Pages

Thursday, 25 October 2012

IZAN ALI LARI KE BEIJING



Betulkah Izan Ali lari ke Beijing? Mesti ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan beliau melarikan diri ke negara tembok besar Cina itu. 

Sebenarnya Izan tidak melarikan diri, sebaliknya beliau dan dua rakan penulis ke Beijing bukan untuk bersuka ria atau membeli-belah tetapi untuk mengumpul maklumat berkenaan tempat-tempat menarik di Beijing. 
Uthaya Sankar SB

Bersama Fadzillah dan Uthaya Sankar SB sebagai penulis jemputan, mereka bertiga berada di Beijing selama 10 hari. Berbekalkan kos sebanyak RM2000 hingga ke RM3000 mereka menempuh cuaca kering dan panas untuk melihat tempat-tempat menarik bagi menghasilkan sebuah buku travelog. Kebetulan musim panas di Beijing.

Mereka bertiga dibantu oleh dua orang jurubahasa. Jadi, masalah komunikasi dengan masyarakat tempatan tidak menjadi penghalang untuk mengumpul banyak maklumat untuk buku travelog.



Menurut Izan, buku travelog ini juga mempunyai beberapa panduan di dalamnya. Antaranya, bas apa yang perlu dinaiki untuk ke destinasi tertentu, alamat tempat, harga tiket, masjid-masjid yang ada di sana, makanan halal dan banyak lagi. Semuanya di dalam bahasa Melayu. Tidak lupa juga, kotak trivia yang diisi dengan fakta-fakta menarik untuk pembaca.

Tambah Izan lagi, seorang pensyarah di sana menyatakan buku ini lengkap dan sesuai untuk dijadikan panduan apabila melancong ke Beijing.

Sebenarnya buku ini telah pun menemui pembaca pada acara Pesta Buku Kuala Lumpur yang lalu. Izan Ali ada menyebut satu tempat di sana yang mana kebanyakkan yang datang adalah pelancong dalam negara sahaja. Tempat itu ialah Liulichang.

liulichang


"kalau perasan di Beijing memang banyak tempat-tempat bersejarah,
dan cara mereka membaik pulih dan memelihara tempat tu memang mengagumkan,"-Izan Ali

 Apa yang Izan boleh katakan tentang Beijing secara ringkas.

"moden tapi klasik,"-Izan Ali

No comments: