Pages

Thursday, 29 November 2012

TEMUI 4 PUTERI DI ATAS KAYANGAN AWAN

Add caption

Ini bukan khayalan, atau fantasi. Ini adalah satu realiti apabila anda semua boleh menemui empat puteri di Menara Kuala Lumpur pada 1 Disember 2012 jam 215 petang sehingga 3.00 petang.

Siapa puteri-puteri yang jelita dan mengoda jiwa ini? Mereka adalah penulis dan watak-watak di dalam buku Pengembaraan Empat Puteri.


Menurut Azzah Abdul Rahman yang merupakan salah seorang penulis buku ini juga mewakili watak Puteri Orkid berbaju merah, ada beberapa aktiviti yang bakal disediakan buat pengunjung, antaranya ialah jigsaw puzzle, membuat mahkota dan kuiz.

Tambahnya lagi, setiap puteri akan membawa bakul dan di dalamnya ada hadiah misteri menanti para pengunjung pada Sabtu ini.

Menariknya lagi, mereka semua akan berpakaian seperti di dalam gambar di bawah.


"Buku yang ke dua sedang dalam proses penerbitan,"- Azzah Abdul Rahman
AKAN DATANG JANUARI 2013


Secara rasminya ini adalah kulit buku terbaru Ramlee Awang Murshid. Aku Bercerita, khabarnya akan menemui peminat seluruh negara pada Januari 2013. Nampaknya ia adalah permulaan awal  tahun 2013 yang begitu mengujakan buat peminat novel thriller tanah air.


Wednesday, 28 November 2012

NOVEL LAGENDA BUDAK SETAN 2 


Khabarnya, filem yang diadaptasi dari novel penulis terkenal Ahadiat Akashah ini bakal ditayangankan pada 29 November 2012. Ia adalah lanjutan dari filem bahagian pertama. 

Ahadiat Akashah berbaju t shirt hitam.


Lagenda Budak Setan : Katerina, ini dibintangi pelakon hebat seperti Farid Kamil, Maya Karin dan Bront Palarae. 


Menariknya kali ini, jalan cerita di dalam filem ini mengikuti 100 peratus kandungan yang ditulis di dalam novel. Pasti mengujakan!

Tuesday, 27 November 2012

NOVEL PERCUMA MR. RIGHT SELEBRITI?


Biar betul, dapat novel percuma. Ia adalah novel tulisan penulis genre remaja terkenal Ain Maisarah. Jadi, apa cerita sebenarnya ni? mustahil novel diberikan secara percuma tanpa sebab tertentu. Peminat tegar Ain Maisarah iaitu adik M Faridzuan Majid ada ceritanya. Beliau yang sedang  berhadapan dengan kertas akhir SPM 2012 ini juga adalah pentadbir atasan Fanpage Ain Maisarah.

M Faridzuan Majid dan Ain Maisarah

"Ia adalah siri Mr. Right. Ditulis selepas selesai penulisan siri Jutawan Gedik. Ceritanya diinspirasi dari watak-watak pelajar Sekolah Sri Bangsar yang sudah dewasa seperti The Wannababes yang tercari-cari siapakah calon suami mereka. Ada empat semuanya, satu Mr. Right Selebriti, Mr. Right Berkopiah (sedang ditulis), Mr. Right Korporat dengan Mr. Right Diraja. Sebenarnya Kak Ain sendiri sudah dedahkan teaser keempat-empat siri ini dalam siri keempat Impiana : Finale. Ceritanya bergenre chiclit, lebih dewasa, lebih humor dan semestinya lebih menggedik!"-M Faridzuan Majid

Menurutnya lagi, peminat yang mengumpul siri Mr. Right Selebriti 40 siri ke atas akan mendapat novel Mr Right Selebriti fizikal secara percuma! Sudah jadi seperti juru cakap kepada Ain Maisarah pula.

Berikut adalah keratan dari blog rasmi Ain Maisarah.


Dan, peminat Ain Maisarah bolehlah menemui beliau di Menara Kuala Lumpur pada 2 Disember 2012 pada pukul 10 pagi sehingga 6 petang




Friday, 23 November 2012

PENANTIAN SETAHUN NOVELIS KACAK




Wan Azlan penulis kacak yang berasal dari Terengganu ini khabarnya berada dalam penantian selama setahun. Penantian apakah itu? Menanti kekasih yang belajar di luar negarakah? Novelis yang sudah pun menulis dua buah buku sebelum ini masih single lagi. Jadi, apa yang dinantikan selama setahun itu?

Ia adalah penantian terbitnya buku beliau yang bertajuk Madu 3 Suku. Novel ini adalah novel yang ke tiga darinya dan ia sudah pun diterbitkan, tahniah!. Buku yang beliau pernah hasilkan ialah Ahmad Al Kebab dan Gelak tergolek. Untuk novel gelak tergolek ia tidak diterbitkan dibawah jenama PTS.

Terbaru dari beliau. Sudah terbit!

Apakah perasaan Wan Azlan dengan penerbitan buku yang dinantikan selama setahun ini?

"pastinya sangat gembiralah kerana sudah setahun lebih tertangguh ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu. Namun akhirnya berjaya menemui pembaca,"--Wan Azlan

Menurutnya lagi, ada para pembacanya sudah pun mengirimkan wang untuk memesan buku Madu 3 Suku darinya. Namun naskah Madu 3 Suku yang ditempahnya masih lagi dalam proses penghantaran. Sudah pasti betapa banyaknya tempahan novel yang sedang diuruskan oleh pihak Bookcafe.
sebuah novel parodi mencuit hati

"saya tidak sabar untuk memegang buku Madu 3 suku itu,"-Wan Azlan

Harapannya semoga novel tulisan sendiri yang dipesannya segera sampai. Wan Azlan juga telah mendedahkan sebuah lagi novel parodi yang ke tiga selepas Ahmad Alkebab dan Madu 3 Suku masih dalam senarai menunggu untuk diterbitkan. Tajuknya ialah Nujum Pak Belukang. 




Saturday, 10 November 2012

HUSNA ADNAN:Snalala.blogspot.com masih lagi beroperasi


Pada tarikh 11/01/2011 Husna Adnan telah melancarkan sebuah kedai blog menjual beg, pakaian, tudung dan aksesori khas buat wanita. Blog itu dilancarkan pada pukul 11 pagi. Gabungan nombor yang cantik. Secantik blognya.

 http://snalala.blogspot.com/
Semua harga barangan di Snalala sangat berpatutan. Harga tidak termasuk kos penghantaran dan pembelian lima beg akan mendapat harga borong.

Page Snalala di sini https://www.facebook.com/SnaLaLaBlogshop

Kesibukkan kerja editing dan penulisan menyebabkan tiada produk baru yang terkini. Tambahan pula Husna sibuk membesarkan Afia Zara. Namun, segala barang yang dipaparkan di halaman Facebook Snalala, masih ada lagi dan akan diposkan pada bila-bila masa sekiranya ada permintaan. Untuk produk baru dari Snalala masih lagi dalam perancangan dan akan dilancarkan sekiranya waktu mengizinkan.


"Insya-Allah ada perancangan nak fokus kepada produk yang lebih niche. Masih dalam perancangan, jadi tak berani nak heboh-heboh. Dan masih mencari masa untuk mula semula, memandangkan akhir tahun ini banyak kerja penerbitan yang tertangguh."- Husna Adnan

Suami tercinta turut membantu dalam menguruskan kedai online ini. Sekiranya Husna sendiri menjadi model, suaminya pula akan menjadi jurugambar dan pada masa yang sama turut menemani Husna untuk penghantaran barang. 



 

Friday, 9 November 2012

GEMPAR! KULIT BUKU TERBARU RAMLEE AWANG MURSHID


Inilah gambaran kulit buku terbaru penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Untuk makluman semua, buku yang bertajuk 'Aku Bercerita' yang bakal menemui peminat pada Disember nanti ialah novel yang ke 25! Jubli Perak!

"yang pasti buat masa ini.idea untuk buku Aku Bercerita konsepnya akan ikut  kehendak Ramlee Awang Murshid sepenuhnya... tapi tidak secara rasmi lagi kerana harus tunggu Ramlee Awang Murshid balik dari Turki nanti... 21 hari bulan nanti barulah tahu adakah konsep ini digunakan nanti,"-Timbalan Presiden Kelab RAMFC

Wednesday, 7 November 2012

LIYANA ZAHIM: Masak kari susah.

LIYANA ZAHIM: Masak kari susah.



Si cantik manis Liyana Zahim atau LZ mengakui, memasak kari adalah agak sukar. Beliau berasa kesal seandainya kari yang dimasaknya tidak menjadi. Nampaknya LZ kenalah cari bakal suami yang tidak suka makan kari, sebab nanti minta kari tak jadi bagaimana pula. Sekadar usikkan buat penulis LZ.


Novel Curi Curi Suka adalah buah tangan terbaru Liyana Zahim untuk peminatnya. Novel berharga RM21 ini telah pun menemui peminatnya pada April yang lalu. Sebelum ini beliau yang menulis untuk penerbitan Alaf 21 telah menghasilkan dua buah novel iaitu Rindu Tercipta dan Sekebun Bunga Cinta.



kelas kau LZ
Kereta Range Rover Evoque adalah kereta idaman Liyana Zahim selain itu jenama baju dari http://www.eightdesignsboutique.com/ menjadi pilihannya yang terkini.

Ditanya tentang soalan cinta sebelum atau selepas kahwin, Liyana Zahim ada pandanganya yang tersendiri. Menurutnya bergantung kepada individu. Mungkin bercinta sebelum kahwin bagi sesetengah orang akan mengundang rasa bosan setelah mengetahui sikap sebenar pasangan namun kebaikkannya adalah persefahaman dapat dicapai. Bercinta selepas kahwin pula itu lebih elok dan manis di dalam agama Islam.

"saya tidak ada waktu tertentu untuk menulis kerana mengikut mood. Tapi ada satu habit ketika menulis iaitu sambil baring mengiring. Jadinya laptop itu pun sama dalam keadaan mengiring,"-Liyana Zahim

Ujar Liyana Zahim apabila ditanya waktu yang sesuai beliau gunakan untuk menulis novel. Kesimpulan dari jawapan ini melihatkan Liyana Zahim suka melawak. Pemerhatian pada komen-komen di dalam facebooknya juga memperlihatkan Liyana Zahim gemar berseloroh dan mengusik rakan-rakan yang memberikan komen di akaun Facebook miliknya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Liyana Zahim berumur 24 tahun pada tahun ini. Jadi jangan terkeliru dengan tahun yang tertera pada akaun facebook Novelis Liyana Zahim.

"saya bukan berumur 31 tahun sebenarnya. Itu adalah propa semata-mata,"-Liyana Zahim



















Monday, 5 November 2012

PANAS! PETIKAN NOVEL TERBARU RAMLEE AWANG MURSHID DIDEDAHKAN

RAMLEE AWANG MURSHID

Dunia penulisan kini dipanaskan dengan penyebaran petikan terbaru karya Ramlee Awang Murshid. Beliau merupakan penulis thriller nombor satu Malaysia. Karya paling fenomena beliau iaitu siri Bagaikan Puteri telah membuatkan ramai pembaca di Malaysia histeria dan menjadi bualan hangat di internet.

petikan akhbar Sinar Harian

Khabarnya, novel terbaru beliau yang bertajuk 'Aku Bercerita' bakal menemui peminatnya pada bulan Disember ini.

Noorhafiza bersama adik Mia Sara


Berikut adalah sedikit petikan yang telah didedahkan oleh Presiden Kelab RAMFC iaitu cik Puan Noorhafiza Izura.Menurutnya, beliau sempat membaca beberapa bab novel itu ketika menerjah rumah penulis terkenal ini untuk membuat kejutan hari jadi.

Add caption