Pages

Friday, 19 October 2012

CINTA HATI DINAZ SALSABILA


Wajah seorang ibu yang gigih menulis

Wah, dalam diam-diam ibu kepada tiga orang anak ini juga seorang isteri yang taat kepada suami tercinta, Puan Dinaz Salsabila memiliki Cinta Hati baru. Sempat juga ya, dalam kesibukan rutin kehidupannya. Ligat dan gigih. Tambahan pula beliau juga seorang yang bekerja tetap.

Cinta Hati Cikgu Rabbit. Inilah cinta hati terbaru beliau. Sebuah novel terbaru, buah tangan untuk para peminatnya di luar sana. Beliau menyerahkan hak penerbitan novel ini kepada penerbit Fajar Pakeer.

Sebenarnya, Puan Dinaz Salsabila sebelum ini sudah pun menulis beberapa buah novel. Kebanyakkanya adalah novel kana-kanak dan remaja. Tajuk novel dewasa seperti Mekar kelopak cinta. Aku punya cinta, Biarlah ku sendiri dan Pelangi Senja. Pelangi Senja? macam tajuk lagu popular Stacy pula.
Stacy dengan lagunya Pelangi Senja


Novel remaja dan kanak-kanak pula seperti Insyirah & angan-angan, Cincin Delima, Ana Konda, Ilham Corner, Hati Emas dan Jom kayuh. Novel-novel ini diterbitkan dengan syarikat penerbitan yang berbeza. KarnaDya Solution, Fajar Pakeer dan Buku Prima adalah syarikat penerbitan yang pernah menerbitkan buku Puan Dinaz Salsabila.

Penggemar laksa Johor dan mee bandung ini suka memasak mee bandung muar. Sebagai seorang ibu dan isteri yang bekerja, agak menghairankan juga kerana bilakah waktunya Puan Dinaz Salsabila ini mencuri masa untuk melakukan hobi menulisnya ini.
Buah tangan terbaru untuk peminatnya

"kebiasaanya saya mengambil peluang waktu cuti untuk melakukan kerja penulisan. Cuti rehat tahunan digunakan sepenuhnya untuk berkarya, waktu itu lebih tenang kerana suami dan anak-anak tiada di rumah,"-Dinaz Salsabila.

 Ilham untuk menulis pula bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Kadangkala langsung tiada idea yang datang. Menurut Puan Dinaz Salsabila, beliau menjadikan pengalaman sendiri sebagai ilham menulis. Pengalaman yang diceritakan oleh anak-anaknya dan rakan-rakan Puan Dinaz Salsabila sendiri turut menjadi sebahagian ilham untuk mencari idea penulisan.
Karya-karya Dewi Sukma
 

"Pergi bercuti ke tempat orang pun, adalah satu cara untuk memantapkan idea penulisan,"-Dinaz Salsabila

Puan Dinaz Salsabila menjadikan aktiviti menulis novel ini sebagai perkongsian ilmu dan menambahkan lagi koleksi bahan bacaan untuk generasi pada hari ini.

"Jangan mudah putus asa," katanya berkongsi sedikit motivasi diakhir perbualan.










No comments: