Pages

Tuesday, 30 October 2012

HUSNA ADNAN MAHU ANAK LELAKI



Semakin hari semakin membesar anak perempuan Husna Adnan. Afia Zara, nama yang sangat indah. Husna yang bekerja sebagai penulis dan editor sambilan semakin sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu. Menjaga Afia Zara memerlukan perhatian yang terbaik, supaya anak itu membesar sihat dan cemerlang emosinya.

Afia Zara dipangku oleh ayahnya.

Mujur ada suami penyayang yang bersama-sama memastikan Afia Zara mendapat kasih sayang yang secukupnya. Mohammad Nazry, suami kepada Husna Adnan adalah seorang pelukis komik yang gigih.

Tidak teringinkah Afia Zara ada seorang adik lelaki? Menurut Husna, beliau dan suami teringin anak lelaki pula. Namun mereka merancang biarlah Afia Zara sudah besar sikit barulah hal ini difikirkan kelak.

"semoga termakbul doa kami suami isteri,"-Husna Adnan.






Thursday, 25 October 2012

IZAN ALI LARI KE BEIJING



Betulkah Izan Ali lari ke Beijing? Mesti ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan beliau melarikan diri ke negara tembok besar Cina itu. 

Sebenarnya Izan tidak melarikan diri, sebaliknya beliau dan dua rakan penulis ke Beijing bukan untuk bersuka ria atau membeli-belah tetapi untuk mengumpul maklumat berkenaan tempat-tempat menarik di Beijing. 
Uthaya Sankar SB

Bersama Fadzillah dan Uthaya Sankar SB sebagai penulis jemputan, mereka bertiga berada di Beijing selama 10 hari. Berbekalkan kos sebanyak RM2000 hingga ke RM3000 mereka menempuh cuaca kering dan panas untuk melihat tempat-tempat menarik bagi menghasilkan sebuah buku travelog. Kebetulan musim panas di Beijing.

Mereka bertiga dibantu oleh dua orang jurubahasa. Jadi, masalah komunikasi dengan masyarakat tempatan tidak menjadi penghalang untuk mengumpul banyak maklumat untuk buku travelog.



Menurut Izan, buku travelog ini juga mempunyai beberapa panduan di dalamnya. Antaranya, bas apa yang perlu dinaiki untuk ke destinasi tertentu, alamat tempat, harga tiket, masjid-masjid yang ada di sana, makanan halal dan banyak lagi. Semuanya di dalam bahasa Melayu. Tidak lupa juga, kotak trivia yang diisi dengan fakta-fakta menarik untuk pembaca.

Tambah Izan lagi, seorang pensyarah di sana menyatakan buku ini lengkap dan sesuai untuk dijadikan panduan apabila melancong ke Beijing.

Sebenarnya buku ini telah pun menemui pembaca pada acara Pesta Buku Kuala Lumpur yang lalu. Izan Ali ada menyebut satu tempat di sana yang mana kebanyakkan yang datang adalah pelancong dalam negara sahaja. Tempat itu ialah Liulichang.

liulichang


"kalau perasan di Beijing memang banyak tempat-tempat bersejarah,
dan cara mereka membaik pulih dan memelihara tempat tu memang mengagumkan,"-Izan Ali

 Apa yang Izan boleh katakan tentang Beijing secara ringkas.

"moden tapi klasik,"-Izan Ali

Tuesday, 23 October 2012

ASTRO CERIA MAHU BELI SIRI HERO SRI BANGSAR?




Betulkah Astro Ceria mahu beli siri Hero Sri Bangsar? Tapi, siri Hero Sri Bangsar ini apa? Mari kita tanya peminat fanatik produk Ain Maisarah. Adik M Faridzuan Majid. Walaupun adik ini jauh di Sabah, namun tidak ada perkara yang menghalang untuk menemuramahnya. Jadi, apa kata adik M Faridzuan Majid ni.

bersama Ain Maisarah.


" Sri Bangsar itu nama sekolah ciptaan Ain Maisarah. Di sekolah itulah berkumpulnya semua watak remaja Ain Maisarah. Selain itu, Sri Bangsar juga dikenali sebagai Dongeng Sri Bangsar, iaitu siri dongeng pening yang melucukan. Malah, Hero Sri Bangsar pula merupakan siri untuk tatapan pembaca lelaki, berkonsepkan cerita superhero yang kelakar habis. Watak-watak dalam Sri Bangsar saling berkaitan antara satu novel dan satu novel yang lain. Itulah keistimewaan karya-karya Ain Maisarah."-M Faridzuan Majid

Semua ini menjadi perbualan apabila, penulis BlinkBook sendiri iaitu Azanil Fitri membuat pendedahan di ruangan komen FB beliau.




 


AMAN WAN KELIRU IDENTITI? -gadis merah jambu, lelaki bertatu, askar

Melihat penampilan pada seorang pelukis komik dan pengarah filem pendek terkenal iaitu Aman Wan, agak mencurigakan. Penampilannya sebagai watak gadis merah jambu, sangat berani. Adakah Aman Wan sedang berhadapan dengan krisis identiti?

Penampilannya sebagai gadis merah jambu

Rupa-rupanya, ia adalah wataknya bagi mengiklankan promosi penulis Ain Maisarah. Iklan ini pernah keluar awal tahun lalu di dalam akaun youtube milik Aman Wan. Aman Wan juga pernah bertatu pada wajahnya. Tapi, bukanlah tatu betul. Tatu dibuat menggunakan pen maker hitam. 

mencacah tatu dengan maker pen hitam

Penampilan sebagai lelaki bertatu dibuat untuk filem pendek aksi bertajuk PUPUS. Ia akan ditayangkan di youtube. Terkini, Aman Wan telah dijemput untuk muncul sebagai pelakon undangan untuk mock-trial di USIM. Memegang watak sebagai seorang askar. 

"Tujuan Mock Trial ni dipersembahkan adalah untuk memperkenalkan prosedur dan cara sebuah perbicaraan kes dijalankan di mahkamah, di samping menghiburkan hati para penonton. Kita orang menggunakan cara yang santai dan lawak untuk mendedahkan proses mahkamah dan kehakiman kepada khalayak ramai demi merakyatkan undang-undang."-Matthew, Head of Publicity MT2012 (sumber dari blog coklateyes.com)

Keliru, nak takut atau tergelak lihat Aman Wan. hihihi

Sebenarnya, banyak lagi aksi Aman Wan, boleh dilihat di youtube. Asyik youtube sahaja, bila mahu muncul dalam drama atau filem?






Monday, 22 October 2012

BOPHAIRY BAHARUM : Melukis komik bukan kerja main-main




Bophairy Baharum kini semakin rancak menghasilkan komik Ultra Qalif untuk siri ke 5. Pada masa yang sama, beliau sibuk untuk pengambaran video filem pendek arahan pengarah muda yang mempunyai potensi menggegarkan industri perfileman negara.

Terbitan Komik M - PTS PUBLICATION
Komik Ultra Qalif makin banyak sirinya. Jadi, apa yang Qalif perjuangkan dalam hidupnya?

"Qalif memperjuangkan kebenaran disamping dia sendiri memperlajari yang mana benar dan yang mana tidak. Insya Allah Qalif akan membawa pembaca mempelajari sekali apa yang sedang dipelajari nya dari segala dugaan dan cabaran yang dia hadapi dalam hidupnya sebagai seorang remaja biasa yang dipertanggunjawabkan dengan kuasa yang sangat hebat,"-Bophairy

Komik terkini dari Bophairy ialah Ultra Qalif siri ke 4. Ia sudah pun berada dipasaran sejak sebulan yang lalu. Komik majalah humor g3 terbitan Kumpulan Karangkraf sdn. bhd. juga menerima sentuhan emas dari Bophairy. Menurutnya, beliau menjadi penyumbang tetap ruangan kartun untuk majalah komik tersebut. Selain itu juga, majalah komik online My E-comic turut dijadikan ruang untuk menyerlahkan karya komiknya.

