Pages

Tuesday, 18 December 2012

AZANIL FITRI SUKA ASAM



Penulis yang sentiasa tersenyum ini, mengakui gilakan asam. Malah, asam keping juga turut digemarinya. Azanil Fitri memang gilakan asam. Jangan terkeliru nama Azanil dengan pengacara popular Malaysia, Aznil.

Azanil Fitri merupakan seorang penulis di bawah label BlinkBook. Beliau merupakan penulis bersama Ain Maisarah. Antara karya beliau bersama Ain Maisarah ialah Hero vs Bonda Pet, Diari Gadis Bintang dan Hero takut Zombie.


Disoal tentang makanan kegemaran, rupa-rupanya Azanil Fitri menggemari ikan goreng. Jika diberi pilihan antara KFC dengan ikan goreng beliau akan memilih ikan goreng. Namun apabila diberi pilihan duit, Azanil Fitri menjawab dalam nada berseloroh.

"Tetapi jikalau letak duit 50 ringgit sudah tentu saya pilih duit,"- Azanil Fitri.

Sebenarnya Azanil Fitri sukakan makanan yang tidak terlalu pedas, tidak terlalu masin dan manis. Pendek kata makanan yang Azanil Fitri suka adalah makanan yang sederhana rasanya.

"Tentang makanan saya tidak memilih. Asalkan tidak pedas, tidak terlalu manis, tidak terlalu masin. Tepi-tepi dia ada hiasan yang menarik, sedap mata memandang. baunya pun mestilah menyelerakan,"-ujar Azanil Fitri berseloroh.

Dari segi penampilan, seperti Azanil Fitri ini masih bujang. Namun semuanya terjawab apabila beliau menceritakan tentang kepakarannya memasak untuk keluarga tersayang. Azanil sudah berkeluarga rupanya.

"Saya memang suka memasak. Walaupun tidak sehebat master chef tetapi setakat masak mee maggi, kacang sahaja. Selalunya saya masak nasi goreng, chicken chop, chicken pop. Sekadar masakan untuk makan bersama keluarga sahaja."-Azanil Fitri

gambar hiasan

Selain menulis, Azanil Fitri juga mempunyai hobi lain iaitu melukis dan mengambil gambar. Menurutnya, beliau suka mengambil gambar awan kerana awan tidak pernah sama bentuknya. Ciptaan Allah yang hebat itu membuatkan beliau sentiasa memuji kekuasaan Allah swt.
Abdul Latip Talib

Ain Maisarah
Ramlee Awang Murshid
Azanil Fitri kini sudah ada tiga buah karya yang hebat. Bukan mudah menulis sebuah buku, memerlukan masa yang terluang untuk berkarya. Bagi Azanil Fitri, beliau lebih suka menulis pada waktu siang. Namun kadangkala beliau menulis sampai ke malam. Sudah tentu diselang selikan dengan waktu rehat dan sebagainya.

"Pengisian dalam novel tulisan saya selalunya menekankan tentang batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selain itu sifat saling bantu membantu. Bersabar dengan ujian yang dihadapi. 
Saya juga sering mengingatkan kepada para pembaca bahawa sifat dengki dan dendam hanya akan menyiksa diri sendiri."-Azanil Fitri

Di dalam bidang penulisan, beliau menjadikan Tuan Abdul Latip Talib, Ramlee Awang Murshid dan Ain Maisrah sebagai idola. Baginya kegigihan dan kejayaan tiga orang penulis ini menjadi inspirasi buatnya untuk terus menghasilkan novel yang menarik.




No comments: