Pages

Wednesday, 7 November 2012

LIYANA ZAHIM: Masak kari susah.

LIYANA ZAHIM: Masak kari susah.



Si cantik manis Liyana Zahim atau LZ mengakui, memasak kari adalah agak sukar. Beliau berasa kesal seandainya kari yang dimasaknya tidak menjadi. Nampaknya LZ kenalah cari bakal suami yang tidak suka makan kari, sebab nanti minta kari tak jadi bagaimana pula. Sekadar usikkan buat penulis LZ.


Novel Curi Curi Suka adalah buah tangan terbaru Liyana Zahim untuk peminatnya. Novel berharga RM21 ini telah pun menemui peminatnya pada April yang lalu. Sebelum ini beliau yang menulis untuk penerbitan Alaf 21 telah menghasilkan dua buah novel iaitu Rindu Tercipta dan Sekebun Bunga Cinta.



kelas kau LZ
Kereta Range Rover Evoque adalah kereta idaman Liyana Zahim selain itu jenama baju dari http://www.eightdesignsboutique.com/ menjadi pilihannya yang terkini.

Ditanya tentang soalan cinta sebelum atau selepas kahwin, Liyana Zahim ada pandanganya yang tersendiri. Menurutnya bergantung kepada individu. Mungkin bercinta sebelum kahwin bagi sesetengah orang akan mengundang rasa bosan setelah mengetahui sikap sebenar pasangan namun kebaikkannya adalah persefahaman dapat dicapai. Bercinta selepas kahwin pula itu lebih elok dan manis di dalam agama Islam.

"saya tidak ada waktu tertentu untuk menulis kerana mengikut mood. Tapi ada satu habit ketika menulis iaitu sambil baring mengiring. Jadinya laptop itu pun sama dalam keadaan mengiring,"-Liyana Zahim

Ujar Liyana Zahim apabila ditanya waktu yang sesuai beliau gunakan untuk menulis novel. Kesimpulan dari jawapan ini melihatkan Liyana Zahim suka melawak. Pemerhatian pada komen-komen di dalam facebooknya juga memperlihatkan Liyana Zahim gemar berseloroh dan mengusik rakan-rakan yang memberikan komen di akaun Facebook miliknya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Liyana Zahim berumur 24 tahun pada tahun ini. Jadi jangan terkeliru dengan tahun yang tertera pada akaun facebook Novelis Liyana Zahim.

"saya bukan berumur 31 tahun sebenarnya. Itu adalah propa semata-mata,"-Liyana Zahim



















2 comments: