Pages

Friday, 23 November 2012

PENANTIAN SETAHUN NOVELIS KACAK




Wan Azlan penulis kacak yang berasal dari Terengganu ini khabarnya berada dalam penantian selama setahun. Penantian apakah itu? Menanti kekasih yang belajar di luar negarakah? Novelis yang sudah pun menulis dua buah buku sebelum ini masih single lagi. Jadi, apa yang dinantikan selama setahun itu?

Ia adalah penantian terbitnya buku beliau yang bertajuk Madu 3 Suku. Novel ini adalah novel yang ke tiga darinya dan ia sudah pun diterbitkan, tahniah!. Buku yang beliau pernah hasilkan ialah Ahmad Al Kebab dan Gelak tergolek. Untuk novel gelak tergolek ia tidak diterbitkan dibawah jenama PTS.

Terbaru dari beliau. Sudah terbit!

Apakah perasaan Wan Azlan dengan penerbitan buku yang dinantikan selama setahun ini?

"pastinya sangat gembiralah kerana sudah setahun lebih tertangguh ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu. Namun akhirnya berjaya menemui pembaca,"--Wan Azlan

Menurutnya lagi, ada para pembacanya sudah pun mengirimkan wang untuk memesan buku Madu 3 Suku darinya. Namun naskah Madu 3 Suku yang ditempahnya masih lagi dalam proses penghantaran. Sudah pasti betapa banyaknya tempahan novel yang sedang diuruskan oleh pihak Bookcafe.
sebuah novel parodi mencuit hati

"saya tidak sabar untuk memegang buku Madu 3 suku itu,"-Wan Azlan

Harapannya semoga novel tulisan sendiri yang dipesannya segera sampai. Wan Azlan juga telah mendedahkan sebuah lagi novel parodi yang ke tiga selepas Ahmad Alkebab dan Madu 3 Suku masih dalam senarai menunggu untuk diterbitkan. Tajuknya ialah Nujum Pak Belukang. 




No comments: