi, pada mereka yang hadir digalakkan untuk membawa karya Ramlee Awang Murshid. Untuk bawa buku penulis lain pun tidak mengapa.

Kemudian pembaca akan dibawa ke Taman Jaya untuk aktiviti tandantangan dan beramah mesra dengan Ramlee Awang Murshid dan beberapa aktiviti permainan.



"dijangka akan hadir sekitar 50 orang,"- Attokz dikulgai

Untuk maklumat lengkap program ini, anda bolehlah ke https://www.facebook.com/events/130396280455375/

Thursday, 17 January 2013

TIP PENULISAN DARI CIK PUAN E-MAN DHANI

TIP PENULISAN DARI CIK PUAN E-MAN DHANI

Tahukah anda, penulis E-man Dhani sudah menyiapkan sepuluh proposal kepada penerbitan PTS. Namun enam sahaja yang sudah diterbitkan setakat ini kerana menunggu giliran. Makin kencang penerbit PTS PUBLICATION. Tahniah dari kami di PSS.

Walaupun berkali-kali enggan memberikan tip penulisan, kerana E-man Dhani sangat merendah diri. Akhirnya beliau terbuka hati untuk memberikan tip dan perkara yang perlu untuk menjadi seorang penulis sepertinya. Beliau menceritakan berdasarkan pengalaman sendiri. Mari kita baca.

karya ke 6 beliau

"sebelum menulis, perlu banyak membaca.
membaca bukan untuk menciplak tulisan penulis lain tapi untuk mendapat pengalaman
apa misi penulisan kita sebenarnya?
memandaikan pembaca sambil menggembirakan mereka?
membuat mereka bercita-cita tinggi?
lepas itu, bacalah juga buku-buku cara menghasilkan bahan penulisan yg diterbitkan oleh penerbit tempatan & luar negara"-E-Man Dhani

http://www.kedaibukuemandhani.com

Anda boleh juga membeli karya E-Man Dhani di http://www.kedaibukuemandhani.com/

Menurutnya lagi, apabila mendapat sesuatu idea, segeralah mencatitkannya pad abuku nota dan jangan sekali-kali menceritakannya kepad aorang lain. Kerana dibimbangi ada pihak yang tidak bertangungjawab akan menghentam cerita kita pula. Jadi ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi semangat kita. Puan Nisah Haron sendiri memiliki buku nota di dalam kereta, dapur, dan meja tidur. 

Untuk memantapkan lagi diri, hadirlah kursus-kursus penulisan yang mampu untuk disertai. Selain itu juga, E-man Dhani turut memberikan petua bagaimana mendapatkan ilham dengan mudah. 

 "amalkan solat dhuha, baca al-quran, baca ma'thurat & lain-lain amalan sunat & wajib"-E-Man Dhani






Wednesday, 9 January 2013

KOMIK M CARI BAKAT BARU

KOMIK M CARI BAKAT BARU


Khabarnya, Komik M sekarang ini sedang mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai artis naungan mereka.

Komik M ialah sebuah jenama komik yang berada satu bumbung dengan penerbitan PTS PUBLICATION.

"Komik-M adalah singkatan untuk Komik Malaysia. Menggunakan dua prinsip utama dalam menerbitkan komik iaitu penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam dialog dan lukisan yang patuh syariah."-Komik M

Nazry Salam antara juri yang didedahkan buat masa ini

Nazry Salam yang aktif melukis komik adalah suami kepada penulis kawanku Panda, iaitu Husna Adnan. Pasangan ini kini bahagia dengan Afia Zara yang semakin membesar dan comel.

Jadi, siapakah juri selebihnya itu? Komik M di dalam laman rasmi mereka, menyatakan akan mendedahkan nama juri dalam masa terdekat.

Adakah teka teki ini sudah terjawab apabila ada komen yang telah mendedahkan nama juri ini?


Anda boleh ke laman rasmi Komik M bagi melihat produk mereka. http://www.komik-m.com/
Untuk laman facebook pula di https://www.facebook.com/komikm?ref=ts&fref=ts

Friday, 4 January 2013

TAHNIAH!: IZAN ALI AKAN BERKAHWIN

TAHNIAH!: IZAN ALI AKAN BERKAHWIN


Izan Ali bersama peminatnya



Tahniah! diucapkan buat penulis Buku Bunga-Bunga, Izan Ali yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu ini. Beliau begitu bijak menyembunyikan kekasihnya sehingga tidak dapat dikesan oleh wartawan Penulis Sana Sini.


Norazri adalah jejaka yang bertuah itu. Menurutnya, bakal suaminya itu satu negeri kelahirannya iaitu Perak. Malang sekali, gambar bakal suaminya juga tidak dapat dikesan. Izan Ali memang hebat menyembunyikan kisah cintanya dari pengetahuan umum. 



Tahniah sekali lagi buat Izan Jama Idah dan Norazri. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Amin 



Wednesday, 2 January 2013

E-Man Dhani TIDAK GEMAR NOVEL CINTA LELEH?


gambar melalui akaun fb miliknya. Bersama-sama rakan menyertai bengkel penulisan skrip

E-Man Dhani. Begitulah nama pena yang digunakan sebagai tanda jenama penulis pada semua karyanya. Beliau cukup gemar novel bergenre lasak dan membuatkan pembaca berfikir jauh. Mungkin dibesarkan dikalangan adik beradik lelaki, membuatkan beliau terdorong untuk memilih genre seperti itu sebagai bahan bacaan.

Selain itu juga, beliau lebih cenderong kepada genre novel berbahasa Inggeris. Menurutnya genre yang digemarinya banyak di dalam bahasa universal itu. Beliau juga pernah membaca karya penulis thriller nombor satu Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid.

Karya E-Man Dhani



Beliau kini sudah pun menulis sebanyak 6 buah karya. Semuanya dibawah jenama PTS Publication.

Sangat sukakan haiwan kucing. Melalui blognya beliau gemar berkongsi kisah cara-cara merawat kucing. Tambahnya lagi, kucing-kucing yang sakit sangat suka berkunjung ke rumah beliau. Kebanyakkanya adalah kucing-kucing yang tidak dikenali pemiliknya. Menurutnya, ada 20 ekor kucing yang tinggal dirumahnya, kadangkala ada 18 ekor. Tiada paksaan kucing yang datang itu untuk terus kekal tinggal dirumahnya.
gambar hiasan
"kalau musim perayaan, apabila tuan-tuan kucing itu pergi bercuti lama, stok makanan yang ditinggalkan tuannya sudah habis, tiba-tiba sahaja ada kucing kebulur datang"-E-Man Dhani

Ditanya tentang perkembangan novel terbaru, beliau menjelaskan disini.

"yang akan ditulis adalah sambungan bagi 'Cik Zorro Lambretta Jambu' .Ia ditulis dalam bentuk Syok, sebelum ni dalam bentuk PELIT iaitu Jurnal Peribadi.
Buku baru terbit pula pada oktober lalu tajuknya'Lempeng Keju dari Pisa"-E-Man Dhani

Ada 4 perkara yang membuatkan E-Man Dhani mencapai kepuasan dalam berkarya.

1- Apabila novel itu diulang cetak dalam tempoh dua bulan selepas diterbitkan.
2- Pembaca dalam fb kata dia satu keluarga mengambil giliran membaca novel tulisannya.
3-Dakwah yang  disampaikan didalam novel difahami pembaca (walaupun ringkas sahaja dakwahnya).
4- Target bilangan tajuk buku yang ingin dihasilkan dalam setahun tercapai.


Mahu tahu apa yang diperlukan untuk menjadi penulis seperti kak Eman Dhani? tunggu paparan selanjutnya di Penulis Sana Sini.