Pages

Monday, 31 December 2012

SELAMAT DATANG 2013


Assalamualaikum, Penulis Sana Sini ingin mengucapkan selamat datang tahun 2013. Terima kasih tidak terhingga kepada para penulis dan mereka yang sudi ditemubual melalui ruang maya. Terima kasih juga kepada yang sudi mengikuti dan membaca blog Penulis Sana Sini. Jutaan terima kasih kepada anda semua.

Anda semua insan yang hebat. Semoga tahun 2013 menjadikan kita semua lebih baik dan sukses! Amin.

Wednesday, 26 December 2012

HASIF HAMSYARI: E BOOK PERCUMA?



Biar betul, penulis Hasif Hamsyari mahu berikan E Book secara percuma. Menurutnya, E Book tersebut sudah pun siap 90 peratus.

"E-book ini merupakan antara projek besar saya untuk pasaran digital. Mungkin ada yang menganggap e-book percuma ini sebagai satu risiko tetapi saya percaya, dengan cara inilah saya dapat berkongsi cerita dengan lebih ramai pembaca. Ini juga merupakan penghargaan saya kepada pembaca-pembaca selain menggalakkan mereka untuk mencuba sendiri e-book sebagai sebahagian daripada teknologi masa kini. Bahkan, saya anggap ini juga sebagai inisiatif untuk memartabatkan bahasa melalui penggunaan Bahasa Melayu Standard seperti yang digunapakai dalam teks Komponen Sastera di sekolah-sekolah dan Bahasa Melayu Tinggi."-Hasif Hamsyari


Sangat berwawasan penulis muda ini. Untuk pengetahuan semua, beliau membabitkan diri dalam bidang menulis novel pada usia14 tahun. Tambah Hasif novel ini ialah novel komedi remaja dan berkait rapat dengan muzik, populariti dan persahabatan.

E Book ini bakal muncul pada 1 Januari 2013. 


Thursday, 20 December 2012

NOVEL AKU BERCERITA: sudah terbit?


Khabarnya, novel penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid sudah diterbitkan? Jangan bikin panas, ia sudah diterbitkan dalam versi digital. Novel Aku Bercerita telah pun dijual dalam bentuk digital hanya pada hari Isnin yang lalu.


Pembeli boleh membelinya di eMall Karangkraf. Ia sebuah kedai dalam talian internet. Melalui eMall, pembeli boleh membeli majalah dan buku melaluinya dan terus dapat membacanya melalui telefon pintar atau tablet. Beberapa majalah terbitan Karangkraf juga telah bertukar kepada versi digital. Memudahkan pembaca membeli dan membaca melaui telefon pintar dan tablet di mana jua berada. Pastikan talian internet berfungsi. https://www.facebook.com/emallkarangkraf

Buku dalam bentuk fizikalnya akan menemui peminat pada Januari 2013 dengan RM25 senaskah bagi semenanjung Malaysia. Tertanya-tanya juga, kenapakah Alaf 21 menjualnya dalam bentuk digital. Adakah mahu menguji pasaran buku digital?

Tuesday, 18 December 2012

AZANIL FITRI SUKA ASAM



Penulis yang sentiasa tersenyum ini, mengakui gilakan asam. Malah, asam keping juga turut digemarinya. Azanil Fitri memang gilakan asam. Jangan terkeliru nama Azanil dengan pengacara popular Malaysia, Aznil.

Azanil Fitri merupakan seorang penulis di bawah label BlinkBook. Beliau merupakan penulis bersama Ain Maisarah. Antara karya beliau bersama Ain Maisarah ialah Hero vs Bonda Pet, Diari Gadis Bintang dan Hero takut Zombie.


Disoal tentang makanan kegemaran, rupa-rupanya Azanil Fitri menggemari ikan goreng. Jika diberi pilihan antara KFC dengan ikan goreng beliau akan memilih ikan goreng. Namun apabila diberi pilihan duit, Azanil Fitri menjawab dalam nada berseloroh.

"Tetapi jikalau letak duit 50 ringgit sudah tentu saya pilih duit,"- Azanil Fitri.

Sebenarnya Azanil Fitri sukakan makanan yang tidak terlalu pedas, tidak terlalu masin dan manis. Pendek kata makanan yang Azanil Fitri suka adalah makanan yang sederhana rasanya.

"Tentang makanan saya tidak memilih. Asalkan tidak pedas, tidak terlalu manis, tidak terlalu masin. Tepi-tepi dia ada hiasan yang menarik, sedap mata memandang. baunya pun mestilah menyelerakan,"-ujar Azanil Fitri berseloroh.

Dari segi penampilan, seperti Azanil Fitri ini masih bujang. Namun semuanya terjawab apabila beliau menceritakan tentang kepakarannya memasak untuk keluarga tersayang. Azanil sudah berkeluarga rupanya.

"Saya memang suka memasak. Walaupun tidak sehebat master chef tetapi setakat masak mee maggi, kacang sahaja. Selalunya saya masak nasi goreng, chicken chop, chicken pop. Sekadar masakan untuk makan bersama keluarga sahaja."-Azanil Fitri

gambar hiasan

Selain menulis, Azanil Fitri juga mempunyai hobi lain iaitu melukis dan mengambil gambar. Menurutnya, beliau suka mengambil gambar awan kerana awan tidak pernah sama bentuknya. Ciptaan Allah yang hebat itu membuatkan beliau sentiasa memuji kekuasaan Allah swt.
Abdul Latip Talib

Ain Maisarah
Ramlee Awang Murshid
Azanil Fitri kini sudah ada tiga buah karya yang hebat. Bukan mudah menulis sebuah buku, memerlukan masa yang terluang untuk berkarya. Bagi Azanil Fitri, beliau lebih suka menulis pada waktu siang. Namun kadangkala beliau menulis sampai ke malam. Sudah tentu diselang selikan dengan waktu rehat dan sebagainya.

"Pengisian dalam novel tulisan saya selalunya menekankan tentang batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selain itu sifat saling bantu membantu. Bersabar dengan ujian yang dihadapi. 
Saya juga sering mengingatkan kepada para pembaca bahawa sifat dengki dan dendam hanya akan menyiksa diri sendiri."-Azanil Fitri

Di dalam bidang penulisan, beliau menjadikan Tuan Abdul Latip Talib, Ramlee Awang Murshid dan Ain Maisrah sebagai idola. Baginya kegigihan dan kejayaan tiga orang penulis ini menjadi inspirasi buatnya untuk terus menghasilkan novel yang menarik.




Monday, 10 December 2012

70<<90 peratus diskaun, 3 juta buku, 63 jam operasi


Wah, sebanyak 3 juta buku dijual di Mines Convention Centre (MIECC). Ia satu pesta jualan buku yang super hebat oleh Big Bad Wolf.

link >> http://www.bigbadwolfbooks.com/

Para penggila buku akan disediakan dengan troli. Ia sudah pasti merangsang pembeli utnuk memborong buku dengan banyak dengan kadar harga diskaun yang gila. Ia terlalu banyak buku untuk dipilih.

Waktu operasi ialah 63 jam tanpa henti! Kemudahan yang ada di sana ialah tempat permainan kanak-kanak, kedai makanan dan minuman dan lain-lain.

Anda juga boleh meninggalkan troli yang penuh dengan buku di kaunter khidmat pelanggan di sana dan menyambung semula pemburuan persis serigala. Memburu buku-buku yang murah harganya!

Saturday, 8 December 2012

GELORA ASMARA YANG HILANG.

GELORA ASMARA YANG HILANG.

oleh Haryani Kamilan


Gelora Asmara yang hilang? apakah ia? Sebenarnya, Penulis Sana Sini (PSS) telah pun berkunjung ke sebuah jualan gudang buku di shah alam. Diskaun yang ditawarkan sangat berbaloi. Harga novel serendah RM3.

PSS turut ditemani dengan seorang penulis novel genre remaja. Beliau ke sana kerana ingin membeli sebuah novel yang bertajuk Gelora Asmara karya Haryani Kamilan.

Malangnya, dalam susunan buku yang bertingkat dan banyak itu, tidak ditemui novel tersebut. Kawan PSS ni pun beri nombor telefon supaya seandainya buku novel tersebut ditemui, boleh hubunginya. Sebelum itu, pekerja di jualan gudang itu bersusah payah mencari tajuk novel ini.

Buku ini mula diterbitkan pada tahun 2008. Ditulis oleh Haryani Kamilan. Diterbitkan oleh Buku Prima Sdn Bhd.

Thursday, 6 December 2012

PANAS! LAMAN FACEBOOK PALSU AIN MAISARAH

Laman palsu Ain Maisarah

Berita panas mengenai laman facebook palsu Ain Maisarah, semakin diperkatakan. Laman facebook https://www.facebook.com/pages/Ain-Maisarah ini didakwa palsu. Namun mempunyai lebih dari 52 ribu like.

Fanpage yang diiktiraf sendiri oleh Ain Maisarah
 Berikut adalah laman peminat Ain Maisarah yang mewakili Ain Maisarah. Ia diuruskan oleh pembaca Ain Maisarah sendiri. Laman peminat ini dikendalikan oleh 10 pentadbir. Menurut seorang pentadbir laman ini iaitu M Faridzuan Majid, setiap  pentadbir akan dipilih dengan cara yang berbeza dan untuk pentadbir yang terkini, mereka akan dipilih ala ala akademi Fantasia. Mereka akan diberikan tugasan dan latihan. Penyingkiran akan berlaku seandainya tidak aktif. Sila ke link ini https://www.facebook.com/Fanpage.Ain.Maisarah

"dengan adanya Fanpage Ain Maisarah ini, segala aktiviti terkini dapat kami sampaikan,"-M Faridzuan Majid

Pengurus Ain Maisarah sendiri telah pun mempromosikan laman facebook tulen Ain Maisarah di ruang dinding laman palsu ini. Pendedahan ini bagi menyedarkan mereka yang terpedaya. Berikut adalah laman fabcebook sebenar penulis Ain Maisarah. Ia kini mempunyai 100 ribu like. Sila ke link ini https://www.facebook.com/AinMaisarah.Novelis

Laman rasmi facebook Ain Maisarah.



Kewujudan laman palsu ini menyebabkan wujudnya laman Anti Page Palsu Ain Maisarah atau A.P.P.A.M. Tahniah diucapkan.


"selain membuat APPAM, kami doakan agar mereka sedar itu sahaja.
Tak baik nak bermusuh-musuhan, lagipun kita tak tahu siapa yang buka page itu, mungkin kanak-kanak fanatik AinMaisarah yang masih muda sehingga sanggup membuka page palsu
mungkin dia belum tahu yang betul atau tidak"-M Faridzuan Majid