Saturday, 18 April 2015

RM100,000 : KARANGKRAF TABUR DUIT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015

RM100,000 : KARANGKRAF TABUR DUIT DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015


(OMG!) Oh Mesti Gempak!. Syarikat penerbitan bumiputra paling besar dan berjaya di Malaysia iaitu Karangkraf  bermurah hati memberikan wang tunai berjumlah seratus ribu Ringgit Malaysia kepada para pembacanya yang setia.

Wah, banyaknya jumlah wang yang ditaburkan untuk pembeli yang akan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 nanti.

PSS lihat ini merupakan kelainan dan daya tarikan untuk PBAKL kali ini. Setiap tahun acara ini diadakan dan kali ini ia kelihatan sangat menarik perhatian sekali. Tahniah Karangkraf.

Pembaca PSS boleh lihat maklumat terperinci mengenai tawaran yang sangat lumayan ini di sini . Dalam keadaan situasi semasa negara ketika ini siapa yang tidak mahu lepaskan peluang hebat begini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 akan bermula pada hari Jumaat 24 April sehingga 3 Mei 2015. Lokasi di PWTC Kuala Lumpur.


Tuesday, 7 April 2015

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS HAZIQ RIDZUAN

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS HAZIQ RIDZUAN



Memperkenalkan Haziq Ridzuan. Beliau adalah penulis untuk syarikat penerbitan Blink Book. Jom kita baca apa jawapan Haziq untuk 15 soalan yang diajukan oleh PSS.

    1. Blue or Pink?
HR - Blue


    2. Rizalman Ibrahim atau Rizman Ruzaini
HR - Rizalman Ibrahim

    3. Novel terakhir dibaca?
HR - Duyung Diva dan Si Tanggang

   4. Pantai atau laut?
HR - Pantai

   5. Berapa buah buku dibaca sehingga sekarang
HR - Errrk... 1000 kot?

   6. Genre Seram atau Cinta?
HR - Dua-dua boleh

   7. Ain Maisarah atau Siti Nurhaliza
HR - Ini susah! Saya nak dua-dua jugak. Huhuhuhu

   8. Novelis yang diminati
HR - Ain Maisarah

   9. Filem pertama ditonton
HR - Madagascar

   10. Superhero kegemaran
HR - Spiderman

   11. Bakat terpendam anda?
HR - Memasak, Menyanyi, Menjahit, saya berbakat besar...gitu

   12. Satu perkara tentang Aman Wan
HR - HAHAHA tulah jawapannya

   13. KPOP Boys atau Band Rock
HR - KPOP Boys!

   14. Pewangi yang dimiliki sekarang?
HR - Bvlgari Aqva


   15. PSS?
HR - PSS tu apa?

Hahaha, sedih PSS bila Haziq tidak tahu PSS tu apa. Tidak mengapalah, PSS tidak berkecil hati. Selepas ini bila sebut PSS, pasti Haziq akan tahu ia adalah singkatan bagi Penulis Sana Sini.

Tahun ini beliau akan turun ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL). Beliau ada buku baru untuk para peminatnya. Bertajuk Aku Mahu Jadi The Wannababes.
karya Haziq Ridzuan

Menurutnya tahun ini Blink Book ada maskot baru iaitu ROBO BLINK. Sejenis robot yang menghiburkan dan pasti menceriakan suasana booth Blink Book nanti. Juga ada segmen khas untuk peminat kpop dan perjumpaan terbesar blinkers.

Haziq baris belakang kiri sekali


Selain menulis, Haziq Ridzuan juga berbakat dalam rekaan baju.

"Sebagai seorang pereka fesyen, saya tentu sahaja bermimpi untuk mengukuhkan jenama saya dan membuka butik sendiri pada suatu hari nanti
Insya Allah jika rajin berusaha tidak mustahil satu hari nanti jenama HAZIQ RIDZUAN bukan sekadar di atas buku, tetapi dia atas baju"- Haziq Ridzuan

Wednesday, 18 March 2015

STATUS FACEBOOK JADI SEBUAH BUKU

STATUS FACEBOOK JADI SEBUAH BUKU


Mohamad Feroz Mohamad Zaini. Mungkin ramai pembaca blog PSS tidak mengenali nama insan ini. Jika disebut Abang Long. Pasti ada yang mengenalinya. Beliau bukanlah artis atau pun individu berpengaruh di Malaysia.

Namun ada catatan dari status Facebook beliau pasti mempengaruhi cara pemikiran anda berkenaan rezeki.

keratan komen pembaca


Pada penilitian PSS, Abang Long adalah seorang ikon di kalangan masyarakat. Beliau seperti kita semua berjuang mencari rezeki yang halal dan untuk beliau sendiri pelbagai halangan dan dugaan terpaksa ditempuhi dan dirempuhi.

Bertuahnya beliau kerana status Facebook mengenai pengalamannya yang berhadapan dengan situasi rezeki yang dibalas dengan tidak disangka-sangka, dikumpulkan untuk menjadi sebuah buku. Ini juga adalah rezeki untuk beliau juga apabila bergaul dengan insan-insan hebat dalam industri penerbitan. 

PSS cadangkan anda membeli buku ini sebagai tambahan koleksi bahan bacaan anda. 

PSS mula kenal beliau dari blog sekitar tahun 2006. Orangnya memang penyabar dan bersederhana. Ketika itu PSS sudah ada sebuah blog juga. Pernah bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Tahniah Abang Long




Wednesday, 11 March 2015

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS RILEY FIZAN

15 SOALAN BERSAMA NOVELIS RILEY FIZAN



Sebulan lebih berehat. PSS cuba-cuba mencuri waktu untuk kemaskini blog ini. Disebabkan kekangan waktu dan halangan terbaru yang tidak dapat diceritakan. Halangan berbentuk perisian pengintip ya. Jadi, PSS agak sukar untuk menjenguk blog ini.

Lupakan masalah itu, jom kita lihat jawapan penulis novel Bintang Hati Saya. Beliau Riley Fizan berasal dari Tawau Sabah.


1.Haiwan paling menggelikan?
RF - Semua jenis ular

2. Jika anda seorang menteri, ingin jadi menteri apa?
RF - Menteri Pendidikan

3. Kopi atau Milo?
RF - Semestinya milo

4. Waktu paling disukai menulis karya?
RF - Ketika semua orang sudah tidur

5. Ramlee Awang Murshid atau J.K Rowling?
RF - Alamak...saya suka kedua2nya...tapi jika mesti memilih...j.k rowling

6. Menulis duduk atau baring?
RF - Duduk bersila

7. Novel terakhir yang dibaca?
RF - Harry Potter and The Order of The Phoenix

8. Ayat atau perkataan yang sering diungkapkan?
RF - Okie dokie

9. Kenangan paling manis dalan hidup?
RF - Apabila editor maklum balas email sinopsis saya dan minta siapkan manuskrip penuh

10. Panggilan telefon atau whatsapp?
RF - Whatsapp.

11. Novel paling diminati?
RF - Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid

12. Penanda buku atau lipat hujung muka surat?
RF - Penanda buku

13. Filem terakhir ditonton?
RF - Gantz 1 & 2 - movie dari jepun


14. Warna paling tidak disukai?
RF - Ungu. Gloomy kalau ungu

15. Big Apple atau kuih keria?
RF - Tradisional food win hehe kuih keria. Tapi pling suka karipap



Ditanya mengenai novel terbaru selepas Bintang Hati Saya, Riley Fizan menyatakan beliau bercadang hendak menulis sequel novel ini dan ingin mencuba genre aksi pengembaraan.

Adakah Riley Fizan akan hadir ke acara perbukuan paling gah di Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2015) nanti?

"Insya Allah jika tiada halangan"-Riley Fizan


Monday, 23 February 2015

ALHAMDULILLAH DIPULANGKAN SEMULA NIKMAT BERJALAN

ALHAMDULILLAH DIPULANGKAN SEMULA NIKMAT BERJALAN

sumber dari google

Alhamdulillah. PSS kembali sihat selepas hampir sebulan berehat. Sebelum ini, PSS telah mengalami kaki terseliuh akibat terjatuh dari tangga.

Cuti sakit yang diberikan oleh doktor bertauliah membolehkan kaki PSS kembali pulih dan dapat berjalan normal semula.

Diharap pembaca blog PSS sentiasa berhati-hati ketika menuruni anak tangga. Teruskan bersama PSS.

Thursday, 15 January 2015

10 TRIVIA TENTANG NOVEL ASRAMA

10 TRIVIA TENTANG NOVEL ASRAMA 



Dua hari lalu, penulis novel ASRAMA iaitu Muhammad Fatrim telah berkongsi 10 trivia menarik mengenai novelnya ini. Kini novel yang diterbitkan oleh FIXI ini sudah dicetak untuk kali ke 11.

PSS mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana keizinannya untuk PSS kongsikan semula di blog ini.

Jom kita baca 10 Trivia Asrama. Tanpa ada ubahsuai ayat. Semuanya asli dari status Facebook beliau.

#1 Proposal ASRAMA adalah sebuah pertandingan di mana pihak FIXI meletak trailer filem horror di pages mereka dan menjemput semua menyertainya. And eh??? Daku dapat. Syukur!

#2 Novel ASRAMA diterbitkan pada Mac 2013.

#3 ASRAMA satu-satunya novel FIXI yang mempunyai 2 pelancaran. Pelancaran pertama di Kedai Buku 1 Malaysia, UTC KL dan pelancaran kedua di Borders One Utama bersama buku Fixi Novo Devil Place nukilan Brian Gomez.

#4 Editor ASRAMA adalah Encik Resmanshah Shakur yang juga seorang penulis dan kami berdua berasal dari Sabah.

#5 Novel ASRAMA masuk cetakan kedua selepas 2 minggu dilancarkan.

#6 Anugerah pertama buku ASRAMA adalah pemenang utama Novelist Newcomer Terbaik anjuran ILuv Novel pada tahun 2013.

#7 Anugerah lainnya. Penulis Novel Terbaik sempena FITA Day UiTM anjuran Fakulti Filem Teater & Animasi juga pada tahun 2013.

#8 Novel ASRAMA tersenarai antara 100 buah Novel Terlaris KINOKUNIYA KLCC (Kedudukan 44) bagi tahun 2013.

#9 ASRAMA berada di kedudukan KE-2 bagi tahun 2013 dan tahun 2014 untuk senarai BUKU TERLARIS SEPANJANG ZAMAN untuk BUKU FIXI.

#10  Novel ASRAMA tersenarai di antara 20 NOVEL TERLARIS (Fiksyen) di MPH Bookstore (BEST OF 2013) bagi tahun 2013. Hey, we exist I say. Syukur!










NOVELIS SRI DIAH PANIK DENGAN TARIKH 30 JANUARI SEHINGGA 1 FEBRUARI 2015?

NOVELIS SRI DIAH PANIK DENGAN TARIKH 30 JANUARI SEHINGGA 1 FEBRUARI 2015?

Sri Diah
Ada apa dengan tarikh 30 Januari sehingga 1 Februari 2015 nanti? Sehinggakan novelis yang terkenal dengan tajuk KL DI MANA SUAMIKU ini menjadi sedikit panik.

Melalui akaun Facebook miliknya, beliau berkongsi status panik tersebut.


Oh begitu rupanya cerita sebenar insiden panik ini. Aktiviti yang disenaraikan di atas kesemuanya berlaga tarikh dan berlaku selama tarikh terbabit berganti.

Karnival Karangkraf 2015
Wah, ada penampilan istimewa maskot popular. Mesti meriahkan. Macam biasalah, Karnival Karangkraf penuh dengan pelbagai aktiviti disediakan selain jualan pelbagai judul buku dan majalah dari penerbitan ini.

Baca World 2015
Melalui perisik PSS yang berpangkalan di sebuah lokasi rahsia, acara Baca World 2015 bukanlah sepenuhnya acara melibatkan buku fizikal seperti Karnival Karangkraf. Sebaliknya ia lebih kepada pameran dan inovasi kandungan digital terkini berkaitan juga dengan penerbitan digital.

Pesta Buku Selangor 2015
Setiap tahun ada ya. Seperti biasa jualan buku dari pelbagai penerbitan yang membabitkan diri dalam pameran jualan buku. Evolusi buku dan digital. Pasti ada sesuatu yang menarik ingin dihidangkan kepada semua peminat buku.

Baca Puisi Banjir Besar Negara
Menarik juga aktiviti ini. Pasti ada mesej kiasan yang ingin disampaikan berkaitan situasi yang telah berlaku sebelum ini.