Datuk Lat
Di Malaysia, boleh dikatakan, kita mempunyai ramai pelukis komik. Mereka semua datang dari pelbagai jenis komik yang banyak dipasaran. Dalam ramai pelukis komik, mesti ada yang dijadikan sebagai idola.

"saya amat mengidolakan Lat, Baba Chuah dan Aie.. Ada ramai lagi tetapi 3 orang ini adalah yang paling utama. Lat saya mengagumi pencapaian beliau membawa Malaysia dimata dunia dengan 100% cara beliau sendiri. Baba Chuah pula karya karyanya yang saya baca ketika kecil betul betul membuat saya ingin menjadi pelukis komik dan Aie pula sudah tentulah gaya lukisan beliau yang sangat osem dan gaya penceritaan yang cool,"-Bophairy

Komik adalah teman rapat buat kanak-kanak dan remaja. Pengaruhnya begitu kuat dalam kehidupan mereka. Sama ada komik, permainan video dan animasi, unsur ganas yang keterlaluan boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran golongan ini. Apa pandangan Bophairy dalam hal ini?

karya Bophairy

"Jika ianya sekadar animasi aksi saya rasa masih boleh diterima tetapi jika terlalu ganas sudah semestinya ianya tidak bagus. Terutama bila ianya ditonton oleh kanak kanak ketika minda mereka masih dalam proses tengok dan belajar. "-Bophairy


Untuk mereka yang mahu menjadi pelukis komik sehebat Bophairy Baharum, ini kata-kata dari beliau eksklusif untuk anda semua.

Bophairy bersama Aflin Shauki


"Melukis komik bukan kerja main main. Ia memerlukan komitmen yang jitu dan usaha yang sangat gigih. Jadilah pelukis komik hanya bila anda betul betul sudah pasti itu yang anda mahu. Kerana ianya bukan mudah,"-Bophairy

https://www.facebook.com/Penulisanasini

Friday, 19 October 2012

CINTA HATI DINAZ SALSABILA


Wajah seorang ibu yang gigih menulis

Wah, dalam diam-diam ibu kepada tiga orang anak ini juga seorang isteri yang taat kepada suami tercinta, Puan Dinaz Salsabila memiliki Cinta Hati baru. Sempat juga ya, dalam kesibukan rutin kehidupannya. Ligat dan gigih. Tambahan pula beliau juga seorang yang bekerja tetap.

Cinta Hati Cikgu Rabbit. Inilah cinta hati terbaru beliau. Sebuah novel terbaru, buah tangan untuk para peminatnya di luar sana. Beliau menyerahkan hak penerbitan novel ini kepada penerbit Fajar Pakeer.

Sebenarnya, Puan Dinaz Salsabila sebelum ini sudah pun menulis beberapa buah novel. Kebanyakkanya adalah novel kana-kanak dan remaja. Tajuk novel dewasa seperti Mekar kelopak cinta. Aku punya cinta, Biarlah ku sendiri dan Pelangi Senja. Pelangi Senja? macam tajuk lagu popular Stacy pula.
Stacy dengan lagunya Pelangi Senja


Novel remaja dan kanak-kanak pula seperti Insyirah & angan-angan, Cincin Delima, Ana Konda, Ilham Corner, Hati Emas dan Jom kayuh. Novel-novel ini diterbitkan dengan syarikat penerbitan yang berbeza. KarnaDya Solution, Fajar Pakeer dan Buku Prima adalah syarikat penerbitan yang pernah menerbitkan buku Puan Dinaz Salsabila.

Penggemar laksa Johor dan mee bandung ini suka memasak mee bandung muar. Sebagai seorang ibu dan isteri yang bekerja, agak menghairankan juga kerana bilakah waktunya Puan Dinaz Salsabila ini mencuri masa untuk melakukan hobi menulisnya ini.
Buah tangan terbaru untuk peminatnya

"kebiasaanya saya mengambil peluang waktu cuti untuk melakukan kerja penulisan. Cuti rehat tahunan digunakan sepenuhnya untuk berkarya, waktu itu lebih tenang kerana suami dan anak-anak tiada di rumah,"-Dinaz Salsabila.

 Ilham untuk menulis pula bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Kadangkala langsung tiada idea yang datang. Menurut Puan Dinaz Salsabila, beliau menjadikan pengalaman sendiri sebagai ilham menulis. Pengalaman yang diceritakan oleh anak-anaknya dan rakan-rakan Puan Dinaz Salsabila sendiri turut menjadi sebahagian ilham untuk mencari idea penulisan.
Karya-karya Dewi Sukma
 

"Pergi bercuti ke tempat orang pun, adalah satu cara untuk memantapkan idea penulisan,"-Dinaz Salsabila

Puan Dinaz Salsabila menjadikan aktiviti menulis novel ini sebagai perkongsian ilmu dan menambahkan lagi koleksi bahan bacaan untuk generasi pada hari ini.

"Jangan mudah putus asa," katanya berkongsi sedikit motivasi diakhir perbualan.










Thursday, 18 October 2012

NORZAILINA NORDIN SEMAKIN AYU


Khabarnya, penulis yang semakin jelita dan ayu ini, akan berada di dewan serbaguna Wisma HRDF Bukit Damansara. Di sana akan berlangsungnya satu Karnival Jualan Buku.


Beliau akan berada dalam sesi program temu mesra bersama penulis dan novelis.  Jadi, mahu lihat penulis jelita ini, silalah ke sana kerana ia bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. 18 Oktober 2012




Tuesday, 16 October 2012

FANTASI LUAR BIASA IZANOR


Hendak tahu apa fantasi Izanor? Semuanya ada pada karya penulisan novel beliau. Fantasi bukan sebarang fantasi, tetapi dengan berfantasi, Izanor mencoretkannya menjadi karya penulisan.

Nama Izanor Sharif sudah cukup sinonim dengan jenama Blinkbook. Antara buku yang dihasilkan ialah Aku Mahu Superbibik (Terbitan PTSONE), Cinderellah VS Rapunzelah, Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib, Senah White dan Wannababes Kerdil dan beberapa buah yang dalam proses pembikinan.

Beliau tidak berseorangan kerana beliau adalah penulis bersama Ain Maisarah.

Kunjungan Ain Maisarah ke rumah Izanor pada 1 Januari 2010 adalah satu permulaan membawanya ke dunia penerbitan novel. Projek pertama bersama Ain Maisarah iaitu novel Aku Mahu superbibik sangat cemerlang dan seterusnya menjadi kepercayaan Ain Maisarah untuk terus bersama Izanor.




Ditanya mengenai bagaimana situasi bekerja dengan novelis paling berjaya iaitu Ain Maisarah dan tekanan yang dihadapi. Maklumlah, Ain Mairasah bukan calang-calang orangnya. Sentiasa bergerak pantas dalam tindakan.

"Kerjasama dan persefahaman terjalin dengan mudah. Saya sentiasa seronok, terharu dan teruja melakukan penulisan bersama Ain Maisarah. Tekanan pasti ada! Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan realti dateline yang semakin hampir. Tekanan lahir dalam bentuk debaran panik, bersengkang mata, bersemangat positif dan terus fokus menyiapkan manuskrip. Sebenarnya, tekanan itu penting sebagai vitamin tambahan yang mempercepatkan lagi proses menulis,"-Izanor Sharif

Dilihat pada tajuk-tajuk tulisan Izanor, rata-rata menggunakan cerita dongeng sebagai daya tarikan. Jadi, apakah cerita dongeng yang Izanor paling suka?

"saya suka cerita Cinderellah dan Puteri Gunung Ledang. Bukanlah saya berhasrat jauh sekali bermimpi mahu jumpa anak raja, berkahwin dan menetap di istana. Saya meminati kasut kaca Cinderellah. Satu elemen yang unik! Merujuk situasi terkini, saya tentu bahagia jika memiliki sebuah laptop kaca warna biru jernih. Putera mana yang mahu hadiahkannya ya? Hehehe!"-Izanor Sharif

Putera-putera kacak di luar sana, bolehlah hadiahkan Izanor sebuah laptop terbuat dari kaca warna biru jernih ya. Melalui jawapan ini, kita boleh lihat bagaimana Izanor berfantasi menggunakan situasi kasut kaca Cinderellah terus bertukar kepada laptop kaca. Oh, Fantasi Izanor yang luar biasa.

Ketika ditanya, seandainya beliau adalah superhero komik dari filem hollywood, Izanor telah memilih Superman.

"Superman. Ada banyak sebab! Saya takut tinggi. Namun, saya suka perasaan dapat terbang dengan bebas dan pantas. Saya suka pemandangan langit. Saya suka bulan, bintang, awan dan semua yang terdapat di taman langit. Kostum Superman ada warna biru cantik. Di kehidupan normal, Superman bekerja sebagai wartawan yang suka menulis."-Izanor Sharif

Izanor dan Azzah Abdul Rahman

"Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Kami faham, menghormati dan menyokong perjuangan masing-masing. Kami saling berkongsi cerita, pendapat, minat dan pelbagai topik yang ada. Dia guru penulisan, geng bioskop, pasangan pengkritik dan teman suka-duka yang tinggal senegeri dengan saya."-Izanor Sharif

Kata Izanor Sharif di akhir temubual, apabila ditanya siapa sahabat paling rapatnya dalam arena penulisan.

https://www.facebook.com/Penulisanasini

Monday, 15 October 2012

FAJAR PAKEER DAN KRITIKAN PEDAS  



Kritikan pedas. Begitulah yang dicanangkan oleh penerbit Fajar Pakeer di dalam facebook rasminya. Kritikan bukan sebarang kritikan. Bagi yang berani karyanya dikritik dan dinilai oleh editor berwibawa dari penerbitan Fajar Pakeer, anda bolehlah menghantar karya anda di syarikat penerbitan ini. 


Alaf 21 dan Fajar Pakeer, masing-masing mencari bakat-bakat penulisan terunggul di Malaysia. Jangan jadikan karya anda sejarah yang tidak diketahui. Hantar dan biar dunia membaca hasil penulisan anda!

 







ALAF 21 BIKIN PANAS?

Alaf 21 bikin panas. Ramai yang tidak senang duduk mengenai perkara ini. Buat mereka yang suka menulis novel dan ada memasang impian untuk menerbitkan karya di syarikat penerbitan Alaf 21, anda boleh berbuat demikian. Ini kerana Alaf 21 kini membuka pintu penerbitannya bagi mencari bakat-bakat baru penulis novel.

Mungkin di luar sana ada yang sehebat Fauziah Ashari, penulis novel Ombak Rindu?

Thursday, 11 October 2012

HASIF HAMSYARI AKUI TERKEJUT


Hasif Hamsyari akui terkejut mendengar gosip panas berkenaan beliau kini sedang dilamun cinta. Penulis muda yang berkarya dibawah penerbitan Karnadya Solution ini terus memberikan penjelasan berikut.

Menariknya di sini ialah, dalam diam-diam, Hasif juga kini adalah pencipta lagu. Tahniah Hasif. Selepas ini boleh berada sebaris penyanyi muda Najwa Latif. Mari kita sama-sama doakan kejayaan Hasif untuk SPM 2012 ini.

KarnaDya Solution


Wednesday, 10 October 2012

PEMBATALAN MANUSKRIP CHRONICLE CINTA BINTANG JATUH 


Ney Nazwani dan rakan-rakan

Hangat diperkatakan ketika ini. Berita pembatalan manuskrip Chronicle Cinta Bintang Jatuh atau singkatan mudahnya CCBJ. Apakah yang sedang melanda penulis Ney Nazwani atau  Ney Joehan ini? Berita ini dapat dihidu apabila pada status fb, Ney Nazwani telah mengongsikan status pembatalan manuskrip CCBJ.

Keratan dari status fb beliau
Ini sungguh mengejutkan buat para pembaca buku pertama novel ini yang bertajuk Cinta Bintang Jatuh. Menurutnya, unsur muzik KPOP yang terlalu mendominasi keseluruhan karya akan menyebabkan hayat novel berkenaan tidak akan bertahan lebih lama. Ada kemungkinan selepas gelombang KPOP, mungkin ada genre muzik yang lain yang akan menjadi kegilaan.

"Insya Allah, Cinta Bintang Jatuh akan ada sambungan tetapi hanya saya sahaja. Tidak bersama co-writer."  

Ujar Ney Nazwani. 







HUSNA ADNAN ADA CINTA

Khabarnya, penulis buku Kawanku Panda ini ada cinta baru. Sukar untuk menemubual Husna kerana beliau sibuk menguruskan anaknya. Husna Adnan telah melahirkan anaknya pada 13 Mei 2012. Bayi comel itu diberikan nama Afia Zara binti Mohammad Nazry
Add caption

Apa sebenarnya cinta baru Husna ini? Tinjauan yang dilakukan melalui akaun fb miliknya didapati cinta baru itu ialah sebuah cerita cinta yang sedang disiapkan olehnya.

 "saya sedang menulis certot (cerita kontot) yang bertemakan cinta. Memang mencabar!"

Ujar Husna dalam temubual singkat itu. Beliau begitu teruja memperkatakan cinta baru itu.


Tuesday, 9 October 2012

SILSOH KHAIROL TIDAK MAHU GAMBAR DIRAKAM


Temubual bersama Silsoh Khairol pada mulanya berjalan lancar. Namun, ketika gambarnya mahu dirakamkan, beliau menolak dengan cara baik.

PTS Publication
KarnaDya Solution
Silsoh Khairol yang sudah berumah tangga adalah penulis bagi novel Pahlawan Adamus dan Aku Bukan HisYam.

Kedua-dua novel ini adalah di bawah label penerbitan yang berbeza.

Pahlawan Adamus diterbitkan bersama syarikat penerbitan PTS Publication manakala Aku Bukan Hisyam dibawah label penerbitan KarnaDya Solution.

Apa yang menjadi tandatanya di sini, di manakah sambungan cerita bagi kedua-dua novel ini? Berikut ialah kenyataan rasmi Silsoh Khairol.

"buat masa ini, kedua-duanya masih di dalam proses. Kedua-duanya di dalam perancangan untuk diterbitkan sendiri. "

Jawapan yang padat itu akhirnya mengundang persoalan lebih besar lagi. Kenapa tidak diterbitan dengan penerbit yang asal?

Komen pembaca dari sumber Bookcafe

"masalah market pada genre SaiFai Fantasi"

Silsoh Khairul membuat andaian di akhir perbualan.








FATIMAH RODHIAH MENANG ANUGERAH

Puan Fatimah Rodhiah telah memenangi anugerah penghargaan Anugerah Terjemahan Negara.
TAHNIAH!
IZAN ALI TIDAK GENTAR



Pemilik nama Izan Ali atau nama penuhnya Izan Jama Idah Binti Ejar Ali tidak gentar untuk melakukan sesuatu yang baru. Penulis yang bernaung di bawah label penerbitan One Nusantara ini sudah mengeluarkan sebuah buku audio yang bertajuk CD Buku bunga-bunga.

Kos untuk semua penghasilan buku audio ini adalah ribu ringgit. Ditanya adakah beliau sedar akan risiko kos besar untuk menghasilkan CD sedangkan beliau masih baru dalam arena penulisan. Ini jawapan beliau.

"ya.. saya tidak kisah tentang kos sangat asalkan saya dapat berkongsi karya saya.
Risiko memang ada.
Tambahan pula penulis yang kurang dikenali macam saya, lagilah besar risikonya.
Tapi saya mahu buat juga"



Buku  audio jarang dihasilkan oleh penulis-penulis di Malaysia. Jadi apa yang membuatkan izan begitu yakin untuk menghasilkan buku audio buku bunga-bunga? Ini komen beliau.
 
"saya yakin sebab buku audio belum pernah lagi dihasilkan di Malaysia. Jadi saya mahu mencuba sesuatu yang baru.
Di samping itu saya mahu berkongsi karya saya dengan OKU
Saya fikir, orang-orang buta juga teringin mahu tahu isi novel-novel yang dibaca oleh orang-orang normal.

Adakah izan tidak serik untuk menghasilkan buku audio?

"Kalau ada duit, semua boleh jadi" katanya mengakhiri perbualan."

Blog beliau  http://xizanalix.blogspot.com/

Monday, 8 October 2012

WAN AZLAN KINI BERMADU 3




Penulis novel bergenre humor, Wan Azlan kini bahagia bersama 3 madunya. Tidak mengejutkan sejak akhir-akhir ini wajahnya kelihatan ceria dari biasa.

Inilah wajah madu 3 itu.


Ini adalah novel terbaru hasil tulisan novelis humor yang berasal dari Kuala Terengganu ini. Menurutnya, jika tiada halangan yang datang, InsyaAllah naskah tersebut akan dihantar ke kilang cetak pada minggu hadapan. Beliau memilih tajuk novel ini kerana ia sesuatu yang evergreen.

Tajuknya juga mengingatkan kita pada filem Madu Tiga yang sehingga sekarang masih ditayangkan di kaca televisyen. Beliau turut mengakui, pemilihan tajuk ini akan mengelakkan ia tenggelam dalam ribuan tajuk buku dan yang pastinya terus evergreen seperti Filem Madu Tiga.

Harapan beliau untuk novel ini ialah, semoga ia laku keras!


MOHD ARIFFUDIN DAN ALLIYAH FARHA BERCINTA?


Cerita panas ini semakin menjadi bahan bualan pembaca novel bergenre remaja. Lelaki budiman dan mempunyai pesona menarik ini dikatakan bercinta dengan seorang individu bernama Alliyah Farha. Pasti peminat dikalangan wanita berasa hampa dengan berita ini.

Penulis yang salah satu bukunya telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia dan dijual di negara seberang itu, menafikan berita palsu ini. Menurutnya Alliyah Farha adalah orang yang sama.

Keratan dari blog rasmi beliau http://mohdariffuddin.blogspot.com/p/siapa-mohd-ariffuddin.html
Ditanya, adakah beliau risau jika peminatnya mengetahui hal sebenar. "Harap-harap mereka tidak terkejut" katanya dalam sesi temubual.

Alliyah Farha adalah nama pena untuk dua buah buku bertajuk Hana Banana dan Apron bunga-bunga. Ini adalah strategi pemasaran. Apa pun namanya, isi kandungan buku ini adalah yang baik-baik dan memberikan inspirasi kepada pembaca remaja di luar sana.

Mohd Ariffudin tanpa berselindung, telah pun menyatakan hal dua nama ini didalam blognya. Tiada maklumat yang disembunyikan dari pengetahuan umum. http://mohdariffuddin.blogspot.com/p/siapa-mohd-ariffuddin.html

Berikut adalah novel tulisan beliau:



https://www.facebook.com/Penulisanasini