Pages

Tuesday, 16 October 2012

FANTASI LUAR BIASA IZANOR


Hendak tahu apa fantasi Izanor? Semuanya ada pada karya penulisan novel beliau. Fantasi bukan sebarang fantasi, tetapi dengan berfantasi, Izanor mencoretkannya menjadi karya penulisan.

Nama Izanor Sharif sudah cukup sinonim dengan jenama Blinkbook. Antara buku yang dihasilkan ialah Aku Mahu Superbibik (Terbitan PTSONE), Cinderellah VS Rapunzelah, Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib, Senah White dan Wannababes Kerdil dan beberapa buah yang dalam proses pembikinan.

Beliau tidak berseorangan kerana beliau adalah penulis bersama Ain Maisarah.

Kunjungan Ain Maisarah ke rumah Izanor pada 1 Januari 2010 adalah satu permulaan membawanya ke dunia penerbitan novel. Projek pertama bersama Ain Maisarah iaitu novel Aku Mahu superbibik sangat cemerlang dan seterusnya menjadi kepercayaan Ain Maisarah untuk terus bersama Izanor.




Ditanya mengenai bagaimana situasi bekerja dengan novelis paling berjaya iaitu Ain Maisarah dan tekanan yang dihadapi. Maklumlah, Ain Mairasah bukan calang-calang orangnya. Sentiasa bergerak pantas dalam tindakan.

"Kerjasama dan persefahaman terjalin dengan mudah. Saya sentiasa seronok, terharu dan teruja melakukan penulisan bersama Ain Maisarah. Tekanan pasti ada! Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan realti dateline yang semakin hampir. Tekanan lahir dalam bentuk debaran panik, bersengkang mata, bersemangat positif dan terus fokus menyiapkan manuskrip. Sebenarnya, tekanan itu penting sebagai vitamin tambahan yang mempercepatkan lagi proses menulis,"-Izanor Sharif

Dilihat pada tajuk-tajuk tulisan Izanor, rata-rata menggunakan cerita dongeng sebagai daya tarikan. Jadi, apakah cerita dongeng yang Izanor paling suka?

"saya suka cerita Cinderellah dan Puteri Gunung Ledang. Bukanlah saya berhasrat jauh sekali bermimpi mahu jumpa anak raja, berkahwin dan menetap di istana. Saya meminati kasut kaca Cinderellah. Satu elemen yang unik! Merujuk situasi terkini, saya tentu bahagia jika memiliki sebuah laptop kaca warna biru jernih. Putera mana yang mahu hadiahkannya ya? Hehehe!"-Izanor Sharif

Putera-putera kacak di luar sana, bolehlah hadiahkan Izanor sebuah laptop terbuat dari kaca warna biru jernih ya. Melalui jawapan ini, kita boleh lihat bagaimana Izanor berfantasi menggunakan situasi kasut kaca Cinderellah terus bertukar kepada laptop kaca. Oh, Fantasi Izanor yang luar biasa.

Ketika ditanya, seandainya beliau adalah superhero komik dari filem hollywood, Izanor telah memilih Superman.

"Superman. Ada banyak sebab! Saya takut tinggi. Namun, saya suka perasaan dapat terbang dengan bebas dan pantas. Saya suka pemandangan langit. Saya suka bulan, bintang, awan dan semua yang terdapat di taman langit. Kostum Superman ada warna biru cantik. Di kehidupan normal, Superman bekerja sebagai wartawan yang suka menulis."-Izanor Sharif

Izanor dan Azzah Abdul Rahman

"Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Kami faham, menghormati dan menyokong perjuangan masing-masing. Kami saling berkongsi cerita, pendapat, minat dan pelbagai topik yang ada. Dia guru penulisan, geng bioskop, pasangan pengkritik dan teman suka-duka yang tinggal senegeri dengan saya."-Izanor Sharif

Kata Izanor Sharif di akhir temubual, apabila ditanya siapa sahabat paling rapatnya dalam arena penulisan.

https://www.facebook.com/Penulisanasini

No comments